Soalan Lazim: sooka Bundle CelcomDigi Prepaid SpeedSTREAM

Modified on Tue, 10 Mar at 3:42 PM

1. Apakah itu sooka?

sooka ialah platform penstriman yang menyediakan siaran langsung sukan, hiburan atas permintaan, kandungan tempatan & Asia, termasuk acara premium secara langsung.

Antara jenis kandungan yang tersedia:

  • Sukan secara langsung (contoh: kelayakan bola sepak, Premier League, badminton dan sebagainya)
  • Rancangan ‘on-demand’, hiburan tempatan dan terpilih.


2. Di mana saya boleh mendapatkan aplikasi sooka?   

Aplikasi sooka boleh dimuat turun melalui:

 

3. Peranti manakah yang serasi dengan sooka?

sooka tersedia pada pelbagai peranti mudah alih, tablet, pelayar web dan peranti pintar:

  • Peranti Mudah Alih:
    • Android: Telefon pintar & tablet menjalankan Android 9.0 dan ke atas
    • iOS: iPhone & iPad menjalankan iOS 15.1 dan ke atas
  • Komputer:
    • Google Chrome versi 79.0 dan ke atas
    • Mozilla Firefox versi 73.0 dan ke atas
    • Apple Safari versi 13.0 dan ke atas
  • TV Pintar:
    • Samsung TV (model 2018 dan ke atas) dengan Tizen OS 4.0+
    • LG TV (model 2018 dan ke atas) dengan WebOS 4.0+
    • Hisense TV model U6 dan ke atas dengan VIDAA OS
    • Toshiba TV dengan VIDAA OS
    • Android TV (Sony, Sharp, Panasonic, Haier, Philips, TCL, Xiaomi, Hisense, Skyworth, PRISM+, Google TV) menjalankan Android 8.0 dan ke atas
  • Streaming Stick dan Box:
    • sooka TV Stick (Android TV, 4K UHD)
    • Menyokong Dolby Digital, Dolby Digital Plus & Dolby Atmos
    • Xiaomi TV Stick & Mi TV Box (Model 3 & 4)
  • Peranti yang tidak disokong: Huawei Tablet M5 & M6 

Sila rujuk laman rasmi sooka untuk maklumat lanjut.


4. Apakah akses sooka yang tersedia dengan CelcomDigi Prepaid? 

Pelan
Entertainment
(Mobile) 
Sports & Entertainment
Iklan
✔️
✔️
Sukan

✔️
Rancangan TV dan Filem
✔️
✔️
Jenis Peranti
Telefon Pintar, Tablet dan Komputer
Telefon Pintar, Tablet dan Komputer
Resolusi
HD (720p)
HD (720p)
Peranti Serentak
1
2

 

5. Di manakah saya boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai aplikasi sooka?

Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut di https://sooka.my/.

 

6. Apakah SpeedSTREAM sooka yang tersedia untuk pelan CelcomDigi Prepaid yang layak?

 
Harga 
Kuota
Panggilan
Tempoh Sah Kuota
Tempoh Sah Sooka
Pembaharuan Automatik
SpeedSTREAM sooka Entertainment (Mobile)
RM50
Internet & Hotspot Tanpa Had
(48Mbps)
Tanpa Had
(Allnet)
30 hari
30 hari
Ya
SpeedSTREAM sooka
 
Sports & Entertainment (Mobile)
RM65
Internet & Hotspot Tanpa Had
(48Mbps)
Tanpa Had
(Allnet)
30 hari
30 hari
Ya

 *Kuota 5GB Internet pantas boleh digunakan untuk hotspot atau tethering.
 

7. Apakah pelan CelcomDigi Prepaid Plan yang boleh membeli SpeedSTREAM sooka? 

Pelanggan CelcomDigi Prepaid yang melanggan ke pelan berikut, layak untuk membeli pas yang diperbaharui auto ini: 

Add-On
Pelan Celcom 
Pelan Digi 
SpeedSTREAM sooka
  • CelcomDigi Prepaid 5G Biru
  • Celcom Xpax
  • Celcom XPAX
  • Celcom XPAX 2021
  • XPAX
  • Xpax
  • XPAX TURBO
  • XPAX Youth
  • Xpax24
  • Xmax
  • Xmid
  • X2
  • Travel Pack
  • SOX-UOX
  • New UOX
  • New SOX
  • Magic SIM
  • IOX Data Only
  • IOX
  • Holiday SIM
  • DataOnly
  • BlueKhas
  • Blue
  • CelcomDigi Prepaid 5G Kuning
  • Digi prepaid NEXT
  • Digi PREPAID NEXT
  • Digi Prepaid NEXT
  • Raja kombo
  • Raja Kombo
  • Digi Prepaid Best 2017
  • DiGi Best Prepaid v4
  • DiGi Easy Prepaid v3
  • Digi Prepaid LiVE

 

8. Bagaimana cara melanggan dan mengaktifkan SpeedSTREAM sooka?

Langganan dan pengaktifan SpeedSTREAM sooka boleh dibuat melalui aplikasi atau laman web CelcomDigi:

Saluran
Cara melanggan
Aplikasi CelcomDigi
Langkah 1: Log masuk ke aplikasi CelcomDigi
Langkah 2: Pergi ke Shop dan pilih Lifestyle
Langkah 3: Pilih Entertainment
Langkah 4: Pilih SpeedSTREAM sooka yang diingini
Langkah 5: Pilih Confirm subscription untuk meneruskan
Laman web CelcomDigi
Langkah 1: Pergi ke halaman sooka CelcomDigi
Langkah 2: Pilih SpeedSTREAM sooka dan klik Subscribe Now
Langkah 3: Masukkan nombor telefon CelcomDigi dan lengkapkan pengesahan OTP
Langkah 4: Pilih Confirm subscription untuk meneruskan

Nota penting mengenai pengaktifan

  • Sebarang langganan sooka berbayar aktif mesti dibatalkan sebelum pengaktifan bundle melalui CelcomDigi.
  • Cubaan untuk melanggan mungkin gagal jika akaun sooka masih mempunyai langganan aktif.
  • Jika pengaktifan tidak berjaya selepas pautan pengaktifan digunakan, pautan tersebut akan membawa semula ke proses pengaktifan selagi pelanggan belum melengkapkan sepenuhnya proses pengatifan akaun mereka.

 

9. Adakah saya akan menerima notifikasi selepas pembelian berjaya?

Ya, anda akan menerima SMS selepas langganan berjaya serta SMS berasingan mengenai butiran log masuk sooka. Jika tidak menerima SMS, anda masih boleh cuba log masuk ke aplikasi sooka.

 

Penting: Untuk mengaktifkan akaun, anda mesti klik pautan pengaktifan dalam peti masuk aplikasi CelcomDigi. Pastikan aplikasi telah dimuat turun dan akaun telah didaftarkan sebelum melanggan.

 

10. Saya tidak menerima OTP untuk mengaktifkan sooka. Apa perlu saya lakukan?

Pastikan nombor mudah alih yang digunakan adalah nombor CelcomDigi yang sama semasa langganan. OTP hanya akan dihantar ke nombor tersebut. Untuk bantuan lanjut, sila hubungi melalui WhatsApp

 

11. Bagaimana cara mengaktifkan akaun sooka selepas pembelian selesai?

Selepas pembelian berjaya, notifikasi pengaktifan akan dihantar ke Peti Masuk Notifikasi dalam aplikasi CelcomDigi.

 

Buka notifikasi tersebut dan ikut langkah di skrin untuk mengaktifkan akaun. Setelah selesai, akses kandungan sooka akan tersedia.

 

Jika pengaktifan gagal, sila hubungi Khidmat Pelanggan sooka untuk bantuan.

