Soalan Lazim: Faedah Pelan CelcomDigi Postpaid 5G / Pelan ONE

Modified on Fri, 1 Nov at 3:55 PM

1. Bagaimanakah saya boleh menikmati Diskaun 50% Pas Perantauan dengan Pelan CelcomDigi Postpaid 5G/ pelan ONE yang layak?
Untuk masa terhad, pelanggan yang mendaftar dengan pelan CelcomDigi Postpaid 5G 120 dan ke atas / Pelan CelcomDigi ONE dari 1 Disember 2023 akan menikmati Diskaun 50% untuk Pas Perantauan 3 Hari, 7 Hari, 14 Hari & 30 Hari. Tawaran ini akan tersedia sehingga 31 Disember 2024.
 
Harga penuh Pas Perantauan akan ditunjukkan dalam aplikasi Celcom Life & aplikasi MyDigi. Anda boleh teruskan dengan pembelian pas perantauan dan diskaun 50% tersebut akan disertakan ke dalam bil anda pada hujung kitaran bil.

2. Bagaimanakah saya boleh menikmati diskaun 50% Talian Tambahan dengan pelan CelcomDigi Postpaid 5G / pelan ONE yang layak?
Anda akan menikmati diskaun talian tambahan dengan segera dalam kitaran bil semasa apabila anda mendaftar untuk Pelan CelcomDigi Postpaid 5G 160 / ONE Pro / ONE Ultra. Diskaun akan diberikan untuk kedua-dua pelan Family Line & Pelan GadgetSIM.


Walau bagaimanapun, anda perlu diingatkan bahawa talian tambahan anda perlu berada dalam akaun bil yang sama dengan talian utama anda. Talian tambahan yang berada dalam akaun bil yang berbeza tidak layak untuk diskaun.


3. Bagaimanakah saya boleh menikmati 2 talian CelcomDigi Postpaid 5G Family Plus yang disertakan dalam pelan CelcomDigi ONE Ultra? 

Sebaik sahaja anda mengaktifkan pelan CelcomDigi ONE Ultra, anda boleh sama ada:  

  1. tambah talian keluarga CelcomDigi Postpaid 5G Family Plus khusus untuk pelan CelcomDigi ONE Ultra.   
  2. lakukan penukaran pelan kepada CelcomDigi Postpaid 5G Family Plus khusus untuk pelan CelcomDigi ONE Ultra 


Sila ambil perhatian bahawa:   

  1. Jika mana-mana talian CelcomDigi Postpaid 5G Family Plus dalam pelan CelcomDigi ONE Ultra ditamatkan atau dipindahkan ke akaun lain, anda perlu mengaktifkan talian tambahan baru atau menukar pelan talian tambahan lain kepada pelan CelcomDigi Postpaid 5G Family Plus. Jika tidak, talian tambahan lain dalam akaun yang sama hanya akan menerima diskaun 50%.
  2. Jika anda mempunyai lebih daripada 2 talian CelcomDigi Postpaid 5G Family Plus dalam akaun pelan CelcomDigi ONE Ultra, talian tambahan akan dipindahkan ke pelan CelcomDigi Postpaid 5G Family Plus dengan caj biasa

 

4. Saya menggunakan pelan CelcomDigi ONE Ultra dan mempunyai 2 talian CelcomDigi Postpaid 5G Family Plus yang disertakan dalam pelan ini. Berapa banyak talian tambahan lain dalam akaun bil yang sama yang boleh mendapat 50% Diskaun Talian Tambahan?

Diskaun Talian Tambahan 50% boleh digunakan pada 4 talian tambahan. 

 

5. Siapa yang dapat menikmati rebat di StreamMORE Disney+ Hotstar Add Ons?  

Pelanggan CelcomDigi Postpaid 5G 160 / ONE Pro akan menikmati 50% Disney+ Hotstar Add Ons, apabila mereka melanggan melalui nombor telefon utama.  

StreamMORE Add-Ons akan dipaparkan dengan harga penuh di aplikasi Celcom Life & MyDigi. Anda boleh meneruskan untuk membeli add ons dan diskaun 50% akan diberikan ke dalam bil anda pada akhir kitaran bil. 


Untuk maklumat lanjut, sila rujuk CelcomDigi Disney+ Hotstar bundle FAQ


6. Adakah Disney+ Hotstar (Premium) termasuk dalam pelan CelcomDig ONE Ultra?  

Ya. Pelanggan dapat menikmati ganjaran ini secara automatik jika:

  • pelan mudah alih utama adalah dengan mana-mana kontrak Freedom Add-Ons / peranti atau mempunyai Pelan CelcomDigi Fibre kontrak sedia ada di bawah NRIC yang sama, dan 
  • CelcomDigi masih aktif bekerjasama dengan Disney+ Hotstar.  


Untuk maklumat lanjut, sila rujuk CelcomDigi Disney+ Hotstar bundle FAQ

Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article