Privasi Notis Digi

Modified on Fri, 12 Apr 2024 at 08:04 AM

Notis Privasi ini menjelaskan bagaimana kami mengumpul, menggunakan, memproses, dan menyimpan Data Peribadi anda apabila anda (sebagai individu atau entiti perniagaan) menggunakan atau melanggan mana-mana produk, perkhidmatan, dan/atau aplikasi kami (termasuk tetapi tidak terhad kepada penyambungan, perniagaan, dan penyelesaian digital), dan melawat mana-mana kedai runcit kami, atau laman web (secara kolektif dirujuk sebagai "Perkhidmatan").


Data Peribadi merangkumi nama anda, alamat atau alamat e-mel, serta data yang kurang jelas seperti data berkaitan peranti, rekod panggilan, pengenal dalam talian, dan data lokasi.


Sila baca Notis Privasi ini bersama dengan Terma & Syarat Perkhidmatan yang anda gunakan. Ia mungkin menetapkan terma Perkhidmatan tambahan mengenai Data Peribadi anda yang kami kumpul daripada anda dan aktiviti pemprosesan yang berkaitan.


Anda boleh membaca versi penuh Notis Privasi secara keseluruhan dengan infografik kami di sini.



1. SIAPAKAH DIGI? 

Digi Telecommunications Sdn Bhd (sebahagian daripada CelcomDigi Berhad) (dirujuk sebagai "Digi" atau "kami") komited untuk melindungi dan menghormati privasi anda. 

 

Digi adalah penyedia perkhidmatan sambungan mudah alih dan Internet. Pejabat kami terletak di No. 6, Persiaran Barat, Seksyen 52, 46200 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. 

 

2. APAKAH KESAHIHAN PEMPROSESAN? 

Kami akan memproses Data Peribadi anda berdasarkan: 

  1. Persetujuan yang anda berikan di mana Digi tidak bergantung kepada asas perundangan yang lain. Apabila anda memberi persetujuan, anda boleh menarik balik pada bila-bila masa. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk bahagian ‘Apakah Hak Anda?’ di bawah. 
  2. Perlaksanaan kontrak, contohnya, membolehkan Perkhidmatan yang anda langgani. 
  3. Pertanyaan pra-kontrak, contohnya apabila anda berpotensi menjadi pelanggan kami. 
  4. Pematuhan kepada undang-undang mandatori, contonhnya, keperluan perakaunan dan percukaian, dan sebarang permintaan yang sah daripada pegawai kerajaan, badan kehakiman, atau penguatkuasa undang-undang. 
  5. Melindungi kepentingan anda seperti mendedahkan lokasi terakhir anda yang diketahui di mana anda telah dilaporkan hilang selama lebih daripada 24 jam. 

 

3. BILA KAMI MENGUMPUL DATA PERIBADI ANDA? 

Kami mengumpul Data Peribadi:  

  1. Secara langsung daripada anda, semasa pendaftaran fizikal dan dalam talian, apabila menghubungi kami melalui pelbagai saluran, dan mengambil bahagian dalam pertandingan, cabutan hadiah atau kajian. 
  2. Apabila anda menggunakan Perkhidmatan kami, seperti menyambungkan peranti anda ke rangkaian kami, menggunakan aplikasi atau penyelesaian digital kami, melayari mana-mana laman web kami atau melawati mana-mana cawangan kedai kami. 
  3. Daripada sumber lain, seperti direktori perniagaan, agensi pencegahan penipuan, agensi pelaporan kredit, institusi kewangan, penyedia rangkaian yang berkaitan, atau rakan kongsi perniagaan lain sama ada sebelum memulakan Perkhidmatan anda, apabila anda berinteraksi dengan kami pada platform media sosial, apabila anda adalah pelanggan perniagaan yang kami perolehi, dan/atau apabila anda telah memberikan kebenaran kepada syarikat lain untuk berkongsi maklumat mengenai anda. 

