Tawaran Esklusif CelcomDigi 5G Home WiFi untuk Sarawak

Modified on Tue, 13 Aug at 10:01 AM

1. Apakah tawaran esklusif CelcomDigi 5G Home WiFi (Pelan + Router) di Sarawak? 

Anda boleh menikmati rebat bulanan RM10 untuk 12 bulan pada talian Home WiFi apabila mendaftar untuk CelcomDigi 5G Home WiFi (Plan + Router). 


2. Berapa lamakah tawaran ini akan tersedia? 

Tawaran ini sah dari 13 Ogos 2024 sehingga 19 September 2024.Semua pelanggan yang mendaftar CelcomDigi 5G Home WiFi dalam tempoh ini akan menikmati rebat bulanan RM10 pada talian 5G Home WiFi selama 12 bulan. 


3. Siapakah yang layak untuk mendapat tawaran ini? 

Pelanggan CelcomDigi 5G Home WiFi (Pelan + Router) baharu saja yang layak untuk mendapat tawaran eksklusif ini semasa tempoh promosi. 


4. Bagaimanakah saya boleh mendapatkan tawaran ini? 

Tawaran ini tersedia di semua cawangan Celcom Bluecube, Digi Stores. Celcom Certified Partners & Digi Store Express di seluruh Sarawak sahaja. 


5. Di manakah saya boleh menyemak kawasan liputan 5G? 

Anda boleh menyemak di sini atau melawat cawangan Celcom & Digi Stores terdekat untuk menyemak jika alamat anda berada dalam kawasan liputan 5G. 


6. Apakah komitmen bulanan untuk pelan CelcomDigi 5G Home WiFi dan bayaran bulanan untuk Sarawak? 

Anda boleh menikmati rebat eksklusif untuk Sarawak pada talian 5G Home WiFi. Sila rujuk jadual dibawah untuk butiran lanjut. 

Nama PakejCelcomDigi 5G Home WiFi (Pelan + Router)
Yuran Komitmen BulananRM79RM149
RebatRM10RM10
Yuran Komitmen Bulanan Bersih
RM69RM139
Kontrak24 Bulan
Kelayakan Dengan Pascabayar RM60 dan ke atas
Bukan pelanggan Pascabayar Celcom & Digi
Nota: Sebarang rebat bulanan hanya akan diterima dalam tempoh 60 hari selepas pengaktifan talian 5G Home WiFi.  Rebat bulanan RM10 hanya tertakluk sehingga 12 bulan sahaja. Semua rebat boleh didapati di dalam bil bulanan 5G Home WiFi 


7. Saya baru mendapat bil pertama saya. Mengapa saya tidak melihat sebarang rebat? 

Rebat akan diberikan dalam tempoh 60 hari selepas pengaktifan talian. Oleh itu, untuk bil bulan pertama anda masih perlu membayar jumlah penuh. Namun pada bulan ke 2 dan seterusnya, anda akan menikmati rebat selama tempoh 12 bulan


8. Jika saya telah melanggan CelcomDigi 5G Home WiFi Pelan Sahaja, adakah saya akan menikmati tawaran ini? 

Tawaran rebat ini hanya akan diberikan kepada pelanggan baharu yang melanggan CelcomDigi 5G Home WiFi (Pelan + Router) semasa tempoh promosi sahaja.


9. Adakah terdapat bayaran deposit? 

Ya. Tambahan RM500 diperlukan semasa pendaftaran untuk warga asing.  


10. Adakah terdapat bayaran pendahuluan? 

Ya, untuk CelcomDigi 5G Home WiFi (Pelan + Router) pendaftaran adalah tertakluk kepada bayaran pendahuluan RM288 dan akan direbatkan sebagai RM12 dalam tempoh 24 bulan akan dikreditkan ke bil anda berdasarkan kitaran bil. Ia boleh dibayar melalui tunai atau kad kredit/debit. 


11. Bagaimana jika saya ingin membatalkan langganan saya? 

Anda akan dikenakan caj penalti berdasarkan jumlah baki kontrak x yuran bulanan atau minima RM500 (mana-mana yang lebih tinggi) jika anda memilih untuk menamatkan perkhidmatan anda sebelum tamat tempoh kontrak.  


12. Bagaimanakah cara saya menamatkan kontrak saya? 

Penamatan perkhidmatan hanya tersedia di cawangan Celcom Blue Cube dan Digi Stores. 

Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article