Urus butiran bil dan penggunaan

Modified on Thu, 19 Mar at 10:45 AM

Pembayaran Bil


1. Bagaimanakah cara untuk membayar pelan saya?

Anda boleh membuat pembayaran melalui:

  • Kad kredit/debit
  • Perbankan atas talian
  • eWallet: Boost, Touch ‘n Go, GrabPay, Alipay


2. Bolehkah saya mengguna baucar tambah nilai fizikal?

Tidak. baucar fizikal tidak disokong. Sila gunakan aplikasi dengan pilihan pembayaran digital yang tersedia.


3. Bagaimanakah cara tambah, kemas kini atau buang kaedah pembayaran?

Dalam aplikasi, pergi ke Bayaran > Urus Bayaran untuk tambah, kemas kini, atau buang kad anda.


4. Mengapakah kad saya tidak berfungsi?

Pastikan kad anda diaktifkan untuk transaksi atas talian. Sesetengah bank memerlukan kebenaran pertama kali untuk pedagang baharu. Sila hubungi bank anda.


5. Apakah itu Auto-Renew?

Auto-Renew akan memperbaharui pelan anda secara automatik setiap 30 hari menggunakan kad yang telah disimpan. Anda boleh matikannya di Home > View Plan.


6. Adakah harga pelan termasuk SST?

  • Warganegara Malaysia: Tiada SST dikenakan.
  • Bukan warganegara: SST akan dikenakan.


7. Bagaimanakah cara menyemak pembayaran atau penggunaan saya?

Dalam aplikasi, pergi ke Bayaran> Lihat Semua untuk lihat sejarah top-up, pembelian, dan penggunaan anda.


8. Bolehkah saya mendapatkan bayaran balik untuk pembelian atau add-on? 

Kebanyakan pembelian tidak boleh dipulangkan setelah perkhidmatan atau add-on berjaya diaktifkan. 

Walau bagaimanapun, permohonan bayaran balik boleh dipertimbangkan sekiranya berlaku isu pembayaran atau sistem, seperti: 

  • Caj berganda untuk pembelian yang sama 
  • Bayaran telah ditolak tetapi perkhidmatan atau add-on tidak diaktifkan 
  • Caj tidak tepat disebabkan ralat sistem


Bayaran balik biasanya tidak diberikan jika: 

  • Perkhidmatan atau add-on telah digunakan 
  • Pembelian telah berjaya diaktifkan 
  • Pelan atau add-on yang salah dipilih semasa pembelian 


Jika permohonan diluluskan, bayaran balik biasanya mengambil masa 7–14 hari bekerja, bergantung kepada bank atau penyedia pembayaran anda. 


9. Mengapakah bayaran saya telah ditolak tetapi pembelian saya tidak berjaya diselesaikan? 

Jika bayaran anda telah ditolak tetapi pembelian tidak berjaya diselesaikan, bayaran tersebut biasanya masih dalam proses. 

Dalam kebanyakan kes, bayaran akan: 

  • Digunakan secara automatik apabila anda mencuba semula pembelian, atau 
  • Dilepaskan semula oleh bank anda jika transaksi tidak berjaya diselesaikan 


Apakah yang perlu dilakukan: 

i. Cuba semula pembelian yang sama dalam aplikasi Spark. 

  • Jika bayaran sebelumnya telah berjaya diproses, ia akan digunakan secara automatik dan anda tidak akan dikenakan caj sekali lagi. 
  • Jika bayaran tersebut tidak berjaya, bank anda akan melepaskan jumlah yang masih tertangguh mengikut tempoh pemprosesan mereka.

ii. Jika masalah masih berterusan, sila hubungi kami melalui Live Chat atau Hantar Tiket dalam aplikasi Spark. 


Kod Pendek SMS & Nombor Talian (Hotline)


1. Saya boleh hantar SMS ke kod pendek yang mana?

Kod Pendek

Jenis Caj

62100, 62666, 63148, 66300, 66628, 68899 

Dikenakan caj (kadar asas SMS)

20999, 447786205094 

Percuma


2. Nombor talian manakah yang boleh saya hubungi? 

Nombor

Jenis Caj

Syarat

999, 991, 112 

Percuma

N/A 

997 

Percuma 

Pelan aktif diperlukan

15555, 15300, 15454 

Caj ikut kadar panggilan asas  

Pelan aktif diperlukan

1800xxxxxx 

Percuma

Pelan aktif diperlukan

1300xxxxxx 

Caj ikut kadar panggilan asas  

Pelan aktif diperlukan

 

Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article