 

4. APA YANG KAMI KUMPULKAN? 

Kami mengumpul dan memproses Data Peribadi anda selama tempoh Perkhidmatan kami tertakluk kepada undang-undang, termasuk tetapi tidak terhad kepada:  

  1. Maklumat berkaitan akaun, seperti nama, alamat, nombor telefon, tarikh lahir, jantina, alamat e-mel, nombor kad pengenalan, maklumat bil, transaksi pembayaran, sejarah pembelian, maklumat  kad kredit atau debit, akaun bank, dan maklumat kewangan yang lain. Apabila anda melanggan sebagai entiti perniagaan, kami juga akan mengumpul maklumat syarikat anda. Kami juga mungkin mengumpul maklumat wakil perniagaan dan/atau penjaga anda. Jika anda memberi kami maklumat sedemikian, anda dianggap telah menerima kebenaran mereka untuk berkongsi maklumat tersebut dengan Digi. 
  2. Maklumat berkaitan lokasi, seperti lokasi GPS yang dijana daripada lokasi menara atau sel, penghala Wi-Fi, perkhidmatan Bluetooth atau pusat akses lain, dan maklumat yang diperoleh daripada alamat IP, poskod, dan bandar anda. 
  3. Maklumat berkaitan peranti, seperti nombor peranti (IMEI), model peranti dan sistem pengendalian, dan nombor kad SIM (IMSI atau ICCID).
  4. Prestasi rangkaian dan maklumat penggunaan, seperti prestasi ketersambungan rangkaian dan internet (termasuk kelajuan, aliran trafik dan kapasiti), rekod dan penggunaan SMS, panggilan dan perayauan, dan penggunaan dan baki internet. 
  5. Pelayaran web dan maklumat aplikasi, seperti laman web yang anda lawati atau aplikasi mudah alih yang anda gunakan, aktiviti pelayaran, dan atribut yang dikumpulkan menggunakan kuki, suar web dan teknologi lain (sila rujuk 'Notis Kuki' kami). 
  6. Maklumat biometrik, seperti cap jari. 
  7. Maklumat lain, seperti acara, pertandingan, atau penyertaan kajian, gambar dan video yang dirakam oleh kami atau diserahkan kepada kami, rekod hubungan anda melalui pelbagai saluran kami (termasuk sembang langsung, e-mel atau panggilan yang dibuat kepada Pusat Khidmat Pelanggan), dan rakaman CCTV di cawangan kedai kami.


Digi hanya mengumpulkan Data Peribadi Sensitif apabila anda memberikan kami maklumat ini secara sukarela atau maklumat tersebut diperlukan atau pengumpulan tersebut dibenarkan oleh undang-undang. Contohnya, apabila anda memberi kad pengenalan anda, kami akan mengumpulkan kaum atau etnik anda.  


Kami mungkin tidak dapat memproses permohonan anda dan/atau memberi Perkhidmatan kami jika anda gagal memberikan Data Peribadi yang diperlukan, Data Peribadi yang diberikan tidak lengkap dan tidak tepat, dan/atau anda menarik balik persetujuan untuk memproses Data Peribadi anda. 


Anda boleh mengakses Perkhidmatan kami melalui platform pihak ketiga untuk melakukan transaksi seperti pertanyaan baki, pembayaran bil, dan pembelian Perkhidmatan kami. Dengan menggunakan platform tersebut, sebarang Data Peribadi yang dikongsikan akan diurus berdasarkan Notis Privasi ini.

 

5. BAGAIMANA KAMI MENGGUNAKANNYA? 

Kami akan menggunakan dan memproses Data Peribadi anda untuk: 


    5.1 Memberikan anda Perkhidmatan kami 

  1. Bagi tujuan pemenuhan syarat, seperti memproses pendaftaran dan pesanan anda, mengurus akaun anda, menghubungkan anda dengan rakan kongsi kami,memasang peralatan di premis anda dan menghantar pembelian anda. 
  2. Bagi tujuan pengebilan, seperti memproses bayaran anda, mengeluarkan bil, dan mengutip hutang. 
  3. Bagi tujuan khidmat pelanggan, seperti menjawab sebarang pertanyaan melalui pelbagai saluran. 
  4. Bagi tujuan peningkatan Perkhidmatan, seperti memantau rangkaian kami dan mengekalkan ketersediaan rangkaian, menyokong sebarang aktiviti penyelesaian masalah teknikal, dan memantau serta merekod panggilan anda ke Pusat Khidmat Pelanggan kami untuk latihan dan jaminan kualiti. 
  5. Bagi tujuan komunikasi, seperti memastikan anda mendapat maklumat terkini berkaitan langganan anda (termasuk manfaat dan ganjaran anda), memaklumkan perubahan pada terma dan syarat kami atau gangguan perkhidmatan, dan berkongsi pesanan khidmat masyarakat bagi pihak badan berkanun dan/atau pihak berkuasa. Anda juga boleh menghubungi kami melalui saluran lain seperti platform media sosial. 

