Soalan Lazim: Disney Bundle Pelan CelcomDigi Postpaid

Modified on Wed, 8 Oct at 8:51 PM

1. Apakah itu Disney+?

Disney+ adalah platform penstriman yang khusus untuk filem dan rancangan dari Disney, Pixar, Marvel, Star Wars, National Geographic, dan Star. Disney+ menawarkan pelbagai pilihan tayangan eksklusif termasuk filem, dokumentari, siri aksi, siri animasi, dan kandungan pendek.

 

2. Di manakah boleh saya muat turun aplikasi Disney+?

Anda boleh muat turun aplikasi Disney+ melalui:

 

3. Peranti apa yang serasi dengan Disney+?

Disney+ boleh diakses melalui pelbagai peranti mudah alih, tablet, pelayar web, dan peranti pintar:


Desktop atau Komputer Riba

  • Chrome (versi 75+)
  • Safari (versi 11+)
  • Microsoft Edge (versi 79+)
  • Firefox

Telefon dan tablet

  • Android mobile v5.0
  • iOS v12+
  • iPad v10+

Peranti ruang tamu

  • Android TV (OS 7.0 atau lebih tinggi)
  • Chromecast (Gen2 ke atas [Firmware 1.43+])
  • Apple TV OS 11+ (Gen 4 ke atas)
  • Apple TV 4K (kesemua 3 generasi)
  • TV LG (model 2018 ke atas / OS 4.0 ke atas- tidak tersedia pada TV M3)
  • TV Samsung (2017 dan model ke atas dengan sistem operasi Tizen)
  • TV Pintar Hisense dan TV Pintar Toshiba dengan VIDAA OS UG 1.2 dan beberapa model lain

 

Sila rujuk Disney+ untuk maklumat lanjut


4.  Apakah akses yang tersedia untuk Disney+?

Langganan

Pelan Disney+ Basic

Pelan Disney+ Premium

Tonton semua judul

Muat turun kandungan terpilih (maksimum 10 peranti mudah alih sahaja)

Cipta Profil

Sehingga 7

Sehingga 7

Penstriman Serentak

1 Skrin

3 Skrin

Log masuk peranti maksimum

3 Peranti

10 Peranti

Cast/Airplay 

Kualiti Video Maksimum

Sehingga Full HD

(1080p)

Sehingga 4K Ultra HD 

(2160p)

Kualiti Audio Maksimum

Sehingga Dolby Atmos (5.1 Dolby)

Sehingga Dolby Atmos (5.1 Dolby)

Peranti Serasi

Telefon, Tablet, Laptop, TV

Telefon, Tablet, Laptop, TV


5. Di manakah saya boleh mendapatkan lebih maklumat mengenai aplikasi Disney+?

Anda boleh mendapatkan lebih banyak maklumat di https://help.apps.disneyplus.com/

 

6. Apakah pakej Disney+ Add-Ons Bundle yang tersedia untuk Pelan CelcomDigi Postpaid 5G / One?

Untuk pelanggan Disney+ sedia ada (melanggan sebelum 27 Ogos): 

 Add-On

StreamMORE Disney (Basic)

+ Kuota Berkelajuan Tinggi (5G+4G)

StreamMORE Disney+ (Premium)

+ Kuota Berkelajuan Tinggi (5G+4G)

Pelan Pascabayar yang Layak

  • Semua pelan Pascabayar CelcomDigi
  • Pelan CelcomDigi ONE Lite & Pro

Harga

RM22.90 (NP: RM24.90)

RM37.90 (NP: RM39.90)

Kuota

5GB

5GB

Kesahan Kuota

30 hari

30 hari

Kesahan Disney+

Kitaran bulanan Disney

Kitaran bulanan Disney

Pembaharuan automatik

Ya

Ya

Nota Penting:
1. Kuota 5GB ialah Internet 5G/4G berkelajuan tinggi dan boleh digunakan untuk penambatan / hotspot.
2. Harga yang dipaparkan di atas adalah sebelum cukai perkhidmatan. Cukai perkhidmatan 6% dikenakan ke atas Add-On ini.

