Tawaran StreamMORE Disney+ Hotstar (Asas) “1-Bulan dari kami”

Modified on Wed, 21 Aug at 2:32 PM

1. Apakah tawaran “1-Bulan dari kami”, dan adakah saya layak untuknya?  

Untuk layak mendapatkan tawaran “1-Bulan dari kami”, anda mesti menjadi pelanggan baru Disney+ Hotstar melalui StreamMORE Add-Ons. Jika anda pernah melanggan Disney+ Hotstar sebelum ini, sama ada jenis Premium atau Asas, anda tidak lagi layak sebagai pelanggan baru.  


Tawaran “1-Bulan dari kami” ini hanya eksklusif dengan pakej StreamMORE Disney+ Hotstar (Asas + 20GB (5G+4G).  


Jika anda adalah pelanggan pertama kali dan melanggan pakej StreamMORE Disney+ Hotstar (Asas) + 20GB (5G+4G), anda akan mendapat tawaran “1-Bulan dari kami”


2. Pakej CelcomDigi mana yang tersedia untuk tawaran “1-Bulan dari kami”?  

Tawaran “1-Bulan dari kami” ini tersedia untuk:  

  • Semua Pelan CelcomDigi Postpaid  
  • Semua Pelan CelcomDigi ONE (tidak termasuk ONE Ultra)  
  • Pelan Celcom Postpaid (hanya untuk Pelan Celcom Mega, Semua Pelan XPAX Postpaid, & Semua Pelan XP Lite)  
  • Semua Pelan Digi Postpaid 


3. Saya telah melanggan StreamMORE Disney+ Hotstar (Premium) + 20GB (5G+4G). Bolehkah saya melanggan StreamMORE Disney+ Hotstar (Asas) + 20GB (5G+4G) dan masih menikmati tawaran "1-Bulan dari kami"?  

Apabila anda berjaya melanggan StreamMORE Disney+ Hotstar (Asas) + 20GB (5G+4G), langganan terdahulu StreamMORE Disney+ Hotstar (Premium) + 20GB (5G+4G) anda akan dibatalkan secara automatik. Anda akan terus menikmati akses Disney+ Hotstar (Premium) sehingga tamat tempoh sah anda, dan selepas itu akses anda akan ditukarkan kepada Asas.  Namun, kelayakan anda untuk menikmati tawaran “1-Bulan dari kami” akan terbatal kerana anda bukan pelanggan pertama kali Disney+ Hotstar melalui StreamMORE Add-Ons.  


4. Bagaimanakah saya akan menerima / menebus tawaran “1-Bulan dari kami” apabila saya melanggan StreamMORE Disney+ Hotstar (Asas) + 20GB (5G+4G)?  

Selepas anda melanggan StreamMORE Disney+ Hotstar (Asas) + 20GB (5G+4G), anda akan menerima tawaran “1-Bulan dari kami” dalam masa 7 hari. Tawaran ini akan muncul dalam kitaran bil seterusnya anda, memastikan bahawa tiada kos tambahan akan dikenakan untuk langganan bulan pertama anda.  


5. Berapa lama boleh saya nikmati tawaran “1-Bulan dari kami” untuk StreamMORE Disney+ Hotstar (Asas + 20GB (5G+4G)?  

Anda boleh menikmati tawaran “1-Bulan dari kami” pada bulan pertama langganan anda. Pada bulan seterusnya, yuran langganan akan dikenakan pada harga asal RM24.90 sebulan dalam bil anda.  


6. Bilakah saya akan mula dikenakan caj untuk langganan StreamMORE Disney+ Hotstar (Asas) + 20GB (5G+4G) jika saya layak untuk menikmati tawaran “1-Bulan dari kami”?  

Langganan StreamMORE Disney+ Hotstar Add-Ons mengikuti kitaran 30 hari dan akan diperbaharui secara automatik pada hari ke-31, pukul 12:00 A.M. Apabila pembaharuan ini berlaku, caj tambahan akan dikenakan serentak.  


Dengan tawaran “1-Bulan dari kami”, anda tidak akan dikenakan caj untuk bulan pertama. Bil anda akan bermula pada hari ke-31 untuk menandakan permulaan bulan kedua anda, pada harga asal RM24.90 sebulan, dan akan diteruskan setiap bulan selepas itu.  

Nota: Pelanggan CelcomDigi Postpaid 5G 160 / 160 DS & CelcomDigi ONE Pro/ ONE Pro DS boleh menikmati diskaun 50% untuk yuran langganan pada bulan berikutnya, seperti yang dinyatakan dalam pelan. 


7. Di manakah saya boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai pakej StreamMORE Disney+ Hotstar?  

Untuk maklumat terperinci mengenai pakej StreamMORE Disney+ Hotstar, sila rujuk 

Soalan Lazim: Pelan CelcomDigi Postpaid 5G & ONE X Pakej Disney+ Hotstar


Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article