Giveaway Tiket Eksklusif Konsert Magic Amy Search

Modified on Tue, 15 Apr at 2:13 PM

1. Apakah itu “Giveaway” Tiket Eksklusif Konsert Magic Amy Search ini?

Kempen istimewa oleh CelcomDigi ini menawarkan 150 pasang tiket (2 tiket untuk setiap pelanggan) secara eksklusif kepada pelanggan CelcomDigi untuk menyaksikan Konsert Magic Amy Search. 


2. Siapakah yang layak untuk menyertai kempen ini?

Kempen ini terbuka eksklusif untuk pelanggan CelcomDigi sahaja.

  • Untuk kaedah Pendaftaran Minat (Register of Interest), hanya pelanggan CelcomDigi Postpaid sedia ada adalah layak.
  • Untuk Peraduan Facebook, semua pelanggan CelcomDigi sedia ada (Postpaid dan Prepaid) layak menyertai.

 

3. Bilakah tempoh kempen ini akan berlangsung?

Tempoh kempen berlangsung dari 14 April 2025 hingga 18 April 2025.

 

4. Bilakah dan di manakah konsert akan diadakan?

Konsert Magic Amy Search akan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Sabtu, 26 April 2025 bermula dari jam 8.30 malam.

 

5. Bagaimanakah cara untuk mendapatkan tiket?

Terdapat 2 cara untuk menyertai dan berpeluang memenangi tiket, iaitu melalui:

  • Pendaftaran Minat di laman web CelcomDigi
  • Peraduan Media sosial di halaman rasmi Facebook CelcomDigi


6. Bolehkah saya memenangi lebih daripada sepasang tiket jika saya menyertai kedua-dua cara?

Tidak. Setiap pelanggan yang layak hanya berhak menerima satu (1) pasang tiket sahaja, tanpa mengira berapa banyak kaedah penyertaan yang digunakan.


7. Bagaimanakah cara untuk saya tahu jika saya merupakan pelanggan yang layak?

Senarai pelanggan yang layak akan diumumkan di laman web CelcomDigi dan akan menerima pemberitahuan melalui WhatsApp rasmi CelcomDigi (016-333 8888) pada 23 April 2025.

 

8. Bilakah dan bagaimanakah saya boleh menuntut tiket saya?

Penebusan tiket perlu dibuat pada hari Sabtu, 26 April 2025, antara pukul 4.00 hingga 7:00 petang di Kaunter Tiket Eksklusif Konsert Magic Amy Search, yang terletak di Axiata Arena. Pelanggan perlu membawa:

  • Kad Pengenalan (salinan asal)
  • Aplikasi MyDigi atau Celcom Life yang telah log masuk (untuk tujuan pengesahan)

 

9. Adakah saya akan menerima peringatan daripada CelcomDigi mengenai konsert ini?

Ya. Wakil CelcomDigi akan menghubungi semua pelanggan yang layak pada 24 April 2025, antara jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang, sebagai peringatan untuk hadir ke konsert dan mengambil tiket.

Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article