Penamatan Perkhidmatan Digi Caller Tune
Modified on Fri, 31 Jul at 2:05 PM
Ini adalah notis penting untuk pelanggan Digi Caller Tune.
Seiring usaha berterusan kami untuk menambah baik tawaran dan mempertingkatkan pengalaman digital anda, harap maklum bahawa langganan Digi Caller Tune (Ring Back Tone) akan ditamatkan secara kekal, berkuat kuasa 1 November 2026 dan langganan semasa anda tidak akan diperbaharui bermula dari 1 Oktober 2026.
Anda masih boleh terus menggunakan langganan sedia anda sehingga perkhidmatan ini tamat.
Terima kasih kerana terus berhubung dengan kami.
Soalan Lazim
1. Apakah Perkhidmatan Digi Caller Tune (RBT)?
Digi Caller Tune (RBT) ialah perkhidmatan legasi yang membolehkan pelanggan menggantikan nada dering standard dengan lagu atau audio yang diperibadikan untuk pemanggil mereka.
2. Apakah yang berlaku kepada perkhidmatan Digi Caller Tune (RBT)?
Perkhidmatan Digi Caller Tune (RBT) akan dihentikan pada 1 November 2026 sebagai sebahagian daripada inisiatif rasionalisasi perkhidmatan legasi CelcomDigi.
3. Siapakah yang akan terjejas oleh pemberhentian perkhidmatan ini?
Semua pelanggan Digi yang mempunyai langganan Caller Tune (RBT) yang aktif akan terjejas.
4. Bilakah perkhidmatan Digi Caller Tune (RBT) akan dihentikan?
Perkhidmatan ini akan dihentikan pada 1 November 2026.
5. Bagaimana jika saya ingin terus menggunakan perkhidmatan Caller Tune?
Perkhidmatan Digi Caller Tune (RBT) akan dihentikan secara kekal pada 1 November 2026. Berikutan pemberhentian ini, perkhidmatan ini tidak lagi tersedia.
6. Adakah langganan Caller Tune saya akan terus diperbaharui?
Tidak. Pembaharuan perkhidmatan akan dihentikan mulai 1 Oktober 2026.
7. Apa yang akan berlaku kepada Caller Tune saya selepas perkhidmatan dihentikan?
Perkhidmatan Caller Tune anda akan ditamatkan dan nada pemanggil anda akan kembali kepada nada dering tetap CelcomDigi.
8. Adakah saya akan dikenakan bayaran selepas perkhidmatan dihentikan?
Tidak. Anda tidak akan dikenakan bayaran untuk perkhidmatan Digi Caller Tune selepas tarikh pemberhentian.
9. Adakah saya perlu berhenti melanggan perkhidmatan secara manual?
Tidak. Perkhidmatan Digi Caller Tune (RBT) anda akan ditamatkan secara automatik pada 1 November 2026. Jika anda tidak lagi ingin menggunakan perkhidmatan ini sebelum tarikh penamatan, anda boleh hentikan melanggan melalui *223# (pelanggan prabayar), *128# (pelanggan pascabayar), atau hubungi khidmat pelanggan untuk bantuan.
10. Adakah saya akan menerima sebarang pemberitahuan sebelum perkhidmatan tamat?
Ya. Pelanggan akan menerima pemberitahuan sebelum tarikh pemberhentian perkhidmatan.
Was this article helpful?
That’s Great!
Thank you for your feedback
Sorry! We couldn't be helpful
Thank you for your feedback
Feedback sent
We appreciate your effort and will try to fix the article