Soalan Lazim: StreamMORE iQIYI 1 Bulan Percuma
Modified on Tue, 17 Jun at 10:01 AM
1. Apakah tawaran ini?
Satu (1) bulan PERCUMA apabila anda melanggan StreamMORE iQIYI.
2. Bilakah tempoh tawaran kempen ini?
17 Jun 2025 hingga 11 Ogos 2025.
3. Siapakah yang boleh menikmati tawaran percuma bulan pertama?
Tawaran ini tersedia kepada semua pelanggan CelcomDigi Postpaid dan Prepaid yang melanggan StreamMORE add-ons iQIYI buat kali pertama dari 17 Jun 2025 hingga 11 Ogos 2025.
4. Bagaimanakah cara saya mendaftar untuk StreamMORE iQIYI ?
Anda boleh melanggan melalui aplikasi Celcom Life atau MyDigi, atau terus ke kedai CelcomDigi terdekat untuk mendapatkan bantuan daripada kakitangan kami yang mesra.
Saluran | Langkah |
Aplikasi Celcom Life | Langkah 1: Log masuk ke aplikasi Celcom Life Langkah 2: Pilih ‘Shop’ Langkah 3: Pilih iQIYI (Standard VIP) & 5GB Internet Langkah 4: Klik untuk mengesahkan pembelian StreamMORE Add-Ons yang diingini |
Aplikasi MyDigi | Langkah 1: Log masuk ke aplikasi MyDigi Langkah 2: Pilih 'Shop' Langkah 3: Pilih iQIYI (Standard VIP) & 5GB Internet Langkah 4: Klik untuk mengesahkan pembelian StreamMORE Add-Ons yang diingini |
5. Saya mempunyai langganan iQIYI yang lain melalui pelbagai saluran pembayaran (pengebilan operator/ kad perbankan). Bolehkah saya masih melanggan CelcomDigi iQIYI Bundles menggunakan nombor telefon yang sama?
Harap maklum, jika kedua-dua langganan aktif, kedua-duanya akan dikenakan caj secara serentak. Untuk mengelakkan perkara ini, anda perlu memastikan langganan yang dikehendaki kekal aktif dan membatalkan langganan yang lain. Rujuk di sini untuk langkah seterusnya.
6. Saya telah melanggan CelcomDigi iQIYI Bundle. Bilakah bundle ini akan tamat tempoh?
- Tempoh Sah Pas Kuota Internet: Langganan kuota akan sah sehingga waktu langganan pada hari ke-30 langganan. Sebarang kuota yang tidak digunakan akan dilupuskan.
- Tempoh Sah Akses iQIYI: Akses iQIYI akan sah sehingga jam langganan pada hari ke-31 langganan. Contoh seperti berikut:
Akses iQIYI Bermula pada | Akses iQIYI Sah sehingga |
1 Disember 2024 3:00 PM | 1 Januari 2025 2:59 PM |
7. Apakah yang berlaku kepada langganan StreamMORE saya pada penghujung bulan pertama?
Langganan StreamMORE anda akan diperbaharui secara automatik pada penghujung 30 hari untuk memastikan pengalaman penstriman anda tidak terganggu. Selepas bulan pertama, langganan StreamMORE akan disambung semula pada harga biasa selepas pembaharuan.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk soalan lazim StreamMORE iQIYI bundle.
8. Apakah yang berlaku apabila kuota digunakan sepenuhnya dalam tawaran ini?
Setelah menggunakan sepenuhnya kuota dalam pas ini, penggunaan seterusnya akan diambil daripada kuota bulanan yang tersedia.
Was this article helpful?
That’s Great!
Thank you for your feedback
Sorry! We couldn't be helpful
Thank you for your feedback
Feedback sent
We appreciate your effort and will try to fix the article