Router WiFi 6 Baharu CelcomDigi
Modified on Tue, 1 Jul at 10:00 AM
1. Apakah yang menjadikan Router WiFi 6 baharu sangat unik?
Router baharu menyediakan liputan yang lebih kukuh, lebih luas, sambungan WiFi yang lebih pantas untuk permainan dalam talian dan melayari yang lebih baik, EasyMesh terbina dalam dan kapasiti yang lebih besar untuk menyambungkan lebih banyak peranti.
2. Saya berminat! Adakah saya perlu membayar untuk Router WiFi 6 baharu ini, atau adakah ia disediakan secara percuma?
Semua pelanggan baharu CelcomDigi Fiber akan diberikan Router WiFi 6 baharu secara percuma.
3. Bagaimana untuk mendaftar bagi pelanggan baharu?
Untuk menjadi pelanggan CelcomDigi Fiber baharu kami, anda boleh pergi ke mana-mana kedai CelcomDigi atau ejen Fiber yang sah untuk mendaftar dengan CelcomDigi Fiber. Router WiFi 6 baharu akan dipasang semasa pemasangan Fiber.
4. Router WiFi 6 baharu ini dilengkapi dengan teknologi EasyMesh. Bolehkah saya menambah nod Mesh?
Ya, anda boleh memasangkan dengan mudah untuk menbentuk rangkain Wi-Fi 6 mesh di seluruh rumah dengan tiada zon mati pada Nod Mesh kami. Nod Mesh kami diberikan secara percuma untuk pelan pendaftaran 500Mbps baharu dan ke atas sahaja. Nod Mesh akan dipasang semasa pemasangan Fiber.
5. Saya pelanggan CelcomDigi Fiber sedia ada. Bolehkah saya memohon untuk menukar kepada Router WiFi 6 baharu ini jika saya menaik taraf pelan saya?
Tawaran ini hanya tersedia untuk pelanggan baharu CelcomDigi Fiber.
6. Saya pelanggan pelan CelcomDigi Fiber 500Mbps (& ke atas) sedia ada. Bolehkah saya menuntut Nod Mesh percuma saya sekarang?
Tawaran ini hanya tersedia untuk pelanggan baharu CelcomDigi Fiber pada masa ini.
7. Adakah terdapat tempoh kontrak untuk Router WiFi 6 baharu?
Ya, akan ada tempoh kontrak selama 24 bulan mengikut pelan Fiber yang dilanggani.
8. Bolehkan saya membuat penukaran jika router WiFi 6 saya rosak atau tidak berfungsi dengan baik?
Ya, kami boleh membantu anda dengan menukar router bergantung kepada status kontrak anda.
- Jika anda masih dalam tempoh kontrak, anda layak menerima router secara percuma.
- Jika kontrak anda telah tamat, anda mempunyai dua pilihan:
- Sambung kontrak selama 12 bulan untuk mendapatkan penukaran percuma, atau
- Beli router baharu pada harga RM300 tanpa sebarang kontrak. Caj akan dimasukkan ke dalam bil anda.
Walau bagaimanapun, jika kerosakan router disebabkan oleh kecuaian pelanggan, caj sebanyak RM300 akan dikenakan tanpa mengira status kontrak.
9. Adakah terdapat jaminan untuk Router WiFi 6 baharu?
Ia datang dengan jaminan 24 bulan. Waranti akan terbatal apabila kontrak pelan CelcomDigi Fiber tamat atau sebarang kerosakan pada router akibat penyalahgunaan / kecuaian daripada pihak pelanggan.
10. Apakah yang tidak dilindungi dalam waranti?
Waranti tidak meliputi:
- Kerosakan atau kegagalan disebabkan oleh penggunaan yang tidak betul, kecuaian, atau kemalangan.
- Kerosakan atau kegagalan akibat pembaikan atau pengubahsuaian yang tidak dibenarkan.
11. Adakah saya perlu mengembalikan Router WiFi 6?
Anda boleh menyimpan peranti tanpa mengira penamatan awal atau tamat kontrak.
Was this article helpful?
That’s Great!
Thank you for your feedback
Sorry! We couldn't be helpful
Thank you for your feedback
Feedback sent
We appreciate your effort and will try to fix the article