SKMM – Talian Prabayar Digantung Disebabkan Maklumat Pelanggan Tidak Sah

Modified on Wed, 14 May at 10:41 AM

Pelanggan yang dihargai,


Selaras dengan garis panduan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), semua maklumat pelanggan harus padan dengan rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).


Talian anda telah digantung kerana maklumat yang diberikan tidak sepadan dengan rekod rasmi, dan kemas kini yang diperlukan tidak diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan. Harap maklum bahawa talian anda akan ditamatkan dalam tempoh 20 hari dari tarikh penggantungan sekiranya kemas kini tidak diselesaikan. Selepas talian ditamatkan, ia tidak boleh dikembalikan semula.


Nota: Tarikh penggantungan boleh dijumpai di dalam SMS yang telah dihantar kepada anda.


Untuk mengelakkan penamatan talian, sila kemas kini maklumat anda secepat mungkin.

Sebab Penggantungan

Saluran untuk Mengemas Kini

ID yang didaftarkan tidak ditemui dalam data JPN.

Sila kunjungi Digi Store, Celcom bluecube atau CelcomDigi Store terdekat untuk mengemas kini maklumat anda.

Rekod JPN menunjukkan ID yang didaftarkan adalah pemilik yang telah meninggal dunia.

Sila kunjungi Digi Store, Celcom bluecube atau CelcomDigi Store terdekat untuk mengemas kini maklumat anda.

ID yang didaftarkan telah disenarai hitam dalam rekod JPN.

Sila kemas kini maklumat anda di cawangan JPN.

ID yang didaftarkan mempunyai isu dalam rekod JPN.

Sila kemas kini maklumat anda di cawangan JPN.

Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article