Penipuan Ekstorsi Seksual Siber

Modified on Wed, 24 Jul at 3:50 PM

Penipuan Ekstorsi Seksual Siber biasanya melibatkan ancaman untuk berkongsi gambar atau video eksplisit (jelas) atau memalukan mangsa kecuali mereka membayar jumlah wang yang ditetapkan. 


1. Hubungan Awal

Scammer menghubungi mangsa melalui pelbagai platform dalam talian, seperti media sosial, aplikasi temu janji atau laman sembang. 

2. Membina Kepercayaan

Scammer membina hubungan dengan mangsa dalam perbualan romantis atau seksual.

3. Berkongsi Kandungan Eksplisit

Mangsa mungkin rela atau diminta berkongsi gambar atau video eksplisit (jelas). 

4. Ancaman dan Paksaan

Selepas mendapatkan bahan eksplisit, scammer akan mengancam untuk mendedahkan kandungan eksplisit melainkan mangsa mematuhi tuntutan mereka.

4. Tuntutan Wang

Scammer biasanya menuntut wang untuk tidak mendedahkan kandungan asal.


Perkara yang perlu diingat:

  • JANGAN terlibat dalam perbualan eksplisit atau intim dengan orang yang tidak dikenali dalam talian.
  • JANGAN kongsi kandungan eksplisit dengan sesiapa sahaja, walaupun anda mengenali mereka. Sila berhati-hati dengan kemungkinan akibat perkongsian kandungan eksplisit.
  • JANGAN klik pada pautan yang mencurigakan, ia mungkin memuat turun perisian berbahaya pada peranti anda yang boleh mengaktifkan kamera peranti anda dari jauh.
  • Dapatkan pendedahan tentang keselamatan dalam talian dan kepentingan privasi kepada diri sendiri dan orang yang anda sayangi, terutamanya kanak-kanak dan remaja, 
  • Perketatkan keselamatan peranti anda dengan menggunakan antivirus yang dipercayai dan pastikan anda sentiasa mengemas kini sistem pengendalian mereka.
  • Jika anda menerima mesej ancaman yang berkaitan dengan kandungan eksplisit, jangan serta-merta mengikut tuntutan scammer tersebut. Dapatkan nasihat daripada pihak berkuasa, pakar keselamatan siber, atau individu yang dipercayai. 

 

Untuk membuat laporan tentang perkara ini, hubungi kami di sini.


Jangan risau, CelcomDigi sedang mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan pelanggan kami tidak menjadi mangsa kepada penipuan seperti ini.

Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article