 

    5.2 Memperibadikan Perkhidmatan kami  

  1. Bagi tujuan pemasaran, seperti menghantar bahan promosi yang berkaitan Perkhidmatan kami, atau mempromosi Perkhidmatan rakan kongsi kami atau pihak ketiga yang kami fikir mungkin menarik minat anda melalui panggilan telefon, SMS, e-mel dan notifikasi (jika anda telah bersetuju untuk menerima bahan tersebut). Kami menyesuaikan mesej yang dihantar berdasarkan Perkhidmatan yang anda langgani daripada kami pada masa lalu, atau maklumat yang kami dapati daripada pihak ketiga. 
  2. Anda boleh mengawal kebenaran pemasaran. Untuk maklumat lanjut mengenai cara untuk menghentikan komunikasi pemasaran, sila rujuk bahagian 'Apakah Hak Anda?' di bawah. 
  3. Bagi tujuan pengiklanan dalam talian, seperti mensasarkan kempen pemasaran dan pengiklanan kami (dan rakan kongsi kami) dengan lebih efektif dan menjadikan pengalaman dalam talian anda lebih efisien serta menyeronokkan. Strategi ini dikenali sebagai pengiklanan berasaskan minat yang boleh ditemui di laman web milik Digi atau pihak ketiga, serta saluran lain seperti platform media sosial yang menggunakan kuki. 
  4. Anda boleh mengawal tetapan kuki. Sila rujuk ‘Notis Kuki’ kami untuk maklumat lanjut. Tidak membenarkan pengiklanan berasaskan minat tidak menghentikan paparan iklan – cuma iklan tersebut tidak disesuaikan dengan minat anda. Untuk menghentikan iklan yang diperibadikan di platform media sosial anda, pergi ke tetapan platform yang berkaitan. 

 

    5.3 Melindungi Perkhidmatan kami 

  1. Bagi tujuan saringan, seperti menjalankan pemeriksaan kredit semasa permohonan anda dan sepanjang Perkhidmatan kami. Maklumat ini akan dikemaskini dari masa ke semasa dan dibekalkan kepada organisasi lain oleh agensi pelaporan kredit. 
  2. Bagi tujuan pencegahan penipuan dan keselamatan, seperti mengesahkan identiti anda, mengesan dan menghentikan aktiviti penipuan mengunakan rangkaian kami, mencegah dan menghalang potensi ancaman siber terhadap system, rangkaian, dan Perkhidmatan kami, melindungi akaun anda daripada akses tanpa kebenaran, penipuan, penyalahgunaan atau kerosakan pada Perkhidmatan kami, dan menyiasat aktiviti atau transaksi akaun yang mencurigakan apabila anda menggunakan Perkhidmatan kami. 

 

    5.4 Penyelidikan, analisis, dan laporan 

  1. Bagi tujuan penyelidikan dan analysis, seperti menjalankan kaji selidik pasaran, analisis pemasaran dalaman, pemprofilan pelanggan, analisis corak, tingkah laku dan pilihan, dan mengenal pasti trend umum menggunakan maklumat yang boleh dikenal pasti dan anonim. 
  2. Bagi tujuan laporan, seperti membuat statistik agregat mengenai jualan, trafik rangkaian pelanggan, corak lokasi dan demografi pelanggan kami. Statistik agregat tersebut tidak termasuk maklumat yang boleh mengenal pasti anda secara peribadi. 

 

    5.5 Pembangunan Perkhidmatan baru 

  1. Bagi tujuan pembangunan perkhidmatan, seperi meneroka dan membangunkan produk dan perkhidmatan baru yang menarik secara sendiri atau dengan rakan kongsi perniagaan kami.

 

6. DENGAN SIAPA KAMI KONGSIKAN? 

Kami bekerjasama dengan rakan kongsi untuk beberapa sebab. Jika berkenaan, kami berkongsi maklumat mengenai anda bersama: 


