Mengapa laman web tertentu tidak dapat diakses semasa menggunakan CelcomDigi Fiber?

Modified on Fri, 4 Oct at 3:34 PM

Sekiranya anda menghadapi masalah untuk mengakses laman web tertentu semasa menggunakan CelcomDigi Fiber, ia mungkin disebabkan oleh beberapa perkara. Berikut adalah beberapa punca yang kerap berlaku dan langkah untuk menyelesaikannya:

Isu

Punca

Penyelesaian

Status perkhidmatan

Talian anda mungkin disekat atau digantung.

Semak status talian anda menggunakan aplikasi Celcom Life atau MyDigi. Jika talian anda disekat atau digantung, bayar jumlah tertunggak melalui kaedah pembayaran yang tersedia.

Cache pelayar (browser)

Cache terkumpul dalam pelayar anda kadangkala boleh menghalang laman web daripada diakses dengan betul.

Kosongkan cache dan kuki pelayar anda. Ini biasanya boleh dilakukan dari menu tetapan pelayar anda.

Konfigurasi rangkaian

Tetapan rangkaian yang salah atau isu dengan modem/ router anda boleh menjejaskan akses laman web.

Restart modem dan router anda. Periksa lampu penunjuk pada router anda; jika ada lampu merah, mungkin terdapat masalah sambungan.

Tarikh dan masa sistem

Tetapan tarikh dan masa sistem yang salah boleh menyebabkan sijil keselamatan menjadi tidak sah dan menghalang laman web daripada diakses.

Pastikan tarikh dan masa sistem anda ditetapkan dengan betul.

Gangguan perkhidmatan

Mungkin terdapat penyelenggaraan yang dijadualkan atau masalah perkhidmatan yang tidak dijangka di kawasan anda.

Semak status rangkaian di kawasan anda melalui aplikasi Celcom Life, MyDigi atau laman web CelcomDigi.

Laman web tertentu disekat

Laman web tertentu mungkin disekat oleh kerajaan, penggunaan VPN kadangkala boleh menyebabkan sesetengah laman web tidak boleh diakses.

Cari sumber rasmi kerajaan untuk memahami laman web tertentu yang disekat dan cuba matikan VPN.


Jika anda masih mengalami masalah, sila hubungi kami di sini.


Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article