Penipuan WiFi Percuma
Modified on Wed, 3 Sep at 4:02 PM
Anda berada di lapangan terbang, kafe atau hotel, dan terlihat rangkaian WiFi dengan nama seperti “Free_WiFi” atau “Airport_WiFi_Free”. Tanpa berfikir panjang, anda terus menyambung kepada. Inilah yang dikenali sebagai Penipuan WiFi Percuma. Penjenayah siber mewujudkan rangkaian WiFi palsu di tempat awam untuk memperdaya pengguna. Nama rangkaian selalunya kelihatan rasmi dan meyakinkan, tetapi ia sebenarnya boleh menjadi perangkap.
Rangkaian palsu ini dikendalikan oleh penjenayah menggunakan komputer riba, router mudah alih atau telefon pintar. Hotspot palsu ini meniru WiFi sebenar dan memantau segala aktiviti internet anda sebaik sahaja sambungan dibuat.
Bagaimana Penipuan WiFi Percuma Berfungsi?
- Anda terlihat rangkaian WiFi percuma seperti “Free WiFi” di kawasan awam dan terus menyambung. Namun, rangkaian tersebut sebenarnya dikendalikan oleh penggodam, bukan pihak sah di lokasi tersebut.
- Segala aktiviti yang anda lakukan selepas bersambung — e-mel, kata laluan, atau mengakses akaun bank — akan melalui peranti milik penggodam. Mereka boleh memantau aktiviti anda, mencuri maklumat peribadi, menangkap butiran log masuk, mengarahkan anda ke laman web palsu, atau memasang perisian hasad (malware) pada peranti anda.
- Terdapat juga penipuan yang melibatkan halaman log masuk palsu yang meminta maklumat sensitif seperti nombor pasport, butiran perbankan, atau nama hotel. Borang ini hanyalah perangkap untuk mencuri data anda.
Port pengecasan USB di pusat membeli-belah atau lapangan terbang mungkin telah diubah suai untuk mencuri data semasa anda mengecas telefon. Perlu tahu: kabel pengecas anda juga berfungsi sebagai kabel pemindahan data.
Perkara Penting Yang Perlu Diingat:
- Elakkan menyambung ke rangkaian WiFi yang tidak dikenali atau mencurigakan.
- Sahkan nama rangkaian WiFi dengan kakitangan bertugas sebelum membuat sambungan. Penjenayah siber sering menggunakan nama yang kelihatan rasmi untuk menipu.
- Jangan lakukan sebarang aktiviti sensitif semasa menggunakan WiFi awam. Ini termasuk log masuk ke akaun, memasukkan kata laluan, atau membuat transaksi kewangan. Sebaiknya tunggu sehingga anda tersambung ke rangkaian yang selamat dan persendirian.
- Semasa melancong ke luar negara, gunakan perkhidmatan perantauan atau beli SIM tempatan untuk akses internet mudah alih yang lebih selamat.
- Gunakan VPN (Virtual Private Network) untuk menyulitkan sambungan internet anda dan melindungi maklumat peribadi daripada diintip oleh pihak tidak bertanggungjawab.
- Pastikan perisian antivirus dan firewall diaktifkan serta sentiasa dikemas kini. Ini membantu mengesan dan menyekat ancaman lebih awal.
- Pasang kemas kini sistem dan patch keselamatan secara berkala untuk menutup sebarang kelemahan keselamatan.
- Elakkan menggunakan port USB awam— Bawa pengecas sendiri dan sambungkan terus ke soket kuasa dinding untuk mengurangkan risiko kecurian data.
Untuk membuat laporan tentang perkara ini, hubungi kami di sini.
Jangan risau, CelcomDigi sedang mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan pelanggan kami tidak menjadi mangsa kepada penipuan seperti ini.
Was this article helpful?
That’s Great!
Thank you for your feedback
Sorry! We couldn't be helpful
Thank you for your feedback
Feedback sent
We appreciate your effort and will try to fix the article