Pra-Tempah Siri Samsung Galaxy S26
Modified on Thu, 26 Feb at 4:50 PM
Pra-Tempah
1. Bilakah pelanggan boleh membuat pra-tempahan?
Samsung Galaxy S26 5G di Easy360 akan tersedia untuk pra-tempahan dari 8:00 pagi, 26 Februari 2026 sehingga 11:59 malam, 10 Mac 2026 melalui laman web CelcomDigi, selagi stok masih ada.
2. Apakah manfaat mendaftar sepanjang tempoh pra-tempahan?
Samsung Galaxy S26 5G tersedia untuk pra-tempahan daripada pelan CelcomDigi Postpaid 5G 100 2026 dan keatas
Pelan CelcomDigi terpilih turut disertakan dengan pakej pra-tempahan eksklusif seperti yang dinyatakan dalam jadual di bawah (selagi stok masih ada). CelcomDigi berhak untuk menukar hadiah percuma pada bila‑bila masa tanpa notis.
| Pakej Tawaran | Pakej A
| Pakej B
|
| Pelan Layak |
|
|
3. Siapakah yang layak untuk pra-tempah?
Pelanggan baharu (termasuk Port-In dan Tukar Prabayar ke Pascabayar)
Pelanggan sedia ada tanpa kontrak dan tiada sekatan talian
4. Adakah pelanggan dengan kontrak sedia ada layak?
Tidak. Pelanggan yang masih dalam kontrak tidak layak untuk pelan ini.
5. Bagaimana cara mebuat pra-tempahan?
Langkah 1: Layari laman web CelcomDigi
Langkah 2: Pilih pelan, model peranti dan hadiah percuma yang diingini
Langkah 3: Buat pembayaran pendahuluan (Tertakluk kepada kelayakan)
6. Apakah kaedah pembayaran yang tersedia untuk pra-tempahan dalam talian?
Pembayaran boleh dibuat menggunakan kad kredit atau kad debit semasa membuat pra-tempahan.
7. Bagaimanakah peranti pra-tempahan akan dihantar?
Peranti akan dihantar kepada pelanggan melalui perkhidmatan kurier. Tarikh penghantaran mungkin berbeza bergantung pada amalan kurier, lokasi penghantaran, kaedah penghantaran dan item yang dipesan.
8. Bilakah pelanggan akan menerima peranti?
Peranti akan mula dihantar bermula 11 Mac 2026.
PhoneCARE
9. Siapakah yang layak untuk pelan PhoneCARE “Swap & Replace” percuma selama 3 bulan?
Pelanggan yang membeli Siri Samsung Galaxy S26 5G semasa tempoh pra-tempahan (26 Februari hingga 10 Mac 2026) dan memilih untuk melanggan Pelan PhoneCARE Swap & Replace adalah layak menerima pelan percuma selama 3 bulan. Untuk maklumat lanjut mengenai PhoneCARE sila klik di sini..
10. Bagaimanakah cara untuk mendaftar pelan PhoneCARE “Swap & Replace” percuma selama 3 bulan?
Semasa membuat pra-tempahan, pilih “Ya” pada butang persetujuan PhoneCARE, kemudian pilih pilihan “Swap & Replace Percuma 3 Bulan”.
11. Apakah nilai pelan “Swap & Replace” percuma apabila saya membeli peranti ini?
Nilai pelan percuma adalah bersamaan dengan jumlah caj langganan bulanan selama tiga bulan, berdasarkan pelan yang dipilih.
| Nama Peranti | Harga Peranti (HRD) | Caj Langganan Swap & Replace |
| Samsung Galaxy S26 5G (512GB) | RM5199 | RM35 |
| Samsung Galaxy S26+ 5G (512GB) | RM6199 | RM45 |
| Samsung Galaxy S26 Ultra 5G (512GB) | RM6799 | RM45 |
12. Saya sudah mempunyai pelan PhoneCARE sedia ada. Adakah saya masih layak untuk pelan PhoneCARE “Swap & Replace” percuma selama 3 bulan?