 

Untuk pelanggan Disney+ baharu (melanggan pada atau selepas 27 Ogos):

 Add-onStreamMORE Disney+ (Basic)
+ Kuota Berkelajuan Tinggi (5G+4G)
StreamMORE Disney+ (Premium)
+ Kuota Berkelajuan Tinggi (5G+4G)
Pelan Pascabayar yang LayakSemua pelan Pascabayar CelcomDigi
Pelan CelcomDigi One Lite & Pro
HargaRM22.90 (NP: RM24.90)RM37.90 (NP: RM39.90)
Kuota5GB5GB
Kesahan Kuota30 hari30 hari
Kesahan Disney+Kitaran bulanan DisneyKitaran bulanan Disney
Pembaharuan automatikYaYa
Nota Penting:
1. Kuota 5GB ialah Internet 5G/4G berkelajuan tinggi dan boleh digunakan untuk penambatan / hotspot.
2. Harga yang dipaparkan di atas adalah sebelum cukai perkhidmatan. Cukai perkhidmatan 6% dikenakan ke atas Add-On ini.


Bagi pelanggan baharu dan sedia ada Disney+ (Premium) CelcomDigi One Ultra: 

Pelanggan pada Pelan CelcomDigi One Ultra / CelcomDigi One Ultra DS layak untuk Disney+ (Premium) pada nombor utama mereka. Pelanggan akan terus menikmati faedah ini jika: 

  • Nombor Utama langgan pada sebarang freedom add-ons / kontrak peranti atau memiliki kontrak CelcomDigi Fiber/ 5G Home WiFi yang sedia ada di bawah NRIC yang sama, dan 
  • CelcomDigi memiliki kontrak aktif dengan Disney+.

 

7. Apakah pelan CelcomDigi Postpaid terpilih yang boleh membeli StreamMORE Disney+ Add-Ons?

Pelan CelcomDigiPelan Celcom  Pelan Digi
  • CelcomDigi One Pro
  • CelcomDigi One Lite
  • CelcomDigi Postpaid 5G 160
  • CelcomDigi Postpaid 5G 140
  • CelcomDigi Postpaid 5G 120
  • CelcomDigi Postpaid 5G 100
  • CelcomDigi Postpaid 5G 80
  • CelcomDigi Postpaid 5G 60 SE
  • CelcomDigi Postpaid 5G 40 SE
  • CelcomDigi Postpaid 5G 50 XV
  • CelcomDigi Postpaid 5G 30 XV
  • CelcomDigi Postpaid 5G Family 50
  • CelcomDigi Postpaid 5G Family 40
  • CelcomDigi Postpaid 5G Family 30
  • CelcomDigi Postpaid 5G Family 50 (One)
  • CelcomDigi One Pro DS
  • CelcomDigi One Lite DS
  • CelcomDigi Postpaid 5G 160 DS
  • CelcomDigi Postpaid 5G 140 DS
  • CelcomDigi Postpaid 5G 120 DS
  • CelcomDigi Postpaid 5G 100 DS
  • CelcomDigi Postpaid 5G 80 DS
  • CelcomDigi Postpaid 5G Family 50 DS
  • CelcomDigi Postpaid 5G Family 50 DS (One)
  • Semua Pelan Celcom Mega
  • Semua Pelan XPAX Postpaid
  • Semua Pelan XP Lite
  • Digi Postpaid 40 2021
  • Digi Postpaid 50 2022
  • Digi Postpaid 60 2021
  • Digi Postpaid 60 DS 2021
  • Digi Postpaid 60S DS 2021
  • Digi Postpaid 70 2022
  • Digi Postpaid 80 2022
  • Digi Postpaid 90 2021
  • Digi Postpaid 90 DS 2021
  • Digi Postpaid Family 20 2021
  • Digi Postpaid Family 30 2021
  • Digi Postpaid Family 45 2021
  • Digi Postpaid Family 45 DS 2021
  • Digi Postpaid 120 2021
  • Digi Postpaid 120 DS 2021
  • Digi Postpaid 150 2021
  • Digi Postpaid 150 DS 2021
  • Digi Postpaid 200 2022
  • Digi Postpaid Family 45 Unlimited
  • Digi Postpaid 55 Infinite
  • Digi Postpaid 75 Infinite
  • Digi Postpaid 65 Infinite
  • Digi Postpaid 85 Infinite


8. Bagaimanakah saya boleh melanggan Pakej Disney+ CelcomDigi?

StreamMORE Disney+ Add-Ons:

Langganan boleh dilakukan melalui aplikasi Celcom Life / MyDigi.

