Soalan Lazim: Pas MotoGP Race dengan SPOTV
Modified on Mon, 20 Apr at 10:36 AM
1. Apakah itu Pas MotoGP Race?
Pas sekali beli yang membolehkan anda menonton satu sesi MotoGP (Practice, Qualifying atau Race) untuk satu minggu perlumbaan melalui SPOTV NOW dengan harga hanya RM5 setiap pas.
2. Siapakah yang layak untuk melanggan pas ini?
Semua pelanggan CelcomDigi.
3. Apakah yang termasuk dalam setiap pas?
Setiap pas adalah khusus untuk satu sesi:
- Practice Pass → Hanya untuk sesi Latihan
- Qualifying Pass → Hanya untuk sesi kelayakan
- Race Pass → Hanya untuk perlumbaan
Anda perlu beli pas berasingan jika nak tengok lebih daripada satu sesi.
4. Berapa lamakah tempoh sah pas ini?
Pas sah selama 7 hari dari tarikh pengaktifan.
5. Bolehkah saya membeli lebih daripada satu pas?
Ya, anda boleh beli beberapa pas:
- Untuk sesi berbeza (contoh: Practice + Race); atau
- Lebih daripada satu pas untuk sesi yang sama
6. Bilakah saya boleh membeli pas ini?
Jualan dibuka setiap hari Isnin minggu perlumbaan dan akan tersedia sehingga sesi tersebut tamat.
7. Di manakah saya boleh membeli pas ini?
Langkah 1: Log masuk ke aplikasi CelcomDigi
Langkah 2: Klik “Shop” dan pilih “Vouchers”
Langkah 3: Pilih MotoGP
8. Bagaimanakah cara untuk menebus dan menonton?
Langkah 1: Beli pas melalui aplikasi CelcomDigi
Langkah 2: Terima baucar dalam app
Langkah 3: Pergi ke laman web SPOTV NOW
Langkah 4: Log masuk / daftar akaun SPOTV NOW
Langkah 5: Masukkan kod baucar untuk tebus
Anda boleh tonton melalui laman web atau log masuk akaun di aplikasi SPOTV NOW.
9. Di manakah saya boleh menebus baucar?
Baucar hanya boleh ditebus di laman web SPOTV NOW (bukan dalam aplikasi CelcomDigi).
10. Di manakah saya boleh menonton perlumbaan?
Anda boleh tonton di aplikasi atau laman web SPOTV NOW.
12. Pukul berapakah perlumbaan ditayangkan?
Mengikut waktu tempatan lokasi perlumbaan.
13. Bagaimanakah jika saya terlepas sesi perlumbaan?
Ulangan/highlight bergantung kepada ketersediaan di SPOTV NOW dalam tempoh 7 hari selepas pas diaktifkan.
14. Bolehkah saya meminta bayaran balik (refund) atau menukar pas?
Tidak. Tiada pembayaran balik, pembatalan atau pertukaran selepas pembelian dibuat. Sila rujuk polisi dan SOP untuk pembayaran balik (refund).
Was this article helpful?
That’s Great!
Thank you for your feedback
Sorry! We couldn't be helpful
Thank you for your feedback
Feedback sent
We appreciate your effort and will try to fix the article