Soalan Lazim: Kontrak StreamMORE Viu dengan CelcomDigi Postpaid

Modified on Thu, 24 Jul at 10:00 AM

1. Apa itu Viu?
Viu adalah platform hiburan pilihan anda, yang membawa anda drama dan filem Korea terbaik, rancangan varieti popular, Viu Originals yang memenangi anugerah, serta pilihan drama Melayu, Cina, Thai, dan Indonesia yang menakjubkan. Dengan sari kata berkualiti tinggi dalam pelbagai bahasa, Viu memastikan anda sentiasa terhubung dengan hiburan Asia terkini. Dari thriller yang mendebarkan, komedi yang lucu, hingga kisah cinta yang tidak dapat dilupakan, Viu adalah tempat anda boleh menonton semuanya, bila-bila masa, di mana sahaja.

 

2. Apa itu Kontrak StreamMORE Viu?
Ia adalah langganan Viu Premium berasaskan kontrak, yang ditawarkan pada kadar bulanan yang lebih rendah apabila anda komited untuk tempoh tetap selama 12 bulan. Selain akses penuh ke kandungan Premium Viu, setiap langganan juga termasuk kuota bonus bulanan sebanyak 5GB. Untuk maklumat harga terkini, lawati laman web CelcomDigi di sini.

Nota: Caj pembatalan awal akan dikenakan jika anda membatalkan sebelum tempoh kontrak 12 bulan tamat.


 

Harga

Akses Viu

Internet Pantas (5G/4G)

Tempoh Sah Kuota

Tempoh Sah Akses

Kontrak StreamMORE Viu

RM3.90

Viu Premium

5GB sebulan sepanjang tempoh kontrak 12 bulan

 

 

Berdasarkan kitaran bil Bulanan Postpaid anda

 

Nota: Kuota akan diperbaharui setiap bulan sepanjang tempoh kontrak 12 bulan

12 bulan berturut-turut dari tarikh langganan

 

3. Apakah akses yang tersedia dalam akses Viu Premium?

Dengan langganan Premium, Viu menawarkan pengalaman penstriman yang dipertingkatkan dengan ciri-ciri eksklusif berikut:

Pelan Viu Premium

Akses Kandungan 

Semua 

Viu Originals 

✓ 

Filem 

✓ 

Iklan 

Tiada iklan video 

Akses awal 

✓ 

Akses penuh 

Muat turun kandungan 

✓ 

Log masuk peranti maksimum 

5 Peranti 

Kualiti video maksimum 

Sehingga Full HD (1080p) 

Cast/Airplay 

✓ 

Peranti serasi 

Telefon, Tablet, Laptop/PC, Smart TV 


Kelayakan:


4. Adakah saya layak untuk melanggan Kontrak StreamMORE Viu?

Di bawah adalah senarai pelanggan Postpaid CelcomDigi yang layak untuk membuat pembelian:

  • CelcomDigi One Ultra DS
  • CelcomDigi One Pro DS
  • CelcomDigi One Lite DS
  • CelcomDigi One Ultra DS
  • CelcomDigi One Pro DS
  • CelcomDigi One Lite DS
  • CelcomDigi Postpaid 5G 160
  • CelcomDigi Postpaid 5G 140
  • CelcomDigi Postpaid 5G 120
  • CelcomDigi Postpaid 5G 100
  • CelcomDigi Postpaid 5G 80
  • CelcomDigi Postpaid 5G 160 DS
  • CelcomDigi Postpaid 5G 140 DS
  • CelcomDigi Postpaid 5G 120 DS
  • CelcomDigi Postpaid 5G 100 DS
  • CelcomDigi Postpaid 5G 80 DS

Langganan, Pengkatifan, Penggunaan & Pembatalan:


5. Bagaimanakah untuk saya melanggan Kontrak StreamMORE Viu?

Saluran

Cara melanggan

Aplikasi Celcom Life

Langkah 1: Log masuk ke aplikasi Celcom Life

Langkah 2: Pilih ‘Shop’  

Langkah 3: Plilih ‘‘StreamMORE”

Langkah 4: Pilih kontrak StreamMORE Viu yang diingini

Langkah 5: Klik “Confirm” untuk meneruskan pembelian 

Aplikasi MyDigi

Langkah 1: Log masuk ke aplikasi MyDigi

Langkah 2: Pilih ‘Shop’  

Langkah 3: Plilih ‘‘StreamMORE”

Langkah 4: Pilih kontrak StreamMORE Viu yang diingini

Langkah 5: Klik “Confirm” untuk meneruskan pembelian

 

6. Adakah saya akan menerima mesej pengesahan selepas melanggan Kontrak StreamMORE Viu?
Ya, anda akan menerima SMS Selamat datang selepas langganan berjaya. SMS ini akan dihantar ke nombor utama telefon bimbit anda dan mengandungi:

  • Arahan untuk melengkapkan pengaktifan Viu anda
  • SMS berasingan dengan maklumat log masuk Viu anda

 

Jika anda tidak menerima SMS sambutan, anda masih boleh cuba log masuk ke aplikasi Viu. Jika log masuk gagal, sila lawati Bantuan CelcomDigi.

