Tempoh Sah Wallet (Tempoh Sah Kredit)

Modified on Thu, 12 Sep at 10:08 AM

1. Apa itu tempoh sah kredit? 

Tempoh sah kredit merujuk kepada tempoh masa di mana Credits anda akan kekal sah untuk digunakan pada akaun anda. Apabila tempoh sah kredit anda tamat, sebarang Credits yang masih ada pada wallet akaun anda akan dibatalkan dan baki wallet anda akan ditetapkan semula menjadi 0. Polisi ini berkuat kuasa bermula pada 17 Mac 2020. 


2. Berapa lama tempoh sah kredit (Credits) saya?

Asalkan akaun anda mempunyai satu talian Yoodo (oleh CelcomDigi) yang sedia ada, Credits anda akan kekal sah tanpa tarikh luput. Tetapi, jika pengguna menamatkan talian terakhir yang sedia ada atau tidak mempunyai talian yang aktif pada akaun mereka, baki kredit pada wallet pengguna akan mempunyai tempoh sah selama 30 hari sebelum dibatalkan. 


3. Saya menamatkan talian saya secara tak sengaja. Adakah Credits saya akan dibatalkan serta-merta? 

Tidak, jangan risau. Kesemua pengguna akan diberi notis melalui e-mel bahawa Credits mereka akan luput dalam tempoh 30 hari kecuali jika mereka memastikan paling kurang satu talian aktif pada akaun mereka.  


4. Apa maksud “talian aktif”? Adakah Credits saya akan dibatalkan jika talian saya tidak mempunyai pelan aktif? 

Talian aktif dalam konteks tempoh sah kredit merujuk kepada akaun anda mempunyai paling kurang satu talian yang didaftarkan. Jadi, jika talian terakhir anda tidak mempunyai sebarang langganan pelan, pembatalan wallet tidak akan berlaku. 


Namun demikian, apabila talian tersebut ditamatkan selepas 60 hari tempoh penangguhan, anda akan diberi notis melalui e-mel bahawa Credits anda akan luput dalam tempoh 30 hari jika akaun anda tidak mempunyai talian aktif secara berterusan. 


5. Adakah saya akan diingatkan yang Credits saya sudah hampir luput selepas peringatan e-mel yang pertama? 

Pengguna akan menerima satu lagi e-mel peringatan secara automatik pada 7 hari sebelum pembatalan dilakukan. Selepas 7 hari, jika masih tiada talian aktif pada akaun, pembatalan wallet akan dilakukan secara automatik tanpa sebarang notis. Namun, satu rekod mengandungi tarikh dan jumlah yang terbatal akan dipaparkan di bahagian 'Aktiviti' pada aplikasi Yoodo (oleh CelcomDigi) anda.

Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article