Soalan Lazim: StreamMORE sooka Daily (Prepaid)

Modified on Thu, 28 May at 10:00 AM

Umum


1. Apakah itu StreamMORE sooka Daily?
StreamMORE sooka Daily ialah add-on harian untuk pelanggan CelcomDigi Prepaid yang memberikan akses kepada kandungan penstriman sooka termasuk sukan selama 1 hari.

 

2. Apakah yang termasuk dalam StreamMORE sooka Daily?
Bundle ini termasuk:

  • Pas sooka 24 Jam (Mobile) 
  • Kuota internet bulanan 15GB 

 

3. Siapa yang boleh melanggan bundle ini?
StreamMORE sooka Daily tersedia untuk semua pelanggan CelcomDigi Prepaid, kecuali pelanggan yang melanggan Mega Add-Ons sooka (mana-mana pelan).

 

4. Apakah akses yang saya dapat dengan perkhidmatan penstriman ini?

Anda akan menikmati akses kepada semua perkhidmatan penstriman yang disertakan seperti yang diperincikan di bawah:

 Akses

Iklan

Sukan

Rancangan TV, Filem & TV Langsung

Tonton di TV

x

Penstriman Serentak

1 Peranti

Resolusi

720p HD

Keserasian Peranti

Telefon mudah alih, tablet & komputer

Pautan Bantuan

sooka Help Center

Kemas Kini Terakhir

28 Mei 2026

 

Langganan


5. Bagaimanakah cara untuk melanggan?
 Anda boleh melanggan melalui:

  • Aplikasi CelcomDigi 
  • Laman web CelcomDigi
  • Kedai CelcomDigi 

 

6. Bolehkah saya membeli lebih daripada satu StreamMORE Bundle?
Ya, anda boleh melanggan lebih daripada satu StreamMORE bundle selagi perkhidmatan penstriman tidak bertindih.

 

Jika terdapat perkhidmatan penstriman yang bertindih, langganan sedia ada anda akan digantikan serta-merta dan tiada bayaran balik akan diberikan untuk tempoh yang tidak digunakan.

 

Contoh:

  • Jika anda sudah melanggan StreamMORE sooka Entertainment dan melanggan StreamMORE sooka Daily, langganan sooka sedia ada anda akan digantikan dengan StreamMORE sooka Daily. 
  • Jika anda melanggan SpeedSTREAM dengan sooka dan melanggan StreamMORE sooka Daily, kelayakan SpeedSTREAM sedia ada anda termasuk penstriman tanpa had atau manfaat data berbundle akan ditamatkan. 

 

7. Pelan saya sudah termasuk perkhidmatan penstriman. Bolehkah saya masih melanggan bundle ini?
Ya, anda masih boleh melanggan selagi tiada pertindihan perkhidmatan.

 

8. Adakah saya akan dimaklumkan sebelum perubahan dibuat?
Ya, anda akan melihat mesej pengesahan sebelum meneruskan sebarang langganan atau perubahan bundle.

 

9. Berapakah tempoh sah langganan ini?
Pas ini sah selama 24 jam dari masa langganan berjaya dibuat.

 

Contoh:
Jika anda melanggan StreamMORE sooka Daily pada jam 3:15 p.m., 28 Mei 2026, pas anda akan tamat pada jam 3:15 p.m., 29 Mei 2026.

 

10. Apa akan berlaku jika kuota internet saya habis digunakan?
Selepas kuota habis digunakan, penggunaan internet akan diteruskan menggunakan pelan data asas prepaid anda.

 

11. Adakah ini langganan pembaharuan automatik (auto-renew)?
Tidak, pas ini tidak akan diperbaharui secara automatik. 
Anda boleh membeli semula pas ini pada bila-bila masa selepas tamat tempoh. Namun, jika anda mendapati diri anda melanggan setiap hari, bundle bulanan mungkin lebih sesuai untuk anda.

 

12. Bilakah saya akan dicaj?
Caj akan dikenakan selepas langganan berjaya dilakukan.

 

Pengaktifan


13. Bagaimanakah cara untuk mengaktifkan setiap perkhidmatan penstriman?
Selepas langganan berjaya, anda akan menerima notifikasi pengaktifan melalui SMS dan push notification di plikasi CelcomDigi. Untuk mula menonton:

Langkah 1: Dalam aplikasi CelcomDigi, pergi ke Lifestyle → My Subscriptions 

Langkah 2: Pilih StreamMORE Bundle yang berkaitan 

Langkah 3: Klik pautan “Access Via” untuk mengaktifkan semua perkhidmatan penstriman anda.


Nota Penting: Pelanggan perlu menggunakan nombor telefon yang sama digunakan semasa langganan untuk tujuan pengaktifan dan log masuk.


14. Bilakah saya boleh mula menonton?
Anda boleh mula menonton sebaik sahaja pengaktifan berjaya.


Urus Langganan Anda

 

15. Bagaimanakah cara untuk membatalkan atau menghentikan langganan sooka Daily?
Anda tidak perlu membatalkan langganan kerana pas sooka Daily tidak diperbaharui secara automatik dan akan tamat selepas 24 jam.


Nota Penting:
- Pelbagai StreamMORE bundle dibenarkan selagi perkhidmatan penstriman tidak bertindih.
- Bundle dengan perkhidmatan penstriman yang bertindih akan menggantikan langganan sedia ada serta-merta.
- Semua perubahan langganan mesti dilakukan melalui aplikasi CelcomDigi.


Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article