Pra-Tempah Peranti Samsung Galaxy S25

Modified on Thu, 23 Jan at 3:06 PM

1. Bilakah pelanggan boleh mula membuat pra-tempahan?

Pelanggan boleh mula membuat pra-tempahan dari 23 Januari 2025, jam 10:00 pagi hingga 13 Februari 2025, jam 11:59 malam melalui laman web CelcomDigi, selagi stok masih ada.

 

2. Apakah faedah apabila pelanggan mendaftar semasa pra-tempahan?
Pelanggan boleh mendaftar untuk pra-tempahan Samsung Galaxy S25 dengan pelan CelcomDigi Postpaid 5G 100 dan ke atas.


Namun, pelanggan yang mendaftar untuk pelan CelcomDigi terpilih berikut akan menerima Samsung Galaxy Buds3 sebagai bundle, selagi stok masih ada.

  • CelcomDigi Postpaid 5G 120
  • CelcomDigi Postpaid 5G 140
  • CelcomDigi Postpaid 5G 160
  • CelcomDigi Postpaid One Pro
  • CelcomDigi Postpaid One Ultra


3. Adakah pra-tempah Samsung Galaxy S25 Series masih boleh dibuat selepas 6 Februari 2025?

Ya, tempoh pra-tempah akan tamat pada jam 11:59 malam, 13 Februari 2025. Walaubagaimanapun, bundle Samsung Galaxy Buds3 hanya tersedia sehingga jam 11:59 malam pada 5 Februari 2025 sahaja.

 

4. Siapakah yang layak untuk pra-tempahan?

  • Semua pelanggan dengan pendaftaran baru (termasuk port-in dan penukaran prabayar ke pascabayar)
  • Pelanggan sedia ada tanpa sebarang kontrak peranti dan tiada sekatan panggilan

 

5. Bolehkah pelanggan dengan kontrak sedia ada memilih pelan ini?
Tidak, pelanggan dengan kontrak sedia ada tidak layak untuk pelan ini.


6. Adakah peranti terjamin jika pelanggan membuat pra-tempahan?
Ya, peranti terjamin. Bayaran penuh diperlukan semasa membuat pra-tempahan mengikut harga pakej.

 

7. Bagaimanakah cara untuk membuat pra-tempahan?

  • Langkah 1: Layari laman web CelcomDigi di: https://www.celcomdigi.com/ms/devices/samsung
  • Langkah 2: Pilih model telefon dan pelan yang diingini
  • Langkah 3: Buat bayaran penuh untuk telefon (harga telefon + bayaran pendahuluan).

 

8. Apakah kaedah pembayaran untuk pra-tempahan secara dalam talian?
Pembayaran boleh dibuat melalui kad kredit atau debit secara penuh semasa pra-tempahan.

 

9. Bagaimanakah peranti pra-tempahan akan dihantar kepada pelanggan?
Peranti akan dihantar kepada pelanggan melalui kurier. Tarikh penghantaran mungkin berbeza bergantung kepada amalan penghantaran kurier, lokasi penghantaran, kaedah penghantaran dan barang yang dipesan.

 

10. Bilakah pelanggan akan menerima peranti mereka?

Penghantaran akan bermula pada 14 Februari 2025. Nombor penjejakan akan dihantar ke e-mel pelanggan apabila penghantaran sedang dalam proses.

 

11. Adakah pelanggan boleh mendaftar perkhidmatan Phone Care?
Ya, pelanggan boleh mendaftar untuk Phone Care di 
CelcomDigi Store, Celcom bluecube, Digi Store, Rakan Niaga Sah Celcom dan Digi Store Express.


12. Di manakah saya boleh tukar beli (trade-in) peranti saya?
Anda boleh menukar beli peranti anda dengan memuat turun aplikasi CompAsia yang terkini dan mendiagnosis serta menilai peranti anda melalui aplikasi tersebut. Harap maklum bahawa tukar beli peranti di kedai tidak tersedia buat masa ini. Nantikan kemas kini selanjutnya. 


Untuk maklumat lanjut mengenai tukar beli peranti, sila rujuk artikel ini.

Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article