Soalan Lazim: Kempen Percuma 1 Bulan CelcomDigi PhoneCARE
Modified on Tue, 20 May at 10:00 AM
1. Siapakah yang layak untuk kempen PhoneCARE percuma selama 1 bulan?
Untuk menikmati PhoneCARE percuma selama 1 bulan, anda perlu mendaftar untuk kedua-dua Easy360 dan pelan Tukar & Ganti (Swap & Replace) dalam tempoh kempen dari 20 Mei 2025 hingga 16 Jun 2025. Pelanggan yang menaik taraf daripada pelan CelcomDigi Postpaid ke Easy360 dalam tempoh ini juga layak untuk penyertaan.
Tarikh Pendaftaran Easy360 | Tarikh Pendaftaran PhoneCARE | Status Kelayakan |
20 Mei 2025 | 16 Jun 2025 | Layak |
19 Mei 2025 | 20 Mei 2025 | Tidak layak |
16 Jun 2025 | 17 Jun 2025 | Tidak layak |
2. Bagaimanakah cara untuk mendaftar kempen PhoneCARE Tukar & Ganti percuma selama 1 bulan?
Anda boleh mendaftar dengan mengunjungi terus mana-mana Kedai CelcomDigi. Tersedia untuk masa terhad sahaja.
3. Pelan Tukar & Ganti yang manakah layak untuk kempen ini?
Harga Peranti (HRD) | Caj Langganan Tukar & Ganti |
RM1,501 – RM3,000 | RM25 |
RM3,001 – RM6,000 | RM35 |
RM6,001 dan ke atas | RM45 |
4. Saya sudah mempunyai pelan Easy360 atau PhoneCARE. Adakah saya masih layak untuk PhoneCARE percuma selama 1 bulan?
Untuk layak menerima PhoneCARE percuma selama 1 bulan, anda perlu mendaftar kontrak Easy360 baharu dan pelan Tukar & Ganti baharu dalam tempoh kempen (20 Mei 2025 hingga 16 Jun 2025).
5. Adakah saya masih perlu membuat bayaran pendahuluan untuk pelan Tukar & Ganti PhoneCARE?
Ya, anda masih perlu membuat bayaran pendahuluan langganan PhoneCARE seperti biasa.
6. Bilakah rebat PhoneCARE percuma selama 1 bulan akan dipaparkan dalam bil saya?
Rebat akan dipaparkan sebagai 'Payment Via M-1' dalam kitaran bil anda yang seterusnya, dalam tempoh 60 hari.
Was this article helpful?
That’s Great!
Thank you for your feedback
Sorry! We couldn't be helpful
Thank you for your feedback
Feedback sent
We appreciate your effort and will try to fix the article