Ya, anda layak. Pelan PhoneCARE sedia ada anda akan ditamatkan dan digantikan dengan pelan baharu ini. Anda hanya perlu:
- Pilih “Ya” pada butang persetujuan PhoneCARE
- Pilih pilihan “Swap & Replace Percuma 3 Bulan”
Nota: Tawaran ini hanya sah dalam tempoh pra-tempahan dari 26 Februari 2026 hingga 10 Mac 2026.
13. Adakah saya masih perlu membuat bayaran bulanan untuk pelan PhoneCARE “Swap & Replace”?
Ya. Jika berkenaan, caj langganan bulanan biasa PhoneCARE akan tetap dikenakan selepas pengaktifan berjaya. Rebat akan dikreditkan ke dalam bil bulanan anda dan setiap rebat bulanan akan dimasukkan dalam tempoh 60 hari.
14. Bagaimanakah rebat PhoneCARE percuma 3 bulan akan dipaparkan dalam bil saya?
Rebat akan dipaparkan sebagai “Payment Via M-1” dalam bil bulanan anda.
15. Bagaimana jika saya memilih pelan PhoneCARE “Swap”?
Anda boleh melanggan pelan PhoneCARE Swap, namun ia tidak termasuk dalam tawaran percuma 3 bulan dan akan dikenakan caj pada kadar biasa selepas anda menerima peranti baharu.
16. Bilakah pelan PhoneCARE saya akan diaktifkan?
Pelan PhoneCARE anda akan diaktifkan dalam tempoh 6 hari selepas anda menerima peranti baharu.
- Jika peranti anda mengalami kerosakan tidak sengaja dalam tempoh ini, anda masih layak membuat tuntutan melalui Portal SR.
- Jika anda menukar daripada pelan PhoneCARE sedia ada, pelan baharu juga akan mengambil masa sehingga 6 hari untuk diaktifkan selepas penamatan pelan terdahulu.
Spring Roam Pass
17. Apakah itu Spring Roam Pass (juga dikenali sebagai JetSet Roam Pass – Seluruh Dunia)?
Pas Spring Roam ialah pas perantauan eksklusif PWP yang ditawarkan hanya kepada pelanggan yang membuat pra-tempahan Siri Samsung Galaxy S26 5G semasa Tempoh Kempen Pra-Tempahan rasmi pada harga RM99. Butiran tawaran seperti di bawah:
| | Spring Roam Pass |
| Harga | RM99 |
| Kuota | Internet Pantas 15GB |
| Tempoh Sah | 60 hari |
| Negara | 82 Negara Albania, Armenia, Australia, Austria, Azerbaijan, Bahrain, Bangladesh, Belarus, Belgium, Brunei Darussalam, Brazil, Bosnia and Herzegovina, Cambodia, Canada, China, Congo DRC, Croatia, Cyprus, Czech Republic, Denmark, Egypt, Estonia, Finland, France, Germany, Ghana, Greece, Hong Kong, Hungary, Iceland, India, Indonesia, Ireland, Isle of Man, Italy, Japan, Jersey, Kazakhstan, Kuwait, Kyrgyzstan, Laos, Latvia, Lithuania, Liechtenstein, Luxembourg, Macau, Malta, Mozambique, Nepal, Netherlands, New Zealand, Norway, Oman, Pakistan, Philippines, Poland, Portugal, Qatar, Romania, Russia, Saudi Arabia, Serbia, Singapore, Slovenia, South Africa, South Korea, Spain, Sri Lanka, Sweden, Switzerland, Taiwan, Tanzania, Thailand, Timor-Leste, Turkey, United Arab Emirates, United Kingdom, United States of America, Ukraine Uruguay, Uzbekistan, Vietnam |
18. Bilakah saya boleh melanggan pas ini?
Pas ini hanya tersedia semasa pra-tempahan Samsung Galaxy S26 5G. Anda perlu memilihnya semasa membuat pra-tempahan dan ia tidak akan ditawarkan kemudian.
