Soalan Lazim: Pelan CelcomDigi Prepaid 5G Kuning

Modified on Tue, 19 Mar 2024 at 02:46 PM

1. Apakah itu Pelan CelcomDigi Prepaid 5G Kuning yang baharu?

CelcomDigi Prepaid 5G Kuning ialah pelan 5G baharu yang menawarkan pelanggan lebih kuota Internet Pantas. Pas ini terdapat dalam Pas Internet harian, mingguan dan bulanan.


2. Mengapakah saya perlu membayar RM5 untuk mengaktifkan SIM?

Pengaktifan SIM ialah caj sekali sahaja yang dikenakan oleh CelcomDigi apabila menyediakan akaun baharu atau mengaktifkan perkhidmatan baharu.

 

3. Bagaimanakah saya boleh melanggan dan menyemak Pas Internet mudah alih saya?

Anda boleh membeli mana-mana perkhidmatan langganan, semak dan urus akaun anda melalui aplikasi atau dail *118#.

 

4. Adakah pelanggan Digi Prepaid NEXT sedia ada layak untuk melanggan Pas Internet baharu?

Tidak, hanya pelanggan CelcomDigi Prepaid 5G Kuning yang layak melanggan ke Pas Internet ini. Walau bagaimanapun, pelanggan NEXT Prepaid sedia ada boleh menukar kepada pelan baharu dengan mendail *118*1*1*2#

 

5. Jika saya pelanggan Celcom, bolehkah saya memindah /COP (Change of Plan) ke CelcomDigi Prepaid 5G Kuning? 

Anda tidak boleh COP ke CelcomDigi Prepaid 5G Kuning. Walau bagaimanapun, anda boleh port-in ke penyedia perkhidmatan mudah alih baharu (Digi) sambil mengekalkan nombor mudah alih sedia ada anda.

 

6. Apakah faedah Pas Internet baharu?

  • Pas bulanan disertakan dengan ciri auto kekal.
  • Pas Internet disertakan dengan data tanpa had pada rangkaian 5G, Internet Pantas dan panggilan tanpa had untuk semua rangkaian.
  • Pelbagai pas Internet bermula daripada RM1.

 

7. Mengapakah saya tidak dapat mengakses 5G apabila saya sudah melanggan pas Internet 5G?  

Pelanggan CelcomDigi Prepaid Kuning harus memastikan perkara berikut untuk menggunakan Internet 5G:

  • Pelanggan mesti menggunakan Peranti Mudah Alih yang keupayaan, disokong dan didayakan 5G dengan versi perisian kemas kini untuk mengakses dan/atau menggunakan rangkaian 5G. 
  • Pelanggan mesti berada dalam kawasan liputan rangkaian 5G. 
  • Pelanggan mesti mempunyai SIM berdaya 4G LTE.

 

8. Apakah keutamaan penggunaan Pas Internet Mudah Alih?

  1. Pas Internet (pantas)
  2. Pas Internet (dengan kelajuan terhad) 
  3. Internet Asas (64kbps)

 

9. Apakah yang akan berlaku kepada kuota Internet saya yang tidak digunakan apabila langganan Pas Internet Mudah Alih saya diperbaharui? 

Kuota Internet yang tidak diguna daripada langganan sebelumnya TIDAK akan dibawa ke hadapan semasa pembaharuan.

 

10. Bagaimanakah saya boleh menyemak kuota dan tempoh sah baki Internet saya?  

Semak dan urus akaun anda melalui aplikasi MyDigi atau dail *118*2*4#.

 

11. Apakah yang akan berlaku jika kuota Pas Internet saya telah digunakan sepenuhnya sebelum tarikh luput? Adakah saya akan dikenakan bayaran atas dasar bayar setiap penggunaan? 

Jangan risau, semua pelan kadar kami disertakan dengan Internet asas 500MB (64kbps). Ini akan membolehkan anda melakukan komunikasi asas seperti panggilan VOIP dan pemesejan Internet asas. Walau bagaimanapun, berdasarkan keperluan menyemak imbas Internet anda, anda juga boleh membeli Kuota Tambahan atau melanggan Pas Internet Bulanan untuk pengalaman Internet yang lebih lancar.

