Tawaran Palsu CelcomDigi tentang Penebusan dan Tamat Tempoh Mata Ganjaran - MyPoint

Modified on Wed, 7 Aug at 9:03 AM

Kami telah mendapat laporan mengenai SMS palsu yang cuba menyamar sebagai CelcomDigi dan menghubungi pelanggan kami dengan dakwaan palsu bahawa mereka mempunyai mata ganjaran yang akan tamat tempoh dan ganjaran premium yang perlu dituntut. Sila ambil perhatian bahawa mesej ini adalah palsu dan dengan mengklik pautan tersebut akan membawa anda ke laman web palsu (contohnya https://celcom-com-my.cc/mypoint atau https://celcom-com-my.buzz/mypoint atau https://celcom-com-my.click/mypoint) yang memerlukan anda membuat pembayaran untuk menuntut ganjaran anda.


Adalah sangat penting untuk ketahui bahawa promosi ini adalah palsu dan tujuan utama penipu adalah untuk mendapatkan maklumat peribadi dan kelayakan perbankan anda secara tidak sah. Jangan klik pada laman web palsu dan abaikan SMS tersebut sementara pihak kami menyiasat perkara ini.


Contoh kandungan mesej dari scammer:


Sila ambil perhatian bahawa CelcomDigi bukanlah pengirim SMS tersebut dan kami tiada kaitan dengan tawaran dalam SMS tersebut. Kami mengambil keselamatan dan privasi pelanggan kami dengan sangat serius, dan adalah sangat penting bagi kami untuk memberitahu anda tentang situasi ini untuk memastikan keselamatan dan perlindungan anda.


Untuk membuat laporan tentang perkara ini, hubungi kami di sini


Jangan risau, CelcomDigi sedang mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan pelanggan kami tidak menjadi mangsa kepada penipuan seperti ini.

Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article