Saluran

Cara Membeli

Aplikasi Celcom Life / MyDigi

 

Langkah 1: Log masuk ke aplikasi Celcom Life / MyDigi  

Langkah 2: Pergi ke Shop dan pilih Lifestyle

Langkah 3: Pilih Entertainment dan pilih ikon Disney+ 

Langkah 4: Pilih Disney+ & 5G internet

Langkah 5: Pilih Confirm subscription untuk meneruskan


Disney+ (Premium) pada CelcomDigi One Ultra:

Pelanggan pada Pelan CelcomDigi One Ultra akan secara automatik menikmati faedah ini jika:  

  • Nombor Utama langgan pada sebarang freedom add-ons / kontrak peranti atau memiliki kontrak CelcomDigi Fiber/5G Home WiFi yang sedia ada di bawah NRIC yang sama, dan 
  • CelcomDigi memiliki kontrak aktif dengan Disney+.


9. Adakah terdapat sebarang pemberitahuan selepas pengaktifan pakej ini berjaya?

Ya, anda akan menerima SMS alu-aluan apabila berjaya melanggan dan SMS berasingan pada log masuk terperinci untuk akses Disney+. SMS akan dihantar ke nombor telefon bimbit utama.


Jika anda tidak menerima SMS, anda masih boleh cuba log masuk ke aplikasi Disney+. Untuk bantuan lanjut, anda boleh menghubungi kami melalui WhatsApp.


10. Saya tidak menerima OTP pada telefon bimbit saya untuk mengaktifkan Disney+. Apa yang patut saya lakukan?

Sila pastikan nombor telefon bimbit anda adalah nombor telefon bimbit CelcomDigi yang sama yang digunakan semasa langganan. OTP hanya akan dihantar ke nombor telefon bimbit CelcomDigi yang sama. Untuk bantuan lanjut, anda boleh menghubungi kami melalui WhatsApp


11. Setelah pengaktifan pakej ini berjaya, begaimana saya log masuk Disney+?


Untuk desktop

  1. Pergi ke halaman utama Disney+ dan pilih Log Masuk.
  2. Masukkan nombor telefon bimbit anda untuk log masuk (nombor yang sama yang anda gunakan untuk membeli langganan).
  3. Sila bersetuju dengan Terma Penggunaan, Dasar Privasi dan Dasar Privasi Tambahan untuk Malaysia dengan mengklik butang di bawah.
  4. Anda akan menerima kod 4 digit melalui SMS; Masukkan kod 4 digit ke penyemak imbas.
  5. Mulakan penstriman!

Untuk aplikasi mudah alih iOS / Android

  1. Muat turun aplikasi Disney+.
  2. Sila bersetuju dengan Terma Penggunaan, Dasar Privasi dan Dasar Privasi Tambahan untuk Malaysia dengan mengklik 'Setuju & Teruskan'.
  3. Masukkan nombor telefon bimbit anda untuk log masuk (nombor yang sama yang anda gunakan untuk membeli langganan).
  4. Anda akan menerima kod 4 digit melalui SMS; Masukkan kod 4 digit ke dalam aplikasi.
  5. Mulakan penstriman!

Untuk peranti ruang tamu

  1. Buka aplikasi Disney+ pada peranti Ruang tamu anda.
  2. Klik pada 'Setuju dan Teruskan'.
  3. Masukkan nombor telefon bimbit anda untuk log masuk (nombor yang sama yang anda gunakan untuk membeli langganan).
  4. Masukkan OTP yang dihantar ke nombor anda.
  5. Mulakan penstriman!

12. Saya telah melanggan Pakej Disney+ Add-Ons. Bilakah tarikh tamat untuk pakej ini?  

  • Kesahan Kuota Internet: Kuota Internet StreamMORE akan sah sehingga 11:59 malam pada hari ke-30 langganan. Sebarang kuota yang tidak digunakan akan dilucuthakkan.
  • Kesahan Akses Disney+: Tempoh sah akses Disney+ akan mengikut pengiraan bulan kalendar, dengan tamat tempoh adalah hari yang sama pada bulan berikutnya, atau hari terakhir bulan berikutnya, yang mana lebih awal. Contoh seperti yang ditunjukkan di bawah: 

 

Akses Disney+
Diberikan pada
Akses Disney+
Sah sehingga
Akses Disney+
Pembaharuan automatik
30 Dis 2024 3 petang30 Jan 2025 2:59 petang30 Jan 2025 3 petang
30 Jan 2025 3 petang28 Feb 2025 2:59 petang28 Feb 2025 3 petang
28 Feb 2025 3 petang28 Mac 2025 2:59 petang27 Mac 2025 3 petang
Anda juga boleh merujuk kepada tempoh sah akses Disney+ dalam aplikasi Disney+.


13. Saya melanggan StreamMORE Disney+ Add Ons. Bilakah pakej ini akan diperbaharui secara automatik?

Add-Ons StreamMORE Disney+ anda akan diperbaharui secara automatik setiap bulan pada akhir tempoh langganan. 