 

7. Saya tidak menerima OTP di telefon bimbit untuk mengaktifkan Kontrak StreamMORE Viu. Apa yang perlu saya lakukan?
Sila pastikan anda menggunakan nombor CelcomDigi yang sama semasa membuat langganan — OTP hanya akan dihantar ke nombor tersebut. Jika anda masih memerlukan bantuan, sila lawati Bantuan CelcomDigi.


8. Selepas langganan berjaya, bagaimana saya log masuk ke Viu?
Untuk mengaktifkan langganan anda:
Aplikasi Celcom Life: Pergi ke Penggunaan à Tempatan à Langganan à Klik “Aktifkan”
Aplikasi MyDigi: Pergi ke Tetapan à Langganan Saya à Langganan Digital à Klik “Aktifkan”

 

Setelah anda klik “Aktifkan”, anda akan dibawa ke Aplikasi Viu, di mana anda akan menerima mesej untuk mengikuti langkah di bawah:

 

Untuk pelayar web:


Langkah 1: Masuk ke laman VIU dan pilih ‘Subscribe Now’. 

Langkah 2: Masukkan nombor talian anda untuk log masuk (nombor yang sama digunakan semasa melanggan). 

Langkah 3: Sila setuju dengan Syarat Penggunaan, Dasar Privasi, dan Dasar Privasi Tambahan untuk Malaysia. 

Langkah 4: Anda akan menerima kod 4 digit melalui SMS; masukkan kod tersebut pada pelayar. 

Langkah 5: Masukkan alamat e-mel anda dan sahkan dengan OTP yang dihantar ke e-mel anda (langkah ini boleh diabaikan). 

Langkah 6: Jika ini kali pertama anda log masuk ke VIU, lengkapkan maklumat pendaftaran dan klik ‘Create account’. 

Langkah 7: Pilih penarafan kandungan untuk Profil anda dan bahasa kandungan pilihan anda. 

Langkah 8: Mula Menstrim! 


Untuk aplikasi mudah alih iOS / Android:

 

Langkah 1: Muat turun aplikasi VIU. 

Langkah 2: Sila setuju dengan Syarat Penggunaan, Dasar Privasi, dan Dasar Privasi Tambahan untuk Malaysia. 

Langkah 3: Masukkan nombor talian anda untuk log masuk. 

Langkah 4: Anda akan menerima kod 4 digit melalui SMS; masukkan kod tersebut pada aplikasi. 

Langkah 5: Masukkan alamat e-mel anda dan sahkan dengan OTP (langkah ini boleh diabaikan).

Langkah 6: Jika ini kali pertama anda log masuk ke VIU, lengkapkan maklumat pendaftaran dan klik ‘Create account’. 

Langkah 7: Pilih penarafan kandungan untuk Profil anda dan bahasa kandungan pilihan anda. 

Langkah 8: Mula Menstrim!


Untuk peranti ruang tamu:

 

Langkah 1: Buka aplikasi VIU dari peranti ruang tamu. 

Langkah 2: Klik ‘Agree and Continue’. 

Langkah 3: Masukkan nombor telefon anda untuk log masuk. 

Langkah 4: Masukkan OTP yang dihantar ke nombor anda. 

Langkah 5: Anda kini telah log masuk ke peranti ruang tamu anda 


9. Saya telah melanggan Kontrak StreamMORE ViuBerapa lamakah tempoh sah untuk langganan ini?

Jenis Langganan

Tamat Tempoh Kandungan

Tempoh Sah Internet Kuotta

Kuota Internet Tambahan StreamMORE (Kontrak) akan diperbaharui setiap bulan berdasarkan tarikh kitaran bil Postpaid anda, dan akan berterusan sepanjang tempoh kontrak selama 12 bulan.

 

Nota: Setelah kuota bulanan ini diperbaharui, caj langganan akan dikenakan secara serentak.

