Notis: Penaiktarafan Sistem Berjadual CelcomDigi pada 30 April 2026
Modified on Fri, 24 Apr at 12:00 PM
Ini adalah notis penting untuk pelanggan CelcomDigi.
Pelanggan yang dihormati,
Harap maklum bahawa kerja menaik taraf sistem IT kami akan bermula pada 30 April bermula jam 10:00 malam (sehingga 24 jam) untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada anda. Kami mengesyorkan agar semua pembayaran bil, tambah nilai, dan pembelian pas perantauan dilakukan lebih awal sebelum kerja naik taraf bermula.
Rangkaian mudah alih (mobile) kami tetap beroperasi seperti biasa semasa kerja penaiktarafan dijalankan.
Perkhidmatan yang TERSEDIA semasa penaiktarafan sistem IT berjadual melalui saluran terpilih:
1. Perkhidmatan Bil dan Pembayaran
Pembayaran bil Pascabayar, Fiber dan 5G Home Wi-Fi boleh dilakukan melalui JomPAY:
- Kod Biller Digi: 1016
- Kod Biller Celcom: 2881 (Tersedia pada 1 Mei dari jam 6:00 pagi)
2. Tambah Nilai Prabayar
Tambah nilai prabayar boleh dilakukan melalui saluran UMB/USSD pada 1 Mei dari jam 12:00 pagi:
- Tambah nilai Digi: *123*<15-digit nombor PIN>#
- Tambah nilai Celcom: *122*<15-digit nombor PIN>#
3. Perkhidmatan Perantauan
Perkhidmatan berikut masih tersedia di saluran UMB/USSD bagi pelanggan yang berada di luar negara:
- *125# untuk menghubungi Pusat Panggilan
- *800# untuk pembelian pas perantauan (Tersedia pada 1 Mei dari jam 8:00 pagi)
4. Perkhidmatan Add-on
Perkhidmatan add-on masih tersedia melalui *118# (UMB/USSD) pada 1 Mei dari jam 8:00 pagi.
5. Langganan Kandungan Digital (Perkhidmatan Bundle CelcomDigi, Langganan “Bayar melalui CelcomDigi” dan Perkhidmatan Kandungan SMS)
Akses ke perkhidmatan Disney+, iQIYI, Microsoft, Netflix, Prime Video, Spotify, tonton, Viu dan Vision+ tidak akan terganggu.
Saluran yang TIDAK TERSEDIA semasa kerja penaiktarafan sistem IT berjadual:
- Aplikasi CelcomDigi
- Laman web CelcomDigi
- Kedai Dalam Talian (Online Shop) CelcomDigi
- Kiosk CelcomDigi
- Portal Perniagaan CelcomDigi
Perkhidmatan yang TIDAK TERSEDIA semasa kerja penaiktarafan sistem IT berjadual:
1. Perkhidmatan Pendaftaran
- Pendaftaran talian baharu (termasuk penambahan talian keluarga baharu)
- Pendaftaran SIM prabayar
- Pertukaran pelan
- Pertukaran hak milik
2. Perkhidmatan Add-on
- Pembelian perkhidmatan add-on (kecuali melalui UMB/USSD)
- Pembelian melalui Apple App Store/Google Play Store/Huawei AppGallery menggunakan Bayar melalui CelcomDigi
3. Perkhidmatan Bil dan Pembayaran
- Pembayaran bil untuk Pascabayar, Fiber dan 5G Home Wi-Fi melalui semua saluran (kecuali melalui JomPAY)
- Tambah nilai prabayar melalui semua saluran (kecuali melalui UMB/USSD)
4. Perkhidmatan Pengurusan Akaun
- Penamatan talian
- Penggantungan talian kerana kehilangan dan kecurian
- Pertukaran kad SIM
- Semakan kuota internet dan baki
- Pemindahan lokasi fiber
- Pengurusan kumpulan keluarga (family group)
5. Perkhidmatan Perantauan
Pembelian dan pengaktifan pas perantauan melalui aplikasi CelcomDigi dan Portal Perniagaan CelcomDigi (kecuali melalui UMB/USSD).
Nota: Pelanggan yang akan melancong dalam tempoh naik taraf adalah dinasihatkan untuk membuat tempahan awal pas perantauan sebelum jam 10:00 malam pada 30 April melalui aplikasi CelcomDigi.
6. Perkhidmatan Port-in dan Port-out (MNP)
- Pelanggan korporat: Perkhidmatan tidak tersedia dari 28 April hingga 1 Mei
- Pelanggan lain: Perkhidmatan tidak tersedia dari 30 April hingga 1 Mei
- Perkhidmatan port-in, port-out dan penghantaran semula permintaan akan disambung semula pada 2 Mei
7. Perkhidmatan Pendahuluan Kredit/Talktime
Akses kepada perkhidmatan ini tidak tersedia buat sementara waktu dan akan bersambung semula sebaik sahaja kerja naik taraf sistem selesai.
PENTING!
Sila pastikan anda membuat pembayaran bil, tambah nilai dan menyelesaikan sebarang transaksi perkhidmatan yang diperlukan sebelum 30 April jam 10:00 malam. Kami menghargai kerjasama anda dalam merancang urusan berkaitan lebih awal bagi memastikan pengalaman yang lancar sepanjang tempoh naik taraf sistem IT yang dijadualkan, dan sebarang kesulitan amat dikesali.
Was this article helpful?
That’s Great!
Thank you for your feedback
Sorry! We couldn't be helpful
Thank you for your feedback
Feedback sent
We appreciate your effort and will try to fix the article