  1. Afiliasi sebahagian daripada Kumpulan CelcomDigi Berhad termasuk anak syarikatnya untuk aktiviti pemprosesan yang disenaraikan dalam bahagian ‘Bagaimana Kami Mengunakannya’ di atas. 
  2. Rakan Perayauan yang membolehkan Perkhidmatan kami apabila anda memilih untuk merayau di rangkaian tempatan atau asing. 
  3. Pengedar dan Ejen Jualan yang menyediakan Perkhidmatan kami di seluruh negara. 
  4. Pembekal Perkhidmatan yang membantu menyediakan Perkhidmatan kami kepada anda seperti sokongan IT, rangkaian, penghantaran, serta platform media sosial yang telah anda pilih untuk dihubungkan dengan Perkhidmatan kami. 
  5. Rakan Kongsi Kewangan yang bertindak sebagai saluran pembayaran kami, pemungut hutang, dan melaporkan kelayakan kredit anda apabila anda berurus niaga dengan kami. 
  6. Rakan Kongsi Pemasaran yang menyediakan sokongan pemasaran dan pengiklanan melalui pelbagai saluran menggunakan maklumat yang boleh dikenal pasti dan anonim untuk kandungan yang bersesuaian dan laporan yang bernas kepada kami. 
  7. Rakan Kolaborasi yang bekerjasama dengan kami untuk menyediakan Perkhidmatan yang anda langgan dan/atau membangunkan produk dan perkhidmatan baharu yang mungkin menarik minat anda. 
  8. Penyelidik yang menyediakan perkhidmatan kaji selidik atau analisis untuk membantu kami memahami cara anda menggunakan Perkhidmatan kami. 
  9. Penasihat Professional seperti penasihat undang-undang, akauntan, juruaudit, dan penyiasat, apabila perlu, untuk mempertahankan hak atau harta kami, ataupun melindungi kepentingan pelanggan kami, dan melindungi kami daripada penipuan. 
  10. Badan Kawal Selia, Penguatkuasa Undang-Undang dan Pihak Berkuasa Kerajaan bagi mematuhi perundangan dan memenuhi tuntutan undang-undang pihak berkuasa. Data Peribadi anda hanya akan diberikan bagi tujuan yang sah, iaitu apabila kami diwajibkan untuk berbuat demikian dan menuruti penilaian menyeluruh terhadap semua keperluan undang-undang. 
  11. Pihak lain jika anda terlibat atau berkaitan dengan proses perundangan, atau syarikat kami mengalami rombakan atau berpotensi melakukan latihan korporat, termasuk tetapi tidak terhad kepada penggabungan dan pengambilalihan.


Jika anda membeli produk atau perkhidmatan pihak ketiga melalui akaun Digi anda secara sendiri, kontrak anda adalah bersama pihak yang menjual produk atau perkhidmatan tersebut. Berdasarkan urusan ini, anda bersetuju bahawa Digi boleh memberi Data Peribadi yang tertentu (bagi tujuan yang disenaraikan di bahagian ‘Bagaimana Kami Mengunakannya’ di atas) kepada pihak-pihak tersebut untuk melengkapkan pembelian anda. Terma dan syarat, polisi privasi dan notis kuki pihak tersebut akan diguna pakai tentang cara mereka menggunakan Data Peribadi anda. Oleh itu, sila baca dengan teliti. 


Apabila kami berkongsi Data Peribadi anda, kami akan memastikan penerima akan melindungi privasi anda, menyimpan maklumat peribadi anda dengan selamat, serta memprosesnya mengikut undang-undang dan Notis Privasi ini. 


Kami tidak akan menjual Data Peribadi anda yang kami proses kepada pihak ketiga tanpa persetujuan anda.

 

7. BERAPA LAMA KAMI SIMPAN? 

Kami akan menyimpan Data Peribadi anda selagi perlu, melainkan tempoh penyimpanan yang lebih panjang diperlukan oleh undang-undang Malaysia. Kami akan mengambil langkah yang sesuai untuk memastikan semua Data Peribadi anda dimusnahkan atau dipadamkan secara kekal jika ia tidak lagi diperlukan untuk tujuan ia dikumpul dan diproses. 

 

8. BAGAIMANA KAMI LINDUNGI? 

Kami sentiasa menyemak dan menambah baik langkah kami untuk melindungi Data Peribadi anda daripada sebarang kehilangan, penyalahgunaan, pengubahsuaian, akses atau pendedahan yang tidak dibenarkan atau tidak disengajakanm pengubahan atau pelupusan. Ini termasuk memeterai perjanjian dengan rakan kongsi yang memproses Data Peribadi anda, melatih pekerja kami tentang perlindungan data, dan melaksanakan kawalan keselamatan yang sesuai pada sistem IT kami. 

Kami tidak akan meminta Data Peribadi atau maklumat akun anda dengan cara yang tidak dijangka. Anda bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan Data Peribadi dan maklumat akaun anda dan tidak berkongsi dengan orang lain. 

 

9. ADAKAH KAMI PINDAHKAN? 

Apabila kami perlu memindahkan Data Peribadi anda ke negara di luar Malaysia untuk tujuan pemprosesan yang disenaraikan dalam bahagian ‘Bagaimana Kami Mengunakannya’ di atas, kami akan mengambil langkah yang sesuai demi memastikan Data Peribadi anda dilindungi secukupnya (khususnya bagi negara yang mungkin tidak menyediakan perlindungan yang sama seperti di Malaysia). Ini termasuk mempunyai perjanjian yang meliputi pemindahan data dan menjalankan pemeriksaan keselamatan data bagi mana-mana penerima untuk memastikan bahawa Data Peribadi di negara tersebut tidak akan diproses dengan cara yang bertentangan dengan undang-undang perlindungan data yang diamalkan di Malaysia.  

