Peranti Tambahan CelcomDigi Fiber: Boosters

Modified on Fri, 13 Dec, 2024 at 11:38 AM

1. Apakah itu CelcomDigi fibre-to-the-room (CelcomDigi FTTR)?

CelcomDigi FTTR menawarkan Internet pantas terus ke bilik dalam bangunan menggunakan kabel gentian fiber yang direka untuk:

  • Menyediakan sambungan fiber ke seluruh rumah untuk meminimumkan kehilangan isyarat dan titik buta bagi Internet yang lebih konsisten dan ultrastabil.
  • Mengelakkan kesulitan untuk memecahkan dinding and menebuk lubang bagi menyembunyikan pendawaian fiber ke bilik lain.


2. Apakah kelebihan CelcomDigi FTTR?

  • Berbanding dengan teknologi Mesh WiFi, CelcomDigi FTTR adalah lebih unggul dari segi kualiti dengan latensi yang rendah. 
  • Perantauan dalaman lebih lancar dengan Internet ultrastabil dan konsisten di seluruh rumah.
  • Mampu memberikan kepantasan sehingga 1Gbps di setiap bilik.

 

3. Adakah CelcomDigi FTTR terdapat di kawasan saya?
Untuk masa ini, FTTR hanya terdapat untuk pelanggan di kawasan Lembah Klang. Kami merancang untuk menawarkan produk ini kepada semua pelanggan di seluruh negara dalam masa terdekat. Nantikan pengumuman menarik itu.


4. Apakah perbezaan antara CelcomDigi FTTR dan Mesh WiFi?

 

Mesh WiFi

FTTR

Kestabilan Rangkaian

 

Mesh WiFi bergantung pada gelombang radio yang dipengaruhi  oleh pelbagai faktor seperti ketebalan dinding. Oleh itu, ia boleh terdedah kepada gangguan dan dipengaruhi oleh susun atur rumah anda. 

FTTR menghantar data menggunakan fiber optik yang kebal terhadap gangguan elektromagnetik. Dengan itu FTTR memberikan liputan yang lebih konsisten dan stabil.

Liputan/Kekuatan Signal

Mesh WiFi membolehkan anda terus berhubung semasa anda bergerak di dalam rumah, namun kekuatan isyarat mungkin berbeza.

FTTR menyediakan latensi rendah, yang bermaksud kelewatan minimum apabila anda menghantar arahan dan menerima respon. Ini penting untuk aktiviti seperti permainan dalam talian, panggilan video, dan penstriman, memastikan interaksi lancar tanpa gangguan yang ketara.

Perantauan Dalaman

Apabila anda bergerak di dalam rumah dengan Mesh WiFi, anda akan mengalami gangguan semasa bertukar antara titik sambungan yang berbeza.

Nikmati perantauan dalaman yang lebih lancar dengan FTTR, memastikan sambungan yang lebih lancar berbanding Mesh WiFi.

 

5. Apakah kepantasan Internet yang boleh saya jangkakan dengan CelcomDigi FTTR?
FTTR tersedia sebagai tambahan bila anda melanggan untuk CelcomDigi Fiber 300Mbps dan ke atas. Anda boleh menjangkakan kepantasan yang sama pada FTTR seperti penghala utama fiber anda.
 

6. Berapakah harga Tambahan CelcomDigi FTTR?

Harga untuk FTTR bergantung pada kesesuaian yang dicadangkan. Harga adalah seperti yang disenaraikan di bawah. Jumlah keseluruhan boleh dibayar menggunakan Pelan Pembayaran Mudah (EPP) 24 bulan bila anda membayar menggunakan kad kredit Maybank atau CIMB.

CelcomDigi Fibre-To-The-Room (FTTR)
Susun Atur FTTR CelcomDigi1 + 1
Sesuai untuk 2 bilik
1 + 2
Sesuai untuk 3 bilik
1 + 3
Sesuai untuk 4 bilik
Harga FTTR CelcomDigiRM1,440RM1,800RM2,280
Kos PemasanganRM480RM648RM864
Jumlah Perlu DibayarRM1,920RM2,448RM3,144

 
7. Apakah yang termasuk dalam harga yang dikenakan kepada saya untuk CelcomDigi FTTR?
Berikut disertakan dalam pemasangan standard FTTR:

Susun Atur FTTR

Item Termasuk

1+1

1+2

1+3

Unit Induk

1 unit

Unit Anak

1 unit

2 unit

3 unit

ATB 4 Port / Splitter

1 unit

ATB 2 Port

1 unit

2 unit

3 unit

Kabel Optik Lutsinar

Sehingga 50.5m

Sehingga 80.5m

Sehingga 110.5m

 

8. Adakah saya terikat dengan kontrak apabila melanggan CelcomDigi FTTR?

FTTR tidak mempunyai sebarang kontrak, akan tetapi, kontrak CelcomDigi Fiber anda kekal.


9. Adakah CelcomDigi FTTR eksklusif untuk pelanggan fiber sedia ada?
Ya, ia hanya tersedia kepada pelanggan sedia ada CelcomDigi Fiber 300Mbps atau ke atas yang mempunyai langganan aktif.

