Notis: Peningkatan Sistem Berjadual CelcomDigi pada 6 April 2026

Modified on Fri, 3 Apr at 11:45 AM

Ini adalah notis penting untuk pelanggan CelcomDigi.

 

Harap maklum bahawa peningkatan sistem berjadual CelcomDigi akan berlangsung dari 2:00 pagi hingga 5:00 pagi pada 6-Apr-2026. Sepanjang tempoh ini, beberapa perkhidmatan dan saluran akan tergendala. Kami mengesyorkan agar anda merancang aktiviti lebih awal bagi memastikan pengalaman yang lancar.

 

Perkhidmatan dan Saluran yang Terjejas Semasa Peningkatan Sistem Berjadual

Perkhidmatan yang tidak tersedia

  • Tambah nilai prabayar
  • Pembelian add-on internet dan pelan internet
  • Pembelian pas perantauan
  • Pendaftaran baharu, pertukaran pelan dan penamatan talian
  • Pengaktifan, nyahaktif dan pembaharuan perkhidmatan nilai tambah (Value Added Services)
  • Penggantian SIM

Saluran yang tidak tersedia

  • Aplikasi CelcomDigi
  • CelcomDigi Online Store
  • CelcomDigi Kiosk
  • USSD (e.g. *118#)

 

Untuk memastikan pengalaman yang lancar semasa peningkatan sistem berjadual, sila pra-tempah pas perantauan dan lakukan pembelian add-on internet atau pelan internet anda sebelum waktu peningkatan sistem berjadual.


Klik di sini untuk mengetahui cara membuat pra-tempahan pas perantauan melalui aplikasi CelcomDigi.


Langkah 1: Pada halaman utama aplikasi CelcomDigi, klik 'Perantauan'
Langkah 2: Pilih negara dan pas perantauan pilihan anda
Langkah 3: Klik ikon kalendar untuk menetapkan tarikh pengaktifan anda. Kemudian, klik 'Pembelian' untuk mengesahkan
Langkah 4: Anda boleh menyemak pra-tempahan anda di halaman 'Lihat Semua' > 'Pra-Tempahan Perantauan' > 'Semua Tempahan'.


Semua saluran dan perkhidmatan CelcomDigi yang lain akan kekal tersedia seperti biasa. Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang mungkin timbul dan menghargai pemahaman serta kesabaran anda dalam perkara ini.


Penting: Sentiasa berwaspada terhadap penipuan. CelcomDigi tidak akan meminta OTP atau maklumat sensitif melalui panggilan atau mesej berkaitan peningkatan sistem ini. Jika anda menerima panggilan atau mesej sedemikian, sila abaikan dan laporkan kepada CelcomDigi.

Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article