Soalan Lazim: Kempen Apple Music

Modified on Fri, 24 Jul at 10:12 AM

1. Apakah promosi ini?

Nikmati tawaran Istimewa langganan Apple Music apabila anda membuat pembayaran menggunakan CelcomDigi Direct Operator Billing (DOB):

  • Pelan Individu: RM2.90 untuk 3 bulan pertama (Harga biasa: RM17.90/bulan)
  • Pelan Keluarga: RM6.90 untuk 3 bulan pertama (Harga biasa: RM27.90/bulan)

Nota: Pelan Keluarga memerlukan Family Sharing. Layari apple.com/family-sharing  untuk maklumat lanjut.

 

2. Bilakah tempoh kempen ini?
Tawaran ini sah dari 24 Julai 2026 hingga 19 Ogos 2026.

 

3. Siapakah yang layak untuk promosi ini?
Tawaran ini hanya tersedia untuk pelanggan baharu yang melanggan melalui iPhone atau iPad dan akan dipaparkan secara automatik dalam aplikasi Apple Music.

 

Nota: Kelayakan ditentukan oleh Apple dan tertakluk pada terma dan syarat Apple.

 

4. Bagaimanakah promosi ini berfungsi?
Pengguna yang layak boleh menikmati harga promosi untuk 3 bulan pertama. Bermula dari bulan ke-4, langganan anda akan diperbaharui secara automatik pada harga langganan bulanan biasa mengikut pelan yang dipilih (Pelan Individu: RM17.90/bulan atau Pelan Keluarga: RM27.90/bulan), melainkan anda membatalkan langganan sebelum tarikh bil seterusnya.

 

5. Bagaimanakah saya membuat pembayaran menggunakan CelcomDigi Direct Operator Billing (DOB)?

Ikuti langkah-langkah berikut untuk menetapkan CelcomDigi Direct Operator Billing (DOB):

  1. Pergi ke Settings > Payment & Shipping.
  2. Pilih Add Payment Method atau Edit Payment Method.
  3. Pilih Mobile Phone (atau Mobile Billing, jika tersedia) dan pilih CelcomDigi sebagai kaedah pembayaran anda.
  4. Lengkapkan proses pengesahan dan sahkan kaedah pembayaran anda.
  5. Buka aplikasi Apple Music pada peranti Apple anda.
  6. Log masuk menggunakan Apple ID anda.
  7. Langgan Pelan Individu atau Pelan Keluarga yang layak. Caj langganan akan dibilkan ke akaun mudah alih CelcomDigi anda.

 

6. Siapakah yang boleh membuat pembayaran menggunakan CelcomDigi Direct Operator Billing (DOB)?

Semua pelanggan CelcomDigi di Malaysia boleh menggunakan CelcomDigi Direct Operator Billing (DOB), kecuali:

  • Pelanggan Pascabayar yang mempunyai bil tertunggak atau telah melebihi had transaksi.
  • Pelanggan Prabayar yang mempunyai baki kredit yang tidak mencukupi atau telah melebihi had transaksi.

 

7. Bolehkah saya melanggan jika saya sudah menjadi pelanggan Apple Music?

Tidak. Promosi ini hanya tersedia kepada pengguna yang layak dan menerima tawaran dalam aplikasi Apple Music. Pelanggan Apple Music sedia ada tidak layak untuk promosi ini.

 

8. Bolehkah saya melanggan melalui laman web Apple Music dan masih menikmati promosi ini?
Ya. Jika anda layak untuk promosi ini, pelan promosi akan dipaparkan apabila anda log masuk menggunakan Akaun Apple anda pada peranti Apple yang layak. Anda kemudian boleh melanggan dan membuat pembayaran menggunakan CelcomDigi Direct Operator Billing (DOB).  

 

9. Bolehkah saya menukar pelan langganan Apple Music saya dan menikmati promosi ini?

Tidak. Promosi ini hanya tersedia untuk pelanggan baharu yang layak. Menukar pelan langganan sedia ada tidak akan menjadikan anda layak untuk promosi ini. Kelayakan adalah tertakluk pada terma dan syarat kempen Apple.

Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article