 

12. Bilakah tetapan Pas Internet Mudah Alih Mingguan dan Bulanan saya tamat tempoh? 

Tamat tempoh Pas Internet Mudah Alih berbeza-beza antara jenis pas. 

  • Pas Bulanan: Tempoh sah mengikuti kitaran 30 hari. Pas Bulanan akan sah sehingga 11:59 P.M. pada hari ke-30 selepas langganan berjaya.
  • Pas Sekali: Tempoh sah mengikuti jam/minit tepat selepas langganan berjaya.
  • Tambahan Quota: Tempoh sah mengikuti kesahihan Pas Bulanan yang dilanggan.
    • Contoh 1: Pas Bulanan tamat tempoh pada 30 Jun 2024. Langgan Tambahan Kuota RM6 untuk 15GB pada 1 Jun 2024. Tambahan Kuota akan tamat pada 30 Jun 2024. 
    • Contoh 2: Pas Bulanan tamat tempoh pada 30 Jun 2024. Langgan Tambahan Kuota RM6 untuk 15GB pada 15 Jun 2024. Tambahan Kuota akan tamat pada 30 Jun 2024.
Jenis Pas Tempoh Sah Tarikh/Masa Langganan Tarikh/Masa Luput 
Pas Bulanan 30 hari 01 Mac 2024 / 9:00 A.M. 30 Mac 2024 / 23:59 P.M. 
Pas Sekali 7 hari 01 Mac 2024 / 9:00 A.M.07 Mac 2024 / 23:59 A.M. 
Pas Sekali 1 hari 01 Mac 2024 / 9:00 A.M.02 Mac2024 / 09:00 A.M. 
Pas Sekali 1 jam 01 Mac 2024 / 9:00 A.M.01 Mac 2024 / 10:00 A.M.
Kuota Tambahan Mengikuti Tempoh Sah Pas Bulanan 

 

13. Bolehkah saya melakukan tethering/hotspot kepada peranti atau komputer lain?

Boleh. Tethering/Hotspot boleh dilakukan untuk semua Pas Internet berdasarkan hotspot yang diperuntukkan.

 

14. Apakah yang akan berlaku apabila kuota hotspot saya telah digunakan sepenuhnya?

Setelah menggunakan kuota hotspot sepehuhnya, anda boleh membeli Kuota Tambahan melalui aplikasi MyDigi atau dail *118*2*3# untuk meneruskan perkhidmatan Hotspot.

 

15. Apakah pilihan Internet untuk CelcomDigi Prepaid 5G Kuning?

Terdapat 3 kategori utama:

 Pas Internet Pembaharuan Auto Bulanan Kuota Tambahan Pas BulananPas Sekali
Tempoh Sah30 hariTempoh sah Kuota Tambahan mengikuti tempoh sah Pas Aktif Bulanan.<30 hari (setiap jam, harian, mingguan dan lain)
Sambungan Tempoh sah Akaun dan Internet (Sentiasa Aktif)Ya TidakYa
PembaharuanPembaharuan Automatik setiap 30 hari.Pembaharuan Auto tidak berkenaan. Langganan sekali sahaja.Pembaharuan Automatik tidak berkenaan. Langganan sekali sahaja.
Pra-syaratTidak berkenaanMesti mempunyai langganan Internet Pembaharuan Auto Bulanan yang aktif.Tidak berkenaan
EksklusifHanya satu langganan pelan Pembaharuan Automatik bulanan dibenarkan bagi setiap akaun Prepaid pada satu-satu masa.Fleksibiliti penuh untuk melanggan seberapa banyak tambahan pada satu-satu masa.Fleksibiliti penuh untuk melanggan seberapa banyak tambahan pada satu-satu masa.
Kuota InternetTidak boleh digabungkan.Boleh digabungkan pada pembelian berbilang pada satu-satu masa.Boleh digabungkan pada pembelian berbilang pada satu-satu masa.
 

 

16. Adakah perkhidmatan perantauan antarabangsa akan diaktifkan secara automatik untuk CelcomDigi Prepaid 5G Kuning?

Ya, perkhidmatan perantauan antarabangsa akan diaktifkan secara automatik untuk CelcomDigi Prepaid 5G Kuning. Anda hanya perlu membeli pas perantauan untuk digunakan di luar negara melalui aplikasi MyDigi atau melalui *800# (semasa di luar negara).

Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select atleast one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article