Soalan Lazim: Showtime dengan CelcomDigi - Zootopia 2

Modified on Wed, 12 Nov at 10:01 AM

1. Apakah tujuan kempen ini?

3-2-1 Showtime! menawarkan pelanggan yang layak peluang untuk mendapatkan sehingga dua (2) tiket wayang percuma bagi menonton filem Disney’s Zootopia 2 di pawagam.


2. Apakah hadiah untuk kempen ini?

Pelanggan yang layak berhak menerima sehingga dua (2) tiket wayang untuk menonton Disney’s Zootopia 2, berdasarkan siapa cepat, dia dapat.


3. Bilakah tempoh kempen?

Kempen ini sah dari 12 November 2025 - 26 November 2025.


4. Bagaimanakah saya boleh melayakkan diri untuk mendapatkan tiket wayang percuma ini?

  1. Langgan Disney+ melalui: StreamMORE Add-Ons, Mega Add-Ons, Pas SpeedSTREAM, atau pelan CelcomDigi One Ultra.
  2. Tebus tiket wayang melalui aplikasi CelcomDigi di bawah bahagian 3-2-1 Showtime! setiap hari Rabu dari 3:21 petang hingga 11:59 malam, berdasarkan siapa cepat, dia dapat.


5. Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan tiket percuma?

Ikuti langkah mudah berikut:

  1. Log masuk ke aplikasi CelcomDigi
  2. Klik “For You” dan pilih “3-2-1 Showtime!”
  3. Klik “Claim Now” untuk mendapatkan tiket percuma

Anda boleh menebus sehingga dua (2) tiket wayang sepanjang Tempoh Kempen.


6. Adakah terdapat had untuk jumlah tiket wayang?

Ya, jumlah tiket yang disediakan setiap minggu adalah terhad. Pastikan anda menebus tiket anda setiap hari Rabu dari 3:21 petang hingga 11:59 malam sebelum kehabisan!


7. Saya baru sahaja mendaftar atau melanggan pelan yang layak. Berapa lama masa yang diambil untuk tiket wayang tersebut muncul dalam aplikasi CelcomDigi bagi tujuan penebusan? 

Tiket wayang akan dipaparkan dalam aplikasi CelcomDigi dalam tempoh 15 minit selepas pendaftaran atau langganan berjaya. Sila semak aplikasi selepas 15 minit untuk meneruskan penebusan. Jika tiket wayang masih belum kelihatan, cuba muat semula (refresh) aplikasi anda.


8. Bagaimana saya tahu jika saya berjaya menebus tiket wayang?

Anda akan menerima kod baucar melalui aplikasi CelcomDigi di bahagian “My Voucher”. Kod ini akan dihantar ke nombor mudah alih yang digunakan semasa penebusan.


9. Bagaimana cara menggunakan kod baucar tiket wayang saya?

Setelah menerima kod baucar di aplikasi CelcomDigi, anda boleh menebusnya di laman web atau aplikasi mudah alih GSC.

Nota: Harap maklum bahawa Terma & Syarat GSC terpakai bagi penggunaan kod baucar ini.


10. Bagaimana saya boleh mendapatkan dan menebus kod baucar saya di GSC?

Langkah 1: Buka aplikasi CelcomDigi dan klik tab “Shop”

Langkah 2: Pergi ke bahagian “Voucher” dan klik “View More”

Langkah 3: Klik “My Voucher” di penjuru kanan atas untuk melihat dan salin kod tersebut

Langkah 4: Layari laman web atau aplikasi mudah alih GSC

Langkah 5: Pilih tarikh, masa dan tempat duduk untuk filem yang dipilih

Langkah 6: Masukkan kod baucar semasa ‘checkout’ di laman web atau aplikasi GSC

Langkah 7: Tiket wayang anda berjaya ditebus — selamat menonton!


11. Apakah jenis dewan dan tempat duduk yang boleh saya tebus dengan kod baucar yang saya menangi?

  • Satu (1) kod e-Baucar hanya sah untuk SATU (1) tiket wayang di mana-mana Golden Screen Cinemas seluruh negara, KECUALI Aurum Theatres (KL & JB), Premiere Class, Gold Class, Twin Seats, Dolby Atmos, D-Box, 4DX, Maxx Hall, IMAX, Big Screen, Screen X, PlayPlus dan Onyx Hall.
  • E-baucar ini sah untuk format filem berikut: 2D.
  • E-baucar ini sah untuk kelas wayang berikut: Normal Class.
  • E-baucar ini sah untuk jenis tempat duduk berikut: Normal.


Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article