Bolehkah saya pindah milik akaun saya kepada orang lain?
Modified on Tue, 4 Feb at 3:51 PM
Anda boleh membuat permohonan untuk memindahkan pemilikan akaun anda di Celcom bluecube dan Digi Store. Pastikan akaun anda masih aktif dan selesaikan semua amaun bil yang telah dan belum dibilkan sebelum memulakan permohonan. Jika akaun anda mempunyai kontrak peranti/perkhidmatan aktif, pemilik sedia ada perlu menamatkan kontrak sebelum meneruskan pindah milik akaun kepada orang lain.
Anda boleh memohon untuk memindahkan pemilikan akaun dengan perkara berikut:
- Kehadiran kedua-dua pemilik sedia ada dan pemilik baru
- NRIC/ Pasport/ ID pemindah
- NRIC/ Pasport/ ID penerima
Nota: Untuk Orang Kurang Upaya (OKU) atau pelanggan yang dirawat di hospital yang tidak dapat hadirkan diri, penerima mesti mengemukakan dokumen bukti hubungan dan surat hospital (jika berkenaan) untuk meneruskan permohonan pindah milik akaun.
Jika permohonan pindah milik disebabkan oleh kematian, anda mesti mengemukakan dokumen berikut:
- Sijil kematian asal
- NRIC/ Pasport/ ID penerima
- Dokumen bukti hubungan (sijil perkahwinan atau sijil kelahiran) atau Surat Pentadbiran yang mengandungi nama kedua-dua pemindah dan penerima
Yuran dan Caj
Pemindahan pemilikan adalah percuma untuk pelanggan prabayar Celcom dan Digi. Jika anda menggunakan pelan pascabayar, caj berikut akan dikenakan.
| Pascabayar Celcom | Pascabayar Digi |
Caj Pindah Milik Akaun | RM50 Dicaj dalam bil | N/A |
Caj Pemprosesan | RM10 Dicaj dalam bil | RM10 Dicaj dalam bil |
Bayaran Pendahuluan * | N/A | 1x Komitmen Bulanan |
*Bayaran pendahuluan akan ditolak dalam bil seterusnya.
Jika anda mempunyai sebarang caj tertunggak, anda dikehendaki menyelesaikan bil anda sebelum pemindahan pemilikan dilakukan.
Jika anda mempunyai kontrak aktif, pemindahan pemilikan juga akan menyebabkan penamatan kontrak awal. Oleh itu, anda dikehendaki membayar yuran penamatan awal sebelum pemindahan pemilikan dapat diselesaikan.
Nota Penting: Harap maklum bahawa baki sedia ada (freebies), rebat, perkhidmatan dan faedah akan dibatalkan, dan tempoh perkhidmatan akan ditetapkan semula selepas pemindahan pemilikan dilakukan.
Was this article helpful?
That’s Great!
Thank you for your feedback
Sorry! We couldn't be helpful
Thank you for your feedback
Feedback sent
We appreciate your effort and will try to fix the article