Tempoh Sah Akses Viu Premium

Akses Viu Premium adalah sah selama 12 bulan berturut-turut dari tarikh langganan. Akses akan tamat pada tarikh yang sama pada tahun berikutnya. Contoh seperti di bawah:

 

 Akses Viu Premium Bermula

Akses Viu Premium Tamat 

17 Jun 2025 12:34pm

17 Jun 2026 12:33pm

 

10. Bolehkah saya melanggan perkhidmatan Kontrak StreamMORE Viu yang sama berulang kali?
Tidak, anda tidak dibenarkan melanggan perkhidmatan Kontrak StreamMORE Viu yang sama berulang kali selagi langganan semasa anda masih aktif.

 

Walau bagaimanapun, jika anda melanggan pelan Viu yang berbeza (contohnya, melanggan Viu dengan StreamMORE selepas melanggan Kontrak StreamMORE Viu), langganan yang terkini akan menggantikan langganan sebelumnya. Langganan terdahulu akan ditamatkan, dan caj penamatan awal akan dikenakan sekiranya ia masih dalam tempoh kontrak.


11. Bolehkah saya menggunakan langganan Kontrak StreamMORE Viu CelcomDigi saya pada peranti lain?
Ya, anda boleh log masuk pada peranti lain yang serasi menggunakan nombor mudah alih CelcomDigi yang digunakan semasa pendaftaran langganan.


12. Bolehkah saya menggunakan kuota bonus yang disertakan dengan Kontrak StreamMORE Viu semasa roaming?

Tidak. Kuota ini hanya sah untuk kegunaan domestik sahaja (dalam Malaysia).

 

13. Bolehkah saya membatalkan langganan Kontrak StreamMORE Viu saya pada bila-bila masa?
Ya, tetapi anda perlu mengunjungi CelcomDigi Store untuk membatalkannya. Namun, jika anda membatalkan sebelum tamat tempoh kontrak 12 bulan:

  • Tiada bayaran balik secara prorata akan diberikan
  • Kuota anda akan dihentikan serta-merta dan anda tidak akan mempunyai akses untuk baki kitaran bil
  • Akses Viu Premium anda akan ditamatkan serta-merta
  • Caj penamatan awal akan dikenakan, dikira seperti berikut:
     Yuran langganan bulanan × Baki bulan dalam kontrak

 

14. Apa yang akan berlaku jika saya menamatkan talian postpaid saya?
Jika anda menamatkan talian postpaid anda, akses ke Viu akan ditamatkan serta-merta. Tiada prorata caj akan dikenakan; caj penuh tetap dikenakan. Caj penamatan awal juga akan dikenakan berdasarkan baki tempoh kontrak.

 

15. Saya mempunyai langganan Viu sedia ada melalui pengebilan terus (kad bank/pembekal perkhidmatan). Bolehkah saya masih melanggan Kontrak StreamMORE Viu menggunakan nombor mudah alih yang sama?
Sila ambil perhatian, jika kedua-dua langganan aktif, anda akan dicaj untuk kedua-duanya secara serentak. Untuk mengelakkannya, pastikan hanya satu langganan kekal aktif dan batalkan langganan lain secara langsung dengan pihak Viu.

 

16. Adakah Kontrak StreamMORE Viu juga berdasarkan kitaran kontrak 12 bulan?
Ya, caj Kontrak StreamMORE Viu adalah secara bulanan untuk tempoh kontrak 12 bulan. Maka, yuran langganan akan dibil setiap bulan selama 12 bulan.


17. Talian postpaid saya telah disekat/digantung. Apa akan berlaku kepada langganan Kontrak StreamMORE Viu saya?
Anda tidak akan dapat mengakses Kontrak StreamMORE Viu serta-merta. Anda perlu melanggan semula untuk menikmati perkhidmatan ini.


18. Bolehkah saya memindahkan manfaat Kontrak StreamMORE Viu CelcomDigi saya kepada nombor mudah alih lain?
Tidak. Akses/manfaat ini tidak boleh dipindahkan ke nombor mudah alih lain.

 

19. Saya telah memulakan proses pemadaman akaun Viu. Bolehkah saya membatalkan proses pemadaman tersebut?
Tidak. Anda perlu melanggan semula Kontrak StreamMORE Viu.


20. Saya mempunyai beberapa nombor mudah alih CelcomDigi. Bolehkah saya mengemas kini log masuk Kontrak StreamMORE saya kepada nombor lain?
Tidak. Akses ini tidak boleh dipindahkan ke nombor mudah alih lain. Pelanggan hanya boleh log masuk ke Viu menggunakan nombor mudah alih CelcomDigi yang digunakan semasa pendaftaran.

