Penipuan Kitar Semula Barangan Terpakai

Modified on Thu, 06 Jun 2024 at 02:53 PM

Penipu membuat profil atau halaman palsu di platform media sosial, mempersembahkan diri mereka sebagai pusat kitar semula barangan terpakai yang boleh dipercayai. Mereka menyiarkan iklan menarik yang menawarkan harga yang menarik untuk barangan seperti pakaian and perabot terpakai dan menjanjikan perkhidmatan pengambilan yang percuma. 


Setelah bakal mangsa menunjukkan minat, penipu akan berinteraksi dengan mereka melalui mesej atau komen, meyakinkan mereka tentang keaslian perkhidmatan yang ditawarkan. Untuk membuat urusan kelihatan lebih profesional, penipu akan menghantar fail .APK (Application Packaging Kit) atau pautan untuk memasang aplikasi yang tidak disahkan kepada mangsa untuk menjadualkan pengambilan di rumah. Aplikasi ini biasanya direka untuk mencuri maklumat peribadi atau menjangkiti peranti mangsa dengan perisian hasad. Ketahui lebih lanjut mengenai penipuan APK di sini. 


Bagaimana Untuk Mengenal Penipuan Kitar Semula Barangan Terpakai

  • Kekurangan Maklumat: Syarikat yang sah akan menyediakan butiran hubungan yang boleh disahkan, termasuk alamat fizikal dan nombor perkhidmatan pelanggan. Entiti yang mencurigakan sering kali tidak telus tentang maklumat ini. 
  • Tawaran yang Terlalu Bagus: Jika tawaran kelihatan terlalu bagus untuk menjadi kenyataan, ia mungkin penipuan. Harga yang terlalu tinggi ditawarkan untuk barangan terpakai sepatutnya menimbulkan kecurigaan. 
  • Pautan atau Fail .APK yang Mencurigakan: Penipu sering berkongsi URL atau fail .APK dan menggesa mangsa untuk memuat turun aplikasi pihak ketiga. 
  • Permintaan Pembayaran: Berhati-hati jika syarikat meminta butiran pembayaran untuk perkhidmatan yang sepatutnya percuma atau berkos rendah. Program kitar semula yang sah biasanya tidak memerlukan pembayaran pendahuluan. 


Perkara yang Perlu Diingat: 

  • Gunakan Saluran Rasmi: Berurusan dengan perkhidmatan kitar semula melalui laman web rasmi atau aplikasi yang sah. Elakkan membuat keputusan melalui platform media sosial sahaja. 
  • Pasang Perisian Keselamatan: Gunakan perisian keselamatan yang boleh dipercayai pada peranti anda untuk mengesan dan menyekat aplikasi serta laman web berbahaya. 
  • Bersikap Waspada: Elakkan mempercayai tawaran yang kelihatan terlalu menarik atau tidak realistik. 
  • Laporkan Aktiviti Mencurigakan: Jika anda menemui penipuan yang disyaki, laporkan kepada pihak berkuasa yang berkenaan dan platform media sosial. Ini membantu melindungi orang lain daripada menjadi mangsa penipuan yang sama. 
  • Didik Orang Lain: Sebarkan kesedaran di kalangan rakan dan keluarga tentang penipuan seperti ini. Semakin ramai orang yang tahu, semakin sukar untuk penipu berjaya. 

Untuk membuat laporan tentang perkara ini, hubungi kami di sini

Jangan risau, CelcomDigi sedang mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan pelanggan kami tidak menjadi mangsa kepada penipuan seperti ini. 

Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select atleast one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article