Anda boleh menyemak tarikh pembaharuan melalui aplikasi CelcomDigi / Celcom Life / MyDigi dengan pergi ke Shop > Lifestyle > Entertainment > My Subscriptions. 


Sila pastikan anda mempunyai had kredit yang mencukupi 24 jam sebelum tamat tempoh langganan.


14. Saya melanggan StreamMORE Disney+ Add Ons. Bolehkah saya membatalkan langganan pada bila-bila masa?

Ya, anda boleh melakukan pembatalan melalui Celcom Life App / MyDigi app (yang mana berkenaan). Tidak akan ada pro-catuan caj, dengan caj penuh dikenakan. Selepas pembatalan, kuota dan akses kepada & Disney+ akan berlangsung sehingga tamat tempoh sah langganan semasa. 

SaluranBagaimana untuk membatalkan langganan?
Aplikasi Celcom Life / MyDigi

Langkah 1: Log masuk ke aplikasi Celcom Life / MyDigi.  

Langkah 2: Pergi ke Shop dan pilih Lifestyle.

Langkah 3: Pilih My Subscription.

Langkah 4: Pilih langganan Disney+.

Langkah 5: Klik Unsubscribe untuk meneruskan.  


15. Bolehkah saya membeli pas pakej Disney+ bundle yang sama berulang kali?

Tidak, anda tidak boleh membuat beberapa pembelian dan langganan untuk pakej CelcomDigi Disney+ bundle yang sama. Walau bagaimanapun, anda boleh melanggan perkhidmatan penstriman lain yang tersedia di bawah StreamMORE, seperti Viu, iQIYI dan Vision+.


16. Saya melanggan StreamMORE Disney+ (Basic). Bolehkah saya melanggan StreamMORE Disney+ (Premium)?

Ya, anda boleh melanggan StreamMORE Disney+ (Premium) melalui Celcom Life App / MyDigi app (yang mana berkenaan).


Setelah berjaya melanggan StreamMORE Disney+ (Premium), langganan awal StreamMORE Disney+ (Basic) akan dinaik taraf secara automatik kepada Disney+ Premium serta-merta.


Sila ambil perhatian bahawa tidak akan ada pro-catuan caj, dan caj penuh akan dikenakan ke atas kedua-dua langganan.


17. Saya melanggan StreamMORE Disney+ Add Ons. Apakah yang akan berlaku jika saya menamatkan talian pascabayar saya?

Jika anda menamatkan talian pascabayar anda, anda tidak akan dapat mengakses Disney+ berkuat kuasa serta-merta. Tidak akan ada pro-catuan caj, dengan caj penuh dikenakan.


18. Saya menggunakan pelan CelcomDigi Postpaid 5G 80, dan melanggan StreamMORE Disney+ Add Ons. Apakah yang akan berlaku jika saya menaik taraf pelan pascabayar saya kepada pelan CelcomDigi Postpaid 5G 160?

Langganan StreamMORE Disney+ Add Ons semasa anda akan diteruskan. 


19. Saya menggunakan pelan CelcomDigi Postpaid 5G 160, dan melanggan StreamMORE Disney+ Add-Ons. Apakah yang akan berlaku jika saya menurunkan taraf pelan pascabayar saya kepada pelan CelcomDigi Postpaid 5G 80?

Langganan semasa anda bagi StreamMORE Disney+ Add-Ons akan diteruskan pada pelan Pascabayar baharu anda. 


20. Saya kini melanggan pelan CelcomDigi Postpaid 5G 160 / CelcomDigi One Pro dan sudah melanggan tawaran 50% di StreamMORE Disney+. Apakah yang berlaku jika saya berhenti melanggan dan melanggan semula kemudian? 

Jika anda berhenti melanggan dan cuba melanggan semula selepas 27 Ogos 2025, anda akan dikenakan kadar StreamMORE Disney+ standard terkini seperti yang diterbitkan di laman web CelcomDigi. Untuk terus menikmati kadar diskaun semasa anda, kekal langgan.


21. Saya menggunakan pelan CelcomDigi Postpaid 5G 80, dan melanggan StreamMORE Disney+ Add-Ons. Apakah yang akan berlaku jika saya menukar pelan pascabayar saya kepada pelan CelcomDigi One Ultra?

