Tawaran CelcomDigi Prepaid 5G Internet di Malaysia Timur & Pantai Timur

Modified on Mon, 30 Sep at 10:01 AM

1. Apakah tawaran ini?

 Edisi Biru 

Dapatkan Internet 5G Tanpa Had secara percuma apabila anda melanggani mana-mana Pas Internet yang layak untuk CelcomDigi Prepaid 5G Edisi Biru.

 Edisi Kuning 

Bagi pelanggan Edisi Kuning, nikmati diskaun sebanyak RM5 apabila anda melanggani mana-mana Pas Internet yang layak.

 

2. Bilakah promosi ini akan tamat? 

Promosi akan tamat pada 31 Disember 2024.

 

3. Siapakah yang layak untuk tawaran ini?  

Tawaran ini tersedia untuk semua pelanggan baru CelcomDigi Prepaid 5G Edisi Biru dan Edisi Kuning di Malaysia Timur dan Pantai Timur.

 

4. Promosi ini tersedia di bahagian Malaysia Timur dan Pantai Timur yang mana?

  • Edisi Biru – semua bahagian Sabah, Sarawak, Labuan, Terengganu, Kelantan dan Pahang
  • Edisi Kuning – semua bahagian Sabah, Sarawak, Labuan, Terengganu, Kelantan dan Pahang

 

5. Bagaimanakah cara untuk melanggani tawaran ini? 

Anda boleh melanggan pas ini di mana-mana kedai CelcomDigi, Celcom atau Digi dalam negeri Malaysia Timur dan Pantai Timur yang dinyatakan di atas.

 

6. Saya bukan dari negeri yang disebutkan di atas. Adakah saya layak untuk mendapatkan promosi ini? 

Ya, anda juga boleh melanggan pelan promosi jika anda melawat mana-mana kedai CelcomDigi, Celcom atau Digi dalam 6 negeri yang dinyatakan di atas.

 

7. Apakah senarai Pas Internet yang layak untuk promosi ini?  

Edisi Biru 

  • Prepaid 5G 25 (Unlimited)  
  • Prepaid 5G 39 (Unlimited)  
  • Prepaid 5G 39 (High Speed) 
  • SpeedStream iQIYI 47
  • Prepaid 5G 49 (Unlimited)  
  • SpeedStream Disney+ Hotstar (Basic) - 30 days

  Edisi Kuning 

  • Prepaid 5G 25 (High Speed)  
  • Prepaid 5G 39 (Unlimited)  
  • Prepaid 5G 39 (High Speed)  
  • Prepaid 5G 49 (High Speed)  


8. Untuk Edisi Biru, bilakah Internet 5G tanpa had percuma ini akan tamat? 

Pas ini akan tamat pada hari ke-30 selepas langganan berjaya.  

 

9. Untuk Edisi Biru, adakah Internet 5G tanpa had percuma akan diperbaharui secara automatik selepas tamat tempoh? 

Ya, Internet 5G tanpa had percuma ini akan diperbaharui secara automatik selepas tamat tempoh melalui pembaharuan pas Internet bulanan. 

 

10. Untuk Edisi Kuning, adakah diskaun RM5 ini akan dikenakan setiap bulan?  

Ya, diskaun RM5 ini akan dikenakan secara automatik melalui pembaharuan pas Internet bulanan. 

 

11. Apakah yang akan terjadi jika saya hentikan pembaharuan pas Internet bulanan?  

Anda tidak akan mendapat Internet 5G tanpa had percuma (Edisi Biru) atau diskaun RM5 (Edisi Kuning) lagi jika anda hentikan pembaharuan.

 

12. Apakah yang akan berlaku jika saya membeli pas Internet bulanan yang berbeza melalui saluran lain (contohnya dalam aplikasi mudah alih atau UMB)? 

Anda tidak akan mendapat Internet 5G tanpa had percuma (Edisi Biru) atau diskaun RM5 (Edisi Kuning).

 

13. Bolehkah saya terima promosi ini selepas promosi ini berakhir? 

Tidak, anda tidak akan terima promosi ini selepas promosi ini berakhir. 

Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article