 

Jika anda mempunyai nombor CelcomDigi yang berbeza, anda perlu melanggan semula Kontrak StreamMORE Viu menggunakan nombor baru tersebut melalui aplikasi Celcom Life atau MyDigi.


21. Saya bukan pelanggan CelcomDigi. Bolehkah saya memindahkan langganan Viu sedia ada ke Kontrak StreamMORE Viu?
Untuk menikmati Kontrak StreamMORE Viu, anda boleh port-in ke pelan Postpaid CelcomDigi dan batalkan langganan Viu sedia ada anda untuk mengelakkan caj berganda. Setelah selesai, anda boleh melanggan dan mengaktifkan Kontrak StreamMORE Viu mengikut langkah yang dinyatakan sebelum ini.


Keperluan Teknikal dan Keserasian:


22. Peranti apakah yang serasi dengan Kontrak StreamMORE Viu?

Viu serasi dengan telefon pintar, tablet, desktop, TV pintar, dan peranti penstriman tertentu.

 

Telefon Pintar & Tablet 

  • Android: 5.0 atau ke atas 
  • Apple: iOS 14 ke atas (hanya untuk iPhone dan iPad buat masa ini) 

PC/Laptop 

Keperluan Perkakasan untuk PC/laptop 

  • CPU: Pentium 4 (atau ke atas)
  • Memory: 512MB (atau ke atas)
  • Sound card: Sound Blaster 16 atau yang serasi 
  • Keperluan Perisian untuk PC/laptop

 

Sistem Operasi Microsoft Windows:

  • Sistem keperluan: Windows XP SP2 (atau ke atas) / Windows Vista / Windows 7 / Windows 8 / Windows 10 *Windows RT tidak disokong buat masa ini
  • Browser: Microsoft Edge / Firefox 4.0 (atau ke atas) / Google Chrome 11 (atau ke atas) / Safari 4.0 (atau ke atas)
  • Display: 1024 x 768 (atau ke atas)


Sistem Operasi Mac:

  • Sistem keperluan: OS X (atau ke atas)
  • Browser: Safari 4.0 (atau ke atas) / Firefox 4.0 (atau ke atas) / Google Chrome 11 (atau ke atas)
  • Display: 1024 x 768 (dan ke atas) 

Apple TV, Smart TV, Android TV 

  • Sistem operasi Apple TV:
    Sistem keperluan: tvOS 14 (atau ke atas) 
  • Sistem operasi Sony Android TV:
    Sistem keperluan: Android 6.0 (atau ke atas)
  • Samsung Smart TV:
    2024 Tizen 8.0, 2023 Tizen 7.0, 2022 Tizen 6.5, 2021 Tizen 6.0,  2020 Tizen 5.5, 2019 Tizen 5.0, 2018 Tizen 4.0, 2017 Tizen 3.0
  • LG Smart TV:
    2024 webOS TV 24, 2023 webOS TV 23, 2022 webOS TV 22, 2021 webOS TV 6.0, 2020 webOS TV 5.0, 2018 - 2019 webOS TV 4.x 
  • Philips Smart TV:
    2022 Philips Android MTK9970 AP TPM211EA  2020-2021 Philips Android MTKT32 AP TPM215E 2019-2020 Philips Android MTK5599 AP (MSAF) TPM191E 

 

23. Di manakah saya boleh dapatkan aplikasi Viu?

Anda boleh muat turun aplikasi VIU dari Google Play Store atau Apple App Store.  



Panduan Penyelesaian:


24. Di manakah saya boleh dapatkan maklumat lanjut mengenai Viu (Premium)? 

Anda boleh dapatkan maklumat lanjut di laman web rasmi Viu disini

 

25. Saya mempunyai pertanyaan lanjut atau isu berkaitan langganan Kontrak StreamMORE Viu CelcomDigi. Di mana saya boleh mendapatkan bantuan? 

Sila hubungi kami melalui WhatsApp.

 

26. Apakah terma akses saya ke Viu? 

Melalui langganan Viu, sama ada anda log masuk atau melengkapkan proses pendaftaran untuk Viu, pelanggan (anda) bersetuju dan mengesahkan bahawa dia (anda) telah membaca, memahami, menerima dan bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat berikut:  

  1. Terma & Syarat CelcomDigi: Celcom | Digi 
  2. Terma penggunaan Viu 
  3. Terma Akaun Viu
  4. Dasar Privasi Viu  
  5. Kenyataan Pengumpulan Maklumat Peribadi Viu.

Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article