Peranti Tambahan CelcomDigi Fiber: Boosters

Modified on Wed, 30 Jul at 10:00 AM

CelcomDigi Fibre-To-The-Room (CelcomDigi FTTR)


1. Apakah itu CelcomDigi Fibre-To-The-Room (CelcomDigi FTTR)?

CelcomDigi Fibre-To-The-Room menawarkan Internet pantas terus ke bilik yang menggunakan kabel gentian fiber yang direka untuk:

  • Menyediakan sambungan fiber ke seluruh rumah untuk meminimumkan kehilangan isyarat dan zon mati WiFI bagi Internet yang lebih konsisten dan ultrastabil.
  • Mengelakkan kesulitan untuk memecahkan dinding and menebuk lubang bagi menyembunyikan pendawaian fiber ke bilik lain. 


2. Adakah CelcomDigi FTTR eksklusif untuk pelanggan fiber sedia ada?
 Ya, ia hanya tersedia kepada pelanggan CelcomDigi Fiber 300Mbps ke atas yang mempunyai langganan aktif.


3. Apakah kepantasan Internet yang boleh saya jangkakan dengan CelcomDigi FTTR?

Anda boleh menjangkakan kepantasan yang sama pada FTTR seperti pelan fiber sedia ada anda.


4. Apakah perbezaan antara CelcomDigi FTTR dan Mesh WiFi?

 

Mesh WiFi

FTTR

Kestabilan Rangkaian

 

Mesh WiFi bergantung pada gelombang radio yang dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti ketebalan dinding. Oleh itu, susun atur rumah anda boleh menyebabkan gangguan. 

FTTR menghantar data menggunakan fiber optik yang kebal terhadap gangguan elektromagnetik. Dengan itu FTTR memberikan liputan yang lebih konsisten dan stabil.

Liputan/Kekuatan Signal

Mesh WiFi membolehkan anda terus berhubung semasa anda bergerak di dalam rumah namun kekuatan isyarat ungkin berbeza.

FTTR menyediakan latensi rendah. Ini bermaksud proses menghantar arahan dan menerima respon lebih pantas. Perkara ini penting untuk aktiviti seperti bermain atas talian, panggilan video dan strim, memastikan interaksi lancar tanpa gangguan yang ketara.

Perantauan Dalaman

Apabila anda bergerak di dalam rumah dengan Mesh WiFi, anda akan mengalami gangguan semasa bertukar antara titik sambungan yang berbeza.

Nikmati perantauan dalaman yang lebih lancar dengan FTTR, memastikan sambungan yang lebih lancar berbanding Mesh WiFi.


5. Adakah CelcomDigi FTTR terdapat di kawasan saya?
Ya, FTTR terdapat untuk semua pelanggan di seluruh negara 


6. Berapakah harga yang perlu dibayar untuk CelcomDigi FTTR?

Harga untuk FTTR bergantung pada kesesuaian yang dicadangkan. Harga adalah seperti yang disenaraikan di bawah. Jumlah keseluruhan boleh dibayar menggunakan Pelan Pembayaran Mudah (EPP) 24 bulan bila anda membayar menggunakan kad kredit Maybank atau CIMB.

CelcomDigi Fibre-To-The-Room (FTTR)

Pelan

1 + 1
 Sesuai untuk 2 bilik

1 + 2
 Sesuai untuk 3 bilik

1 + 3
 Sesuai untuk 4 bilik

Harga

RM1,176

RM1,800

RM2,280

Kos Pemasangan

Percuma

RM648

RM864

Jumlah Perlu Dibayar

RM1,176

RM2,448

RM3,144

Pelan Pembayaran Mudah (EPP) 24 bulan

 

kad kredit Maybank atau CIMB

RM49/bulan

RM75/bulan

RM95/bulan


7. Apakah kaedah pembayaran yang tersedia?
  Pelanggan boleh membeli Tambahan FTTR dengan pilihan pembayaran berikut: 

  • Pembelian terus dengan mana-mana kad debit/kredit, pembayaran dalam talian dan e-dompet Boost/GrabPay; atau
  • Pelan Pembayaran Mudah (EPP) sehingga 24 bulan dengan kad kredit terpilih (cth., Maybank dan CIMB)