 

10. APAKAH HAK ANDA? 

Anda mempunyai hak untuk: 


  1. Mengakses Data Peribadi anda pada bila-bila masa dengan menghubungi kami atau mengakses maklumat tersebut melalui akaun anda. Data Peribadi yang diminta mestilah khusus dan terhad kepada maklumat yang anda telah serahkan kepada kami semasa pendaftaran Perkhidmatan. 
  2. Membetulkan Data Peribadi anda pada bila-bila masa jika Data Peribadi yang diberikan tidak tepat di mana-mana cawangan kedai atau melalui akaun anda. 
  3. Menarik balik persetujuan untuk kami mengguna, memproses atau berkongsi Data Peribadi anda pada bila-bila masa dengan menghubungi kami atau berurusan di cawangan kedai kami. Walau bagaimanapun, menarik balik persetujuan yang telah diberikan akan menyebabkan kami tidak dapat memproses permohonan anda dan/atau memberikan anda Perkhidmatan kami. 
  4. Menggantung pemprosesan Data Peribadi anda jika anda bimbang mengenai ketepatan dan kesahihan pemprosesan. Semasa tempoh penggantungan sementara, kami tidak dapat memproses permohonan anda dan/atau memberikan anda Perkhidmatan kami. 
  5. Menghentikan penerimaan bahan promosi dengan menghubungi kami. Jika anda berbuat demikian, kami hanya akan menghantar notifikisai yang berkaitan dengan langganan anda dan/atau pesanan khidmat Masyarakat.
  6. Menghentikan pemprosesan Data Peribadi anda jika pemprosesan menyebabkan atau mungkin menyebabkan anda mengalami kesulitan yang tidak wajar. Jika anda melaksanakan hak ini, kami tidak akan dapat memproses permohonan anda dan/atau menyediakan Perkhidmatan kami kepada anda. 


Untuk memastikan Data Peribadi anda dalam simpanan kami adalah betul dan terkini, kami akan menghubungi anda dari masa ke semasa untuk mengesahkan ketepatan Data Peribadi anda dalam rekod kami. Walau bagaimanapun, anda bertanggungjawab untuk memberikan maklumat yang benar, tepat dan lengkap kepada kami.

 

11. BAGAIMANA DENGAN KANAK-KANAK? 

Adakalanya kanak-kanak di bawah umur 18 tahun  melanggan Perkhidmatan tertentu kami. Apabila ini berlaku, mereka dianggap telah mendapat kebenaran daripada ibu bapa dan/atau penjaga mereka untuk menggunakan Perkhidmatan kami. Data Peribadi mereka akan diproses berdasarkan Notis ini. 


Apabila Perkhidmatan yang dibeli untuk kegunaan keluarga digunakan oleh kanak-kanak bawah umur, apa-apa maklumat yang dikumpulkan daripada penggunaan tersebut akan menjadi Data Peribadi pelanggan dewasa dan diurus berdasarkan Notis Privasi ini. 


Kami menggalakkan anda untuk memantau aktiviti dalam talian mereka. 

 

12. PERUBAHAN KEPADA NOTIS PRIVASI INI 

Kami berhak untuk meminda Notis Privasi ini dari masa ke semasa berdasarkan perubahan dalam keperluan perniagaan, perundangan dan penguatkuasaan serta undang-undang yang terpakai. Kami menggalakkan anda untuk menyemak semula Notis Privasi ini secara berkala, supaya anda dapat maklumat mengenai sebarang perubahan yang dibuat dengan memeriksa tarikh kuatkuasa di atas.    

Sekiranya kami membuat keputusan untuk menggunakan atau mendedahkan maklumat yang mengenal pasti anda secara peribadi dengan cara yang berbeza daripada apa yang kami nyatakan dalam Notis Privasi ini sewaktu kami mengumpul maklumat daripada anda, kami akan memberi anda pilihan mengenai penggunaan atau pendedahan baharu dengan cara yang sesuai, termasuk pilihan untuk memilih keluar.   

 

13. BAHASA 

Selaras dengan keperluan undang-undang perlindungan data dan privasi Malaysia, Notis Privasi ini tersedia dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak konsisten atau percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.

 

 

Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select atleast one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article