Survei Kualiti Pengalaman Jalur Lebar dan Survei Kepuasan Pelanggan 2024
Modified on Wed, 10 Jul at 3:44 PM
MCMC akan menjalankan Survei Kualiti Pengalaman Jalur Lebar 2024 (BQoES 2024) dan Survei Kepuasan Pelanggan 2024 (CSS 2024) – Perkhidmatan Selular Mudah Alih dan Jalur Lebar Tetap bertujuan untuk mengumpul data bagi mengukur kualiti pengalaman dan persepsi pengguna terhadap penyampaian perkhidmatan telekomunikasi di Malaysia.
Survei ini akan bermula dari 4 Julai sehingga 30 November 2024 secara dalam talian. Pelanggan berumur 15 tahun dan ke atas di Malaysia boleh menjawab soalan survei dengan menggunakan kod QR atau pautan di bawah:
BQoES 2024 | CSS 2024 |
Data yang dikumpulkan melalui platform dalam talian ini menggunakan teknologi penyulitan SSL, disimpan dalam pangkalan data tempatan yang dilindungi kata laluan dan alamat IP tidak disimpan. Responden adalah disarankan untuk membersihkan cache dan sejarah pengimbas komputer untuk melindungi privasi setelah menjawab survei ini.
Adalah dimaklumkan bahawa tujuan survei ini adalah untuk pengumpulan data sahaja. Tiada sebarang data peribadi seperti nama penuh, kad kredit/ debit atau maklumat bank akan dikutip bagi survei ini. Tiada wang akan dikutip mahupun sebarang urusan jualan dilakukan. Penyertaan adalah secara sukarela, namun begitu penglibatan daripada orang ramai amat dihargai.
Sebarang perubahan tempoh survei akan diumumkan di laman sesawang MCMC: www.mcmc.gov.my.
Was this article helpful?
That’s Great!
Thank you for your feedback
Sorry! We couldn't be helpful
Thank you for your feedback
Feedback sent
We appreciate your effort and will try to fix the article