Kempen Pendaftaran Minat atau Registration of Interest (ROI) iPhone 17e
Modified on Wed, 11 Mar at 10:00 AM
1. Bilakah tempoh kempen ROI iPhone 17e?
Kempen Pendaftaran Minat atau Registration of Interest (ROI) iPhone 17e bermula dari 11 Mac hingga 25 Mac 2026.
2. Apakah manfaat menyertai kempen ROI iPhone 17e?
Pelanggan yang menyertai kempen ROI iPhone 17e antara 11 Mac hingga 25 Mac 2026, dan seterusnya mendaftar untuk iPhone 17e melalui Easy360 dengan mana-mana pelan pascabayar CelcomDigi berikut antara 26 Mac hingga 15 April 2026 di mana-mana Kedai CelcomDigi, CelcomDigi Express atau Kedai CelcomDigi Dalam Talian, layak menerima dua (2) unit Apple AirTag percuma bernilai RM258:
- CelcomDigi Postpaid 5G 100 2026
- CelcomDigi Postpaid 5G 120 2026
- CelcomDigi Postpaid 5G 140 2026
- CelcomDigi Postpaid 5G 160 2026
- CelcomDigi Postpaid 5G 190 2026
- CelcomDigi One Pro 2026
- CelcomDigi One Ultra 2026
Nota: Apple AirTag percuma diberikan berdasarkan first-come, first-serve, sementara stok masih ada. CelcomDigi berhak menukar hadiah pada bila-bila masa tanpa memberi notis terlebih dahulu.3. Apakah maklumat yang perlu saya isi dalam borang ROI?
Anda perlu memberikan maklumat berikut:
- Nama (seperti dalam kad pengenalan)
- Alamat e-mel
- Nombor kad pengenalan (untuk pembelian iPhone 17e)
- Alamat penghantaran (untuk penghantaran Apple AirTag)
- Nombor telefon
Anda akan menerima e-mel pengesahan daripada CelcomDigi setelah borang ROI anda berjaya dihantar.
5. Bagaimanakah cara untuk saya ketahui tahu jika saya layak menerima Apple AirTag percuma selepas membeli iPhone 17e dengan Easy360?
Jika anda layak menerima Apple AirTag secara percuma, anda akan menerima mesej WhatsApp daripada CelcomDigi dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh pembelian iPhone 17e anda.
6. Adakah Apple AirTag percuma akan diberikan kepada saya bersama peranti semasa pembelian di kedai?
Tidak. Dua (2) unit Apple AirTag akan dihantar ke alamat yang anda berikan dalam borang ROI dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh pembelian iPhone 17e anda.
Was this article helpful?
That’s Great!
Thank you for your feedback
Sorry! We couldn't be helpful
Thank you for your feedback
Feedback sent
We appreciate your effort and will try to fix the article