 

10. Bagaimanakah proses pendaftaran untuk CelcomDigi FTTR?

Langkah 1: Pastikan anda melanggan pelan CelcomDigi Fiber 300Mbps dan ke atas. Jika berminat untuk menambah FTTR, sila berikan butiran diri anda di sini.

Langkah 2: Pasukan CelcomDigi Fiber kami akan menghubungi anda untuk memahami keperluan anda.

Langkah 3: Anda akan menerima pautan pembayaran dan tarikh pemasangan FTTR. Sila ambil perhatian bahawa penalti akan dikenakan sekiranya ada pembatalan.

Langkah 4: Pakar pemasangan kami akan menghubungi anda untuk proses pemasangan. Bersedia untuk mengalami kehebatan CelcomDigi Fiber!

 

11. Berapa lamakah masa pemasangan CelcomDigi FTTR?
Masa pemasangan untuk FTTR 1+1 adalah antara 2 hingga 3 jam, mengambil kira kerumitan persediaan, pengoptimuman sambungan dan konfigurasi peranti Wi-Fi di lokasi anda. Sila jangkakan tempoh pemasangan yang lebih lama untuk FTTR 1+2 dan FTTR 1+3.
 

12. Saya mengalami masalah sambungan dengan CelcomDigi FTTR. Apakah proses sokongan pelanggan untuk Tambahan FTTR ini?

Jika anda mengalami masalah sambungan, anda boleh menghubungi pasukan khidmat pelanggan kami seperti yang tertera di bawah. Kami akan menyelesaikan isu tersebut secara jarak jauh. Jika perlu, pasukan kami akan datang ke lokasi anda untuk penyelesaian secara langsung.

Siapa yang perlu dihubungi untuk bantuan tambahan CelcomDigi FTTR anda?

Pelanggan Pascabayar Celcom

Pelanggan Pascabayar Digi

Pelanggan Baharu/Pelanggan tanpa talian pascabayar














13. Apa akan berlaku jika saya berpindah atau menukar tempat CelcomDigi FTTR?

  • Penempatan semula dalam premis yang sama: Anda boleh menghubungi perkhidmatan pelanggan kami untuk menjadualkan pemasangan ke lokasi baharu. Kami akan menggunakan Unit Induk, Unit Anak, Pemisah Fiber dan Kotak Terminal Akses (ATB) sedia ada. Selain itu, terdapat caj untuk kabel gentian optik baharu. Caj pemasangan baharu juga akan dikenakan. 
  • Penempatan semula ke premis yang lain: Jika anda perlu menempatkan semula FTTR, anda perlu membawa Unit Induk, Unit Anak, Pemisah Fiber dan Kotak Terminal Akses (ATB). Anda boleh menghubungi perkhidmatan pelanggan kami untuk menjadualkan pemasangan ke premis baharu. Selain itu, terdapat caj untuk kabel gentian optik baharu. Caj pemasangan baharu juga akan dikenakan.

 

14. Apa akan berlaku jika saya ingin membatalkan CelcomDigi FTTR?

Jika anda ingin membatalkan CelcomDigi FTTR, sila berhubung dengan pakar Fiber kami menerusi nombor Whatsapp yang telah ditetapkan untuk anda.
 

15. Sejauh manakah CelcomDigi FTTR relevan di masa hadapan?
CelcomDigi FTTR boleh membawa kepantasan jalur lebar yang lebih tinggi pada masa hadapan. Ia mampu membawa kepantasan sehingga 1Gbps.

 

16. Apakah kaedah pembayaran yang tersedia? Adakah terdapat Pelan Pembayaran Mudah (EPP) untuk Tambahan CelcomDigi FTTR?
 Pelanggan boleh membeli Tambahan FTTR dengan pilihan pembayaran berikut: 

  • Pembelian terus dengan mana-mana kad debit/kredit, pembayaran dalam talian dan e-dompet Boost/GrabPay; atau
  • Pelan Pembayaran Mudah (EPP) sehingga 24 bulan dengan kad kredit terpilih (cth., Maybank dan CIMB)

17. Apakah penalti yang akan dikenakan jika saya telah membuat pembayaran tetapi ingin membuat pembatalan?

Anda akan dikenakan yuran pembatalan sebanyak RM85.
 

18. Adakah terdapat waranti pada peranti dan pendawaian gentian option yang digunakan untuk FTTR?

Ya, terdapat waranti selama 24 bulan. Akan tetapi, sila ambil perhatian bahawa ia tidak melindungi kecuaian pelanggan.

19. Apakah proses untuk tuntutan waranti yang berkaitan dengan CelcomDigi FTTR?
Sila hubungi kami di talian berikut:

Siapa yang perlu dihubungi untuk bantuan tambahan CelcomDigi FTTR anda?

Pelanggan Pascabayar Celcom

Pelanggan Pascabayar Digi

Pelanggan Baharu/Pelanggan tanpa talian pascabayar










Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article