Penamatan Perkhidmatan Langganan Bundle VIU RM3/minggu & RM5/bulan melalui Aplikasi MyDigi

Modified on Wed, 30 Oct at 10:00 AM

Perkhidmatan langganan bundle VIU RM3/minggu dan RM5/bulan melalui aplikasi MyDigi akan ditamatkan pada 31 Oktober 2024.

 

1. Mengapakah bundle VIU RM3/minggu dan RM5/bulan ditamatkan?

Kami sentiasa menilai tawaran perkhidmatan kami untuk memberikan pengalaman terbaik untuk anda. Oleh itu, kami telah memutuskan untuk menamatkan perkhidmatan bundle VIU RM3/minggu dan RM5/bulan melalui aplikasi MyDigi pada 31 Oktober 2024.

 

2. Bilakah bundle VIU RM3/minggu dan RM5/bulan akan ditamatkan?
Penamatan bundle akan berkuat kuasa pada 31 Oktober 2024 dan bundle tersebut tidak akan tersedia lagi.

 

3. Apakah yang akan berlaku kepada langganan VIU saya yang masih aktif?
Semua langganan pembaharuan automatik bundle VIU di bawah pakej RM3/minggu dan RM5/bulan akan dihentikan pada 31 Oktober 2024. Anda tidak akan dikenakan bayaran selepas 31 Oktober 2024. 

 

4. Apakah yang akan berlaku jika saya melanggan atau memperbaharui langganan pada 31 Oktober 2024?
Jika anda melanggan atau perbaharui langganan pada 31 Oktober, anda akan mempunyai akses kepada kandungan VIU untuk tempoh sah 30 hari dari tarikh langganan atau pembaharuan terakhir anda. Anda tidak akan dikenakan caj bagi bulan seterusnya selepas 1 November 2024.

 

5. Bolehkah saya masih mengakses kandungan VIU selepas penamatan?
Ya, anda boleh mengakses kandungan VIU melalui aplikasi VIU selagi ia berada dalam tempoh sah 30 hari dari tarikh langganan atau pembaharuan terakhir anda.

 

6. Adakah saya akan menerima bayaran balik bagi tempoh langganan yang masih berbaki?
Tidak, tiada bayaran balik akan diberikan kerana anda masih akan mempunyai akses kepada kandungan VIU untuk tempoh sah 30 hari dari langganan atau pembaharuan terakhir anda.

 

7. Adakah terdapat pilihan langganan alternatif untuk VIU?
Ya, anda boleh melanggan terus melalui laman web VIU di https://viu.com.

 

8. Adakah perkhidmatan baharu akan menggantikan bundle VIU di langganan MyDigi?
Nantikan tawaran yang lebih baik daripada kami pada masa akan datang.

 

9. Siapa yang boleh saya hubungi jika ada soalan lanjut?

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi khidmat pelanggan kami.

Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article