Kempen Merdeka 2024 CelcomDigi Fibre Fibre-To-The-Room (FTTR)

Modified on Tue, 13 Aug at 10:01 AM

Kelayakan:


1. Apakah Kempen Merdeka CelcomDigi Fibre FTTR? 

Kempen CelcomDigi Fibre FTTR menawarkan tawaran tempoh terhad untuk FTTR 1+1 dengan pemasangan percuma pada hanya RM1,176 (HRD: RM1,920). Ini terbuka kepada semua pelanggan sedia ada pelan CelcomDigi Fiber 300Mbps dan ke atas. 


2. Siapakah yang layak menyertai Kempen Merdeka FTTR Merdeka?

Pelanggan sedia ada pelan CelcomDigi Fiber 300Mbps dan ke atas dengan alamat pemasangan di Lembah Klang* layak untuk menyertai tawaran eksklusif ini.

Nota: Lembah Klang*: sila semak dengan staf kami untuk kelayakan di kawasan anda.


3, Berapa lamakah tempoh Kempen Merdeka FTTR? 

Tempoh Kempen Merdeka FTTR adalah dari 13 Ogos – 19 September 2024.


4.Jika kediaman saya memerlukan penyediaan FTTR yang berlainan daripada tawaran ini, bagaimana caranya saya membeli FTTR?   

Berikut adalah langkah-langkah pembelian FTTR:  


Langkah 1: Pastikan anda adalah pelanggan pelan CelcomDigi Fiber 300Mbps dan ke atas yang beralamat di Lembah Klang. 

Langkah 2: Untuk menambah CelcomDigi FTTR, sila kongsikan butiran anda dan pasukan pakar fiber kami akan menghubungi anda untuk membuat pemeriksaan.  

Langkah 3: Terima pautan pembayaran dan tarikh pemasangan Fibre-To-The-Room. Harap maklum untuk sebarang pembatalan akan dikenakan penalti. 

Langkah 4: Pakar pemasangan fiber kami akan menghubungi anda bagi bersedia untuk pemasangan FTTR. Nantikan ketibaan pengalaman Fibre-To-The-Room CelcomDigi yang hebat!


5. Apakah FTTR dan kelebihannya kepada saya? 

Untuk mengetahui peranan FTTR dalam mempertingkatkan pengalaman fiber kediaman anda, sila baca Soalan Lazim Produk FTTR kami di sini


6. Apakah yang disertakan dalam FTTR 1+1? 

Berikut adalah senarai yang diberikan secara percuma:

CelcomDigi FTTR1+1
Senarai yang diberikan:
Unit Induk1 unit
Unit Anak1 unit
Splitter ATB 4 Port1 unit
ATB 2 Port1 unit
Kabel Optik LutsinarSehingga 50.5


Penempatan Semula:

 

1. Jika saya berpindah kediaman, bolehkah saya bawa FTTR saya sekali? 

Sekiranya anda perlu berpindah kediaman, sila bawa unit utama, unit sekunder, port ATB 4 dan port ATB 2 bersama. Kemudian, buat permohonan untuk pemasangan semula dengan kos tambahan, bergantung dengan cara FTTR dipasang di kediaman baharu anda.

 

Penamatan:

 

1. Saya telah memilih FTTR 1+1 sebagai tambahan kepada pelan CelcomDigi Fiber dan telah membuat janji temu untuk pemasangan. Bolehkah saya menukar fikiran?

Ya, anda boleh menukar pilihan anda sekurang-kurangnya 72 jam sebelum janji temu pemasangan yang dijadualkan. Jika permohonan dibuat selepas 72 jam, yuran pembatalan sebanyak RM200 akan dikenakan.

 

2. Apa yang akan jadi kepada peranti FTTR sekiranya saya membatalkan perkhidmatan CelcomDigi Fiber?   

Sekiranya anda menetapkan untuk membatalkan perkhidmatanCelcomDigi Fiber, anda boleh terus menyimpan peranti FTTR anda. 

 

Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang penyediaan dan pemasangan  FTTR 1+1 Percuma untuk pelanggan baharu CelcomDigi Fibre 1Gbps, klik pautan di sini. 

 

Anda juga boleh mendapatkan senarai penuh tambahan CelcomDigi Fiber di sini. 


Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article