Langganan StreamMORE Disney+ anda yang sedia ada akan dihentikan, dengan caj penuh dikenakan. Jangan risau, anda masih akan menikmati kuota Internet StreamMORE dan akses Disney+ (Basic) anda sehingga tamat tempoh sah langganan semasa anda seperti yang digariskan dalam soalan 12. Selepas itu, anda akan dapat menikmati akses Disney+ (Premium) secara automatik dengan pelan CelcomDigi One Ultra baharu anda, asalkan: 

  • Talian utama terikat dengan kontrak sedia ada (cth. Freedom Add-On, kontrak peranti atau kontrak CelcomDigi Fibre / 5G Home WiFi yang didaftarkan di bawah Kad Pengenalan yang sama), dan 
  • CelcomDigi mengekalkan perkongsian aktif dengan Disney+.


22. Saya menggunakan pelan CelcomDigi One Ultra, menikmati Disney+ (Premium). Apakah yang akan berlaku jika saya menurunkan taraf pelan pascabayar saya?

Anda tidak lagi akan menikmati akses Disney+ (Premium) berkuat kuasa serta-merta.


23. Saya mempunyai langganan bil terus Disney+ sedia ada yang dibeli melalui pelbagai saluran pembayaran (Pengebilan Pengendali / Kad Perbankan). Bolehkah saya masih melanggan CelcomDigi Disney+ Bundles menggunakan nombor telefon bimbit yang sama?

Sila ambil perhatian, jika kedua-dua langganan aktif, kedua-duanya akan dicaj serentak. Untuk mengelakkan ini, anda perlu memastikan langganan yang dikehendaki kekal aktif dan melakukan pembatalan pada langganan lain.


Jika anda ingin membatalkan langganan bil terus anda yang dibeli melalui pelbagai saluran pembayaran (Pengebilan Pengendali / Kad Perbankan), lawati di sini


24. Bolehkah saya menggunakan langganan Disney+ saya pada peranti lain?

Ya, anda boleh log masuk pada peranti lain yang serasi melalui nombor telefon bimbit CelcomDigi yang digunakan semasa langganan.


25. Bolehkah saya menggunakan kuota StreamMORE Disney+ Add Ons saya semasa perayauan?

Tidak. Kuota hanya terpakai untuk kegunaan domestik sahaja (di Malaysia).


26. Adakah StreamMORE Disney+ Add Ons dikenakan berdasarkan kitaran 30 hari?

Ya, StreamMORE Disney+ Add Ons dikeakan bayaran berdasarkan kitaran 30 hari, dan akan diperbaharui secara automatik pada 12:00 pagi pada hari ke-31 langganan. Sila pastikan anda mempunyai had kredit yang mencukupi 24 jam sebelum langganan tamat.


Sekiranya langganan semasa & pembaharuan seterusnya jatuh ke dalam kitaran pengebilan pascabayar yang sama, kedua-dua transaksi StreamMORE akan dibilkan dalam bil pascabayar yang sama.


Cth. Pelanggan pada mulanya membeli StreamMORE Disney+ (Basic) + 20GB (5G+4G) pada 28 Julai 2024, dan kemudiannya diperbaharui secara automatik pada 27 Ogos 2024. Dalam bil pascabayar bertarikh 28 Ogos 2024, pelanggan akan melihat kedua-dua transaksi ditangkap dalam bil yang sama.

 

27. Talian pascabayar saya dihalang / digantung. Apakah yang akan berlaku kepada himpunan CelcomDigi Disney+ saya?

Anda tidak akan dapat mengakses / menggunakan himpunan CelcomDigi Disney+ anda


28. Bolehkah saya memindahkan manfaat pakej CelcomDigi Disney+ saya yang saya beli daripada satu nombor telefon bimbit ke nombor telefon bimbit yang lain?

Tidak. Akses / faedah bundle tidak boleh dipindah milik ke nombor telefon bimbit lain.


29. Saya telah memulakan pemadaman akaun Disney+. Bolehkah saya mengembalikan pemadaman akaun?

Pembalikan pemadaman akaun boleh dilakukan jika permintaan dikemukakan dalam masa 7 hari selepas pemadaman akaun. Sila hubungi kami melalui WhatsApp


30. Saya mempunyai pertanyaan atau isu lanjut dengan langganan bundle StreamMORE Disney+. Di manakah saya boleh mendapatkan bantuan?

Sila hubungi kami melalui WhatsApp.


31. Saya kini melanggan StreamMORE Disney+ Bundle dan saya mengklik pada butang 'Lihat Faedah' dalam aplikasi Disney+. Apakah yang akan berlaku jika saya melengkapkan transaksi melalui butang 'Lihat Faedah'?

Jika anda melengkapkan transaksi melalui butang 'Lihat Faedah' pada aplikasi Disney+    , ini akan diiktiraