Soalan Lazim: Penggunaan Perantauan di Rusia (Bermula 6 Okt 2025)

Modified on Fri, 10 Oct at 9:30 AM

1. Mengapa saya tidak boleh menggunakan data atau SMS apabila tiba di Rusia?
Bermula 6 Oktober 2025, pihak berkuasa Rusia telah memperkenalkan peraturan baharu di mana perkhidmatan data mudah alih dan SMS akan disekat selama 24 jam pertama selepas anda disambungkan ke rangkaian tempatan.


2. Adakah saya masih boleh membuat panggilan?

Ya. Panggilan suara tidak terjejas — anda masih boleh membuat dan menerima panggilan seperti biasa.


3. Apa yang boleh saya lakukan sementara menunggu perantauan saya aktif?
Anda boleh menggunakan sambungan Wi-Fi untuk akses internet sepanjang tempoh menunggu 24 jam sehingga data mudah alih anda diaktifkan.


4. Apa yang berlaku selepas 24 jam?

Data mudah alih dan SMS anda akan diaktifkan secara automatik selepas tempoh 24 jam tamat. 

Jika tiada aktiviti pada kad SIM yang didaftarkan dalam rangkaian selama 3 hari selepas sekatan ditarik balik, sekatan 24 jam akan dikenakan semula.


5. Apa yang berlaku jika saya hidup semula telefon atau tukar rangkaian?
Sekatan 24 jam akan bermula semula jika anda menukar rangkaian atau menghidupkan semula peranti anda.


6. Ada sebarang tip untuk elak gangguan?
Elakkan daripada menghidupkan semula telefon dan kekal disambungkan ke rangkaian yang sama untuk pengalaman yang lebih lancar.


Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article