Bagaimanakah saya boleh memuat turun penyata bil tahunan saya?

Modified on Thu, 8 May at 10:45 AM

Jika anda adalah pelanggan pascabayar, anda boleh memuat turun penyata bil tahunan anda melalui Aplikasi Celcom Life (untuk pelanggan Celcom) atau MyDigi Web (untuk pelanggan Digi).


Lihat panduan langkah demi langkah di bawah atau tonton video ini untuk mengetahui cara memuat turun penyata bil tahunan anda.

SaluranPanduan
Aplikasi Celcom Life

Langkah 1: Pada laman utama aplikasi Celcom Life, klik 'Bil Saya'    

Langkah 2: Tukar 'Jenis' bil daripada Bulanan kepada Tahunan

Langkah 3: Pilih tahun yang dikehendaki untuk penyata bil tahunan anda dan klik pada 'Penyata Cukai Tahunan' untuk tahun tersebut

Langkah 4: Klik 'Muat Turun Penyata' untuk membuka dan melihat dokumen.


SaluranPanduan
MyDigi WebLangkah 1: Pada pelayar desktop anda, pergi ke MyDigi Web dan masukkan emel/ nombor telefon dan kata laluan anda. Kemudian, klik 'Log In'

Langkah 2: Masukkan one-time PIN untuk tujuan pengesahan

Langkah 3: Setelah berada di laman utama, klik pada ‘Bill Payment/ History’

Langkah 4: Di bawah tab ‘Annual Bill Statement’, pilih tahun penyata tahunan anda dan klik 'Download'.


Nota: Ciri ini hanya tersedia untuk pelanggan pascabayar. Jika anda merupakan pelanggan prabayar dan ingin memuat turun penyata penggunaan tahunan anda, sila klik di sini.

Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article