8. Apakah yang termasuk dalam harga yang dikenakan kepada saya untuk CelcomDigi FTTR?
 Berikut disertakan dalam pemasangan standard FTTR:

Susun Atur FTTR

Item Termasuk

1+1

1+2

1+3

Unit Induk

1 unit

Unit Anak

1 unit

2 unit

3 unit

ATB 4 Port / Splitter

1 unit

ATB 2 Port

1 unit

2 unit

3 unit

Kabel Optik Lutsinar

Sehingga 50.5m

Sehingga 80.5m

Sehingga 110.5m

 

9. Adakah terdapat kontrak terikat dengan langganan CelcomDigi FTTR dan waranti untuk peranti dan pendawaian fiber optik yang digunakan untuk CelcomDigi FTTR? 

Tiada kontrak pada CelcomDigi FTTR, namun kontrak CelcomDigi Fiber anda kekal. Terdapat jaminan 24 bulan, tetapi sila ambil perhatian bahawa ia tidak melindungi sekiranya kecuaian pelanggan.


10. Bagaimana proses pendaftaran untuk CelcomDigi FTTR?

Langkah 1: Pastikan anda melanggan pelan fiber 300Mbps dan ke atas CelcomDigi. Sila berikan butiran diri anda di sini: https://www.celcomdigi.com/ms/fibre/fttr 

Langkah 2: Pasukan CelcomDigi fiber kami akan menghubungi anda untuk memahami keperluan anda.

Langkah 3: Anda akan menerima pautan pembayaran dan tarikh pemasangan FTTR. Sila ambil perhatian bahawa penalti mungkin akan dikenakan sekiranya anda membuat pembatalan.

Langkah 4: Pakar pemasangan kami akan menghubungi anda untuk proses pemasangan. Bersedia untuk mengalami kehebatan CelcomDigi fiber!


11. Berapa lamakah masa pemasangan CelcomDigi FTTR?
Masa pemasangan adalah antara 2 ke 3 jam mengambil kira kerumitan persediaan, pengoptimuman sambungan dan konfigurasi peranti Wi-Fi di lokasi anda. Sila jangkakan tempoh pemasangan yang lebih lama untuk FTTR 1+2 dan FTTR 1+3.


12. Apa akan berlaku jika saya berpindah atau menukar tempat CelcomDigi FTTR?

  • Penempatan semula dalam premis yang sama: Anda boleh menghubungi khidmat pelanggan kami untuk menjadualkan pemasangan ke lokasi baharu. Kami akan menggunakan Unit Induk, Unit Anak, Pemisah Fiber dan Kotak Terminal Akses (ATB) sedia ada. Selain itu, terdapat caj untuk kabel fiber optik baharu. Caj pemasangan baharu juga akan dikenakan. 
  • Penempatan semula ke premis yang lain: Jika anda perlu menempatkan semula FTTR, anda perlu membawa Unit Induk, Unit Anak, Pemisah Fiber dan Kotak Terminal Akses (ATB). Anda boleh menghubungi khidmat pelanggan kami untuk menjadualkan pemasangan ke premis baharu. Selain itu, terdapat caj untuk kabel fiber optik baharu. Caj pemasangan baharu juga akan dikenakan.


13. Apa yang berlaku jika saya ingin membatalkan CelcomDigi FTTR. Adakah terdapat sebarang penalti yang dikenakan?

Jika anda ingin membatalkan FTTR CelcomDigi anda, sila berhubung dengan pakar fiber kami melalui nombor WhatsApp yang telah anda hubungi. Terdapat yuran pembatalan sebanyak RM85.


14. Saya menghadapi masalah sambungan atau mempunyai pertanyaan tentang tuntutan waranti untuk CelcomDigi FTTR. Apa yang perlu saya lakukan?

Untuk bantuan lanjut, sila hubungi pasukan Khidmat Langgan kami melalui panggilan atau WhatsApp di +6016-333 1111. 


Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article