Soalan Lazim: CelcomDigi Cube April 2025
Modified on Wed, 23 Apr at 10:00 AM
1. Apakah kempen CelcomDigi Cube?
Kempen CelcomDigi Cube ialah kempen yang berlangsung secara eksklusif selama satu hari sahaja pada 26 April 2025 di kedai CelcomDigi di seluruh negara. Pelanggan yang mendaftar mana-mana pelan terpilih layak untuk membeli barangan Purchase with Purchase (PwP) pada harga RM66 bagi setiap transaksi yang berjaya.
2. Siapakah yang layak untuk mendapatkan barangan PwP pada harga RM66?
Pelanggan mesti mendaftar mana-mana pelan CelcomDigi dengan komitmen bulanan RM80 dan ke atas, termasuk:
- Pelan CelcomDigi Postpaid
- Pelan CelcomDigi One
- Pelan CelcomDigi Fiber
- Pelan CelcomDigi 5G Home WiFi
Selain itu, pelanggan mesti tergolong dalam salah satu kriteria berikut:
- Pelanggan baru
- Pelanggan port-in
- Pelanggan yang menukar pelan (naik taraf sahaja)
3. Bolehkah saya menukar barangan PwP selepas membuka CelcomDigi Cube Box?
Tidak, barangan PwP tidak boleh ditukar. Setelah anda memilih dan membuat pembayaran untuk CelcomDigi Cube Box, barangan tersebut adalah tetap. Selepas kotak dibuka, pelanggan mesti menerima barangan seperti yang dinyatakan dalam kertas yang disertakan.
4. Bolehkah saya mendapatkan lebih daripada satu barangan PwP dalam satu transaksi?
Ya, pelanggan layak untuk membeli maksimum dua (2) CelcomDigi Cube Box bagi setiap transaksi, (RM66 x 2 = RM132).
5. Di manakah saya boleh menyertai kempen ini?
Kunjungi kedai CelcomDigi berdekatan anda.
Was this article helpful?
That’s Great!
Thank you for your feedback
Sorry! We couldn't be helpful
Thank you for your feedback
Feedback sent
We appreciate your effort and will try to fix the article