CelcomDigi #EratkanIkatan: Tonton @ RM1
Modified on Thu, 27 Feb at 10:00 AM
1. Siapakah yang layak untuk tawaran kempen ini?
Tawaran ini tersedia secara eksklusif bagi pelanggan kali pertama yang melanggan pelan premium 'TontonUp' dengan memilih Pay via CelcomDigi sebagai kaedah pembayaran. Kempen ini berlangsung dari 27 Februari 2025 hingga 30 April 2025.
2. Bagaimanakah cara untuk melanggan tawaran ini?
Anda boleh melanggan melalui pautan ini atau layari laman web Tonton dan pilih kaedah pembayaran Pay via CelcomDigi.
3. Apakah maklumat lain yang perlu saya ketahui?
- Kadar langganan RM1 bagi tawaran kempen ini hanya sah untuk bulan pertama sahaja. Langganan ini akan diperbaharui secara automatik dengan kadar standard RM9/bulan bermula pembaharuan kedua dan seterusnya.
- Bagi pelanggan prabayar, sila pastikan akaun CelcomDigi anda mempunyai kredit yang mencukupi untuk caj langganan.
4. Adakah langganan saya akan diperbaharui secara automatik?
Ya, langganan anda akan diperbaharui secara automatik dengan kadar standard RM9/bulan, melainkan anda membatalkannya sebelum tarikh pembaharuan seterusnya.
5. Bagaimanakah cara untuk membatalkan langganan saya?
Anda boleh membatalkan langganan anda pada bila-bila masa melalui tetapan akaun di laman web Tonton. Selepas pembatalan, akses anda masih akan kekal sehingga tempoh sah langganan anda tamat. Harap maklum, pembatalan langganan hanya boleh dibuat di laman web Tonton sahaja.
6. Mengapakah saya masih dicaj RM9 dan bukannya RM1?
Jika anda dicaj RM9, ini bermakna anda telah melanggan Tonton menggunakan kaedah pembayaran Pay via CelcomDigi sebelum kempen ini bermula. Kadar promosi RM1 hanya tersedia untuk pelanggan yang melanggan Tonton buat kali pertama menggunakan Pay via CelcomDigi dalam tempoh kempen ini.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Terma & Syarat.
Was this article helpful?
That’s Great!
Thank you for your feedback
Sorry! We couldn't be helpful
Thank you for your feedback
Feedback sent
We appreciate your effort and will try to fix the article