Pendaftaran dan Pengaktifan

Modified on Wed, 3 Apr at 1:41 PM

1. Apakah perkhidmatan Perantauan Antarabangsa?
Perkhidmatan Perantauan Antarabangsa membolehkan anda menggunakan Internet, menerima atau membuat panggilan dan SMS pada telefon mudah alih/ peranti PDA anda di luar negara.

2. Apakah cara pengaktifan perkhidmatan Perantauan Antarabangsa?
Perkhidmatan Perantauan Antarabangsa akan diaktifkan secara automatik semasa pendaftaran pelan.

3. Siapakah yang layak untuk melanggan perkhidmatan Perantauan Antarabangsa?
Semua pelanggan Celcom dan Digi.

4. Adakah saya perlu membayar yuran pengaktifan atau membuat deposit untuk mengaktifkan perkhidmatan Perantauan Antarabangsa saya?
Tiada yuran atau deposit diperlukan untuk pengaktifan.

5. Bagaimanakah saya boleh mengelakkan daripada sambungan ke rangkaian luar negara?
Anda boleh memilih 'Mod Penerbangan' secara manual pada peranti mudah alih anda untuk mengelak daripada disambungkan ke rangkaian luar negara.

Nota: Sebagai alternatif, anda juga boleh melanggan mana-mana pas Roaming Celcom/ Digi untuk mengelak sebarang caj semasa perantauan.


6. Bagaimanakah saya boleh menyemak sama ada saya mempunyai had kredit yang mencukupi untuk membeli Pas Perantauan Celcom/ Digi?

Anda boleh menyemak had kredit anda melalui kaedah berikut:

CelcomDigi
Melalui aplikasi Celcom Life:
  1. Pergi ke tab 'Penggunaan'
  2. Pilih 'Bil'.
Melalui aplikasi MyDigi:
  1. Pada halaman utama, klik pada 'Semak/ Bayar Bil'
  2. Di bawah halaman 'Bil Saya' skrol ke bawah sehingga bahagian 'Akaun Saya'.
Melalui USSD:
  1. Dail *128#
  2. Pilih '2 Akaun Saya'
  3. Pilih '4 Had Kredit'.

Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article