Pra-tempah Telefon Samsung Galaxy Z Flip7 dan Galaxy Z Fold7
Modified on Thu, 10 Jul at 10:49 AM
1. Bilakah pelanggan boleh membuat pra-tempahan?
Pelanggan boleh mula membuat pra-tempahan pada 10 Julai 2025 jam 10:00 pagi sehingga 24 Julai 2025 jam 11:59 malam melalui laman web CelcomDigi, selagi stok masih ada.
2. Apakah manfaat apabila pelanggan mendaftar semasa tempoh pra-tempahan?
Pelanggan boleh membuat pra-tempahan Samsung Galaxy Z Flip7 dan Samsung Galaxy Z Fold7 dengan pelan CelcomDigi Postpaid 5G 100 dan ke atas. Walau bagaimanapun, pelanggan yang mendaftar untuk pelan CelcomDigi terpilih akan menerima pakej tawaran pra-tempahan seperti dalam jadual di bawah (selagi stok masih ada).
Samsung Galaxy Z Flip7 5G | ||
Tawaran Pakej yang Layak | Kombo A:
| Kombo B:
|
Pelan yang Layak |
|
|
Samsung Galaxy Z Fold7 5G | |||
Tawaran Pakej yang Layak | Kombo A:
| Kombo B:
| Kombo C:
|
Pelan yang Layak |
|
|
|
3. Siapakah yang layak untuk membuat pra-tempahan?
- Semua pelanggan dengan pendaftaran baharu (termasuk port-in dan penukaran prabayar ke pascabayar)
- Pelanggan sedia ada yang tidak mempunyai kontrak peranti dan tiada sekatan panggilan
4. Adakah pelanggan dengan kontrak sedia ada layak untuk pelan ini?
Tidak. Pelanggan dengan kontrak sedia ada tidak layak untuk pelan ini.
5. Adakah peranti dijamin sekiranya pelanggan membuat pra-tempahan?
Ya, peranti adalah dijamin. Bayaran penuh diperlukan semasa membuat pra-tempahan mengikut harga pakej.
6. Bagaimanakah cara untuk membuat pra-tempahan?
Langkah 1: Layari laman web CelcomDigi: https://www.celcomdigi.com/ms/devices/samsung
Langkah 2: Pilih model telefon dan pelan pilihan anda
Langkah 3: Buat bayaran penuh untuk telefon (harga telefon + bayaran pendahuluan).
7. Apakah kaedah pembayaran untuk pra-tempahan dalam talian?
Pembayaran boleh dibuat secara penuh menggunakan kad kredit atau kad debit semasa membuat pra-tempahan.
8. Bagaimanakah peranti yang ditempah akan dihantar kepada pelanggan?
Peranti akan dihantar kepada pelanggan melalui kurier. Tarikh penghantaran mungkin berbeza bergantung kepada amalan penghantaran syarikat kurier, lokasi penghantaran, kaedah penghantaran, dan item yang ditempah.
9. Bilakah pelanggan akan menerima peranti?
Penghantaran akan bermula dari 24 Julai 2025. Nombor penjejakan pesanan akan dihantar ke e-mel anda apabila penghantaran sedang dalam perjalanan.
10. Di manakah saya boleh menukar beli peranti saya?
Anda boleh menukar beli peranti anda dengan memuat turun aplikasi CompAsia versi terkini dan melakukan diagnosis serta penilaian peranti melalui aplikasi tersebut. Harap maklum bahawa tukar beli di kedai tidak tersedia buat masa ini. Nantikan maklumat lanjut.
Rujuk artikel ini untuk maklumat lanjut mengenai program tukar beli.
PhoneCARE
11. Siapakah yang layak untuk pelan PhoneCARE Tukar & Ganti percuma selama 2 bulan?
Untuk layak, anda perlu membeli Samsung Galaxy Z Flip7 atau Samsung Galaxy Z Fold7 semasa tempoh pra-tempahan (10 Julai 2025 hingga 31 Julai 2025) dan memilih pelan PhoneCARE Tukar & Ganti.
12. Bagaimanakah untuk mendaftar pelan PhoneCARE Tukar & Ganti percuma selama 2 bulan?
Semasa proses pra-tempahan, pilih 'Ya' di bawah togol persetujuan (consent toggle) PhoneCARE. Kemudian, pilih pilihan 'Free 2-Month Swap & Replace'.
13. Pelan Tukar & Ganti yang manakah layak untuk 2 bulan percuma?
Nama Peranti | Harga Runcit (RRP) | Yuran Langganan Tukar & Ganti |
---|---|---|
Samsung Galaxy Z Flip7 | RM5,599.00 | RM35.00 |
Samsung Galaxy Z Fold7 | RM8,399.00 | RM45.00 |
14. Saya sudah mempunyai pelan PhoneCARE. Adakah saya masih layak?
Ya! Anda masih layak dan pelan PhoneCARE sedia ada anda akan digantikan dengan pelan baharu ini. Apa yang perlu anda lakukan adalah:
- Pilih 'Ya' di bawah togol persetujuan (consent toggle) PhoneCARE
- Pilih pilihan 'Free 2-Month Swap & Replace'
Nota: Tawaran ini hanya sah semasa tempoh pra-tempahan dari 10 Julai hingga 31 Julai 2025.
15. Adakah saya masih perlu membuat bayaran pendahuluan untuk pelan PhoneCARE Tukar & Ganti?
Ya, anda masih perlu membuat bayaran pendahuluan seperti biasa untuk langganan PhoneCARE.
16. Bilakah rebat 2 bulan percuma akan dipaparkan dalam bil saya?
Ia akan dipaparkan sebagai 'Payment Via M-1' dalam bil bulanan anda dalam tempoh 60 hari.
17. Bagaimanakah jika saya lebih suka pelan PhoneCARE Tukar Peranti sahaja?
Anda masih boleh memilih pelan PhoneCARE Tukar Peranti, tetapi ia tidak termasuk dalam tawaran 2 bulan percuma dan akan dicaj seperti biasa apabila anda menerima peranti baharu.
18. Bilakah pelan PhoneCARE saya akan diaktifkan?
Pelan PhoneCARE anda akan diaktifkan dalam tempoh 6 hari selepas anda menerima peranti baharu.
- Jika peranti anda rosak secara tidak sengaja dalam tempoh ini, anda masih layak untuk membuat tuntutan melalui SR Portal.
- Jika anda beralih dari pelan PhoneCARE sedia ada, pelan baharu juga akan mengambil masa sehingga 6 hari untuk diaktifkan selepas penamatan.
Was this article helpful?
That’s Great!
Thank you for your feedback
Sorry! We couldn't be helpful
Thank you for your feedback
Feedback sent
We appreciate your effort and will try to fix the article