19. Bilakah pas ini sah digunakan?
Pas akan diaktifkan secara berperingkat bermula 6 Mac 2026 hingga 13 Mac 2026 jam 23:59 (MYT). Setelah diaktifkan, anda akan menerima pengesahan melalui SMS dan kuota 15GB akan diperuntukkan serta-merta.
Tempoh sah Pass adalah selama 60 hari bermula dari tarikh pengaktifan.
20. Apakah yang berlaku apabila kuota 15GB habis digunakan?
Selepas kuota digunakan sepenuhnya, perantauan data akan disekat. Untuk terus menggunakan data di luar negara, anda perlu membeli pas perantauan standard pada kadar semasa.
21. Bagaimanakah cara menyemak baki dan penggunaan?
Anda boleh menyemak dan mengurus penggunaan melalui aplikasi CelcomDigi atau dengan mendail *800#.
22. Adakah pas ini termasuk panggilan dan SMS?
Tidak. Panggilan dan SMS semasa perantauan akan dikenakan caj berasingan mengikut kadar perantauan antarabangsa semasa yang diterbitkan di laman web CelcomDigi.
Trade-In
23. Apakah tawaran trade-in semasa tempoh pra-tempahan ini?
Pelanggan yang membuat pra-tempahan Samsung Galaxy S26 layak menerima tambahan nilai trade-in sehingga RM500.
| No. | Tawaran Trade-In | Peranti Layak | Pelan Layak | Nilai Tambahan Trade-In |
| 1 | Pilihan: Credit to Postpaid Bill |
|
| RM100 |
| 2 | Pelanggan yang melanggan pelan yang layak |
|
| RM100 |
| 3 | Pelanggan yang melanggan pelan yang Samsung Galaxy S26 Ultra 5G dengan pelan yang layak | Samsung Galaxy S26 Ultra 5G |
| RM300 |
- Manfaat di bawah Item (1), (2) dan (3) boleh digabungkan tertakluk kepada pemenuhan kriteria kelayakan kempen. Jika Pelanggan A memilih kredit ke bil Pascabayar, melanggan CelcomDigi Postpaid 5G 120 2026 dan membuat pra-tempahan Samsung Galaxy S26 Ultra 5G, mereka akan menerima overtrade sebanyak RM500.
- Jika Pelanggan B memilih pemindahan bank, melanggan CelcomDigi Postpaid 5G 120 2026 dan membuat pra-tempahan Samsung Galaxy S26+ 5G, mereka akan menerima overtrade sebanyak RM100.
- Jika Pelanggan C memilih kredit ke bil Pascabayar, melanggan CelcomDigi Postpaid 5G 120 2026 dan membuat pra-tempahan Samsung Galaxy S26+ 5G, mereka akan menerima overtrade sebanyak RM200.
24. Bagaimanakah cara untuk trade-in peranti saya?
Muat turun aplikasi CelcomDigi Trade-In terkini, jalankan pemeriksaan kesihatan peranti dan dapatkan anggaran nilai trade-in serta-merta. Setelah menerima nilai tersebut, ikuti langkah dalam aplikasi untuk melengkapkan proses trade-in. Klik di sini untuk panduan penuh.
25. Saya telah menerima jumlah trade-in tetapi belum menerima tambahan RM400. Bilakah saya akan menerimanya?
Jangan risau. Tambahan RM400 akan dikreditkan dalam kitaran bil seterusnya dalam tempoh 60 hari.
26. Di manakah saya boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkhidmatan CelcomDigi Trade-In?
Sila klik di sini untuk maklumat lanjut.
Was this article helpful?
That’s Great!
Thank you for your feedback
Sorry! We couldn't be helpful
Thank you for your feedback
Feedback sent
We appreciate your effort and will try to fix the article