 

12. Saya sudah menjadi pelanggan sooka. Bolehkah saya mengaktifkan SpeedSTREAM sooka menggunakan akaun yang sama?

Jika anda mempunyai langganan berbayar yang masih aktif, anda perlu membatalkannya terlebih dahulu sebelum klik pautan pengaktifan SpeedSTREAM sooka. Pengaktifan akan gagal jika langganan masih aktif.

 

13. Saya pelanggan sedia ada dan sudah klik pautan pengaktifan tetapi gagal. Apa perlu saya buat?

Jika pautan pengaktifan telah diklik dan pengaktifan gagal disebabkan langganan sooka yang masih aktif:

 

Anda perlu menghubungi Khidmat Pelanggan sooka untuk membuat permintaan tetapan semula akaun.

 

Selepas tetapan semula selesai, anda perlu mengaktifkan semula menggunakan pautan pengaktifan SpeedSTREAM sooka tersebut.

 

Buat masa ini, tiada pilihan pemulihan layan diri sekiranya pautan pengaktifan telah digunakan.

 

14. Bolehkah saya menggunakan alamat e-mel yang berbeza untuk mengaktifkan langganan sooka?
Ya. Jika langganan sooka sedia ada anda terikat dengan alamat e-mel tertentu, anda boleh:

  • Membatalkan langganan sooka sedia ada terlebih dahulu, atau
  • Mengaktifkan menggunakan alamat e-mel lain yang tidak terikat dengan langganan sooka yang aktif.

 

15. Apakah yang akan berlaku jika saya menukar (naik taraf atau turun taraf) SpeedSTREAM sooka saya?

Apabila anda menukar SpeedSTREAM sooka:

  • Langganan pas semasa anda akan ditamatkan serta-merta
  • Langganan pas baharu akan berkuat kuasa serta-merta
  • Baki tempoh sah daripada pas sebelumnya tidak akan dibawa ke hadapan
  • Tiada caj pro-rata akan dikenakan

Selepas pertukaran SpeedSTREAM, langkah pengaktifan mungkin diperlukan bergantung kepada status akaun. Jika pengaktifan gagal, sila hubungi Khidmat Pelanggan sooka untuk bantuan lanjut.

 

16. Jika saya membatalkan langganan sooka dan melanggan semula kemudian, adakah saya perlu mengaktifkan semula?

Ya. Jika anda membatalkan dan kemudian melanggan semula SpeedSTREAM sooka:

  • Proses pengaktifan baharu diperlukan
  • Pautan pengaktifan baharu akan dihantar melalui CelcomDigi
  • Akaun sooka sedia ada boleh digunakan semula hanya jika tiada langganan berbayar aktif yang terikat padanya

Jika pengaktifan gagal, sila hubungi Khidmat Pelanggan sooka untuk sokongan tetapan semula akaun.

 

17. Saya telah melanggan SpeedSTREAM sooka. Bolehkah saya membatalkan langganan pada bila bila masa?

Ya, anda boleh membuat pembatalan melalui aplikasi CelcomDigi, yang mana berkenaan. Tiada caj pro rata akan diberikan dan caj penuh akan dikenakan. Selepas pembatalan, kuota dan akses sooka akan kekal sehingga tamat tempoh sah langganan semasa.

Saluran
Cara membatalkan langganan
Aplikasi CelcomDigi
Langkah 1: Log masuk ke aplikasi CelcomDigi
Langkah 2: Pergi ke Shop dan pilih Lifestyle
Langkah 3: Pilih My Subscription
Langkah 4: Pilih SpeedSTREAM sooka anda
Langkah 5: Pilih Unsubscribe untuk meneruskan

 

18. Saya telah melanggan SpeedSTREAM sooka. Bilakah langganan akan diperbaharui secara automatik?

Langganan SpeedSTREAM sooka anda akan diperbaharui secara automatik setiap bulan pada akhir tempoh langganan. Anda boleh menyemak tarikh melalui aplikasi CelcomDigi > Shop > Lifestyle > Entertainment > My Subscriptions.


Sila pastikan anda mempunyai had kredit yang mencukupi 24 jam sebelum tempoh langganan tamat.

