Notis: Peningkatan Sistem Berjadual Digi pada 16 & 18 Jun 2025

Modified on Mon, 9 Jun at 9:38 PM

Ini adalah notis penting untuk pelanggan Digi.

 

Harap maklum bahawa peningkatan sistem berjadual Digi akan berlangsung dari 1:00 pagi hingga 3:30 pagi pada 16-Jun-2025 dan 18-Jun-2025. Sepanjang tempoh ini, beberapa perkhidmatan dan saluran akan tergendala. Kami mengesyorkan agar anda merancang aktiviti lebih awal bagi memastikan pengalaman yang lancar.

 

Perkhidmatan dan Saluran yang Terjejas Semasa Peningkatan Sistem Berjadual

 

 

16-June-2025

18-June-2025

Perkhidmatan yang Tidak Tersedia

  • Menerima SMS melalui kod pendek (e.g. Bank TAC, Log Masuk OTP)
  • Pembelian add-on internet dan pelan internet
  • Pembelian pas perantauan
  • Pendaftaran baharu, pertukaran pelan dan penamatan talian
  • Pengaktifan dan nyahaktif perkhidmatan nilai tambah
  • Penggantian SIM
  • Prabayar tambah nilai
  • Pascabayar pembayaran bil
  • Pembelian add-on internet dan pelan internet
  • Pembelian pas perantauan
  • Pendaftaran baharu, pertukaran pelan dan penamatan talian
  • Pengaktifan dan nyahaktif perkhidmatan nilai tambah
  • Penggantian SIM

Saluran yang Tidak Tersedia

  • Aplikasi MyDigi
  • Digi Store Online / CelcomDigi Online Store
  • CelcomDigi Kiosk
  • USSD (e.g. *118#)

 

Untuk memastikan pengalaman yang lancar semasa peningkatan sistem berjadual, sila pra-tempah pas perantauan dan lakukan pembelian add-on internet atau pelan internet anda sebelum waktu peningkatan sistem berjadual.

 

Ketahui Lebih Lanjut: Cara Membuat Pra-Tempahan Pas Perantauan melalui aplikasi MyDigi 
Langkah 1: Pada halaman utama aplikasi MyDigi, tekan 'Beli Add-Ons'
Langkah 2: Pergi ke tab 'Roaming', kemudian pilih negara dan pas perantauan pilihan anda
Langkah 3: Pilih pas perantauan dan sahkan tarikh pengaktifan
Langkah 4: Tekan 'Sah' untuk melengkapkan transaksi pembelian.

 

Semua saluran dan perkhidmatan Digi yang lain akan kekal tersedia seperti biasa. Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang mungkin timbul dan menghargai pemahaman serta kesabaran anda dalam perkara ini.


Penting: Sentiasa berwaspada terhadap penipuan. CelcomDigi tidak akan meminta OTP atau maklumat sensitif melalui panggilan atau mesej berkaitan peningkatan sistem ini. Jika anda menerima panggilan atau mesej sedemikian, sila abaikan dan laporkan kepada CelcomDigi.


Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article