 

19. Bolehkah saya membeli beberapa StreamMORE atau SpeedSTREAM untuk perkhidmatan penstriman berbeza walaupun saya telah melanggan SpeedSTREAM sooka daripada CelcomDigi?

Ya, anda dibenarkan untuk membeli  StreamMORE atau SpeedSTREAM lain bagi perkhidmatan penstriman yang berbeza seperti Viu, iQIYI dan Vision+ selepas melanggan SpeedSTREAM sooka.

 

20. Saya melanggan SpeedSTREAM sooka Entertainment. Bolehkah saya melanggan SpeedSTREAM sooka Sports & Entertainment?

Tidak, anda perlu membatalkan langganan SpeedSTREAM sooka Entertainment terlebih dahulu sebelum menukar SpeedSTREAM sooka anda. Setelah pembatalan dibuat melalui aplikasi CelcomDigi, anda boleh melanggan semula SpeedSTREAM sooka Sports & Entertainment.

 

Sila ambil maklum perkara berikut: 

  • Tiada caj pro rata akan dikenakan dan caj penuh akan dikenakan bagi kedua dua langganan.
  • Jika masih berbaki hari sah dalam langganan sebelumnya, baki tersebut tidak akan dibawa ke hadapan dan akan dianggap luput

 

21. Saya telah melanggan SpeedSTREAM sooka. Apa akan berlaku jika saya menamatkan talian pascabayar saya?

Jika anda menamatkan talian pascabayar, akses kepada sooka akan dihentikan serta merta. Tiada caj pro rata akan diberikan dan caj penuh akan dikenakan.

 

22. Saya telah melanggan SpeedSTREAM sooka . Apa akan berlaku jika saya memindahkan talian kepada pemilik baharu (pertukaran hak milik)?

Akses kandungan sooka akan dibawa bersama kepada pemilik baharu nombor mudah alih tersebut. Adalah disarankan supaya anda membatalkan langganan terlebih dahulu sebelum membuat pertukaran hak milik talian.

 

23. Saya telah menggunakan sepenuhnya kuota internet untuk menstrim kandungan di sooka. Apa yang perlu saya lakukan?
Anda boleh membeli pas internet sekali guna CelcomDigi atau melanggan pas bulanan dengan kuota internet yang mencukupi untuk terus menikmati kandungan di sooka.


24. Bolehkah saya menggunakan langganan sooka saya pada peranti lain?

Ya, anda boleh log masuk pada peranti lain yang serasi menggunakan nombor mudah alih CelcomDigi yang digunakan semasa langganan.

 

25. Bolehkah saya menggunakan kuota SpeedSTREAM sooka semasa merantau?

Tidak. Kuota hanya terpakai untuk penggunaan domestik sahaja iaitu di dalam Malaysia.

 

26. Bolehkah saya memindahkan manfaat SpeedSTREAM sooka yang dibeli daripada satu nombor mudah alih ke nombor lain?

Tidak. Akses atau manfaat pas tidak boleh dipindahkan ke nombor mudah alih lain.

 

27. Saya telah memulakan proses pemadaman akaun sooka. Bolehkah saya membatalkannya?

Sila hubungi Khidmat Pelanggan sooka secara terus untuk mendapatkan bantuan berkaitan status pemadaman akaun dan pilihan pemulihan.

 

28. Saya mempunyai pertanyaan lanjut atau isu berkaitan langganan SpeedSTREAM sooka. Di manakah saya boleh mendapatkan bantuan?

Please reach out to us via WhatsApp.

 

29. Apakah terma akses saya kepada sooka?

Dengan melanggan sooka, tanpa mengira sama ada anda log masuk atau melengkapkan proses pendaftaran sooka, pelanggan bersetuju dan mengesahkan bahawa anda telah membaca, memahami, menerima dan bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat berikut:

  1. Terma & Syarat CelcomDigi: Celcom | Digi
  2. sooka Terms Of Use
  3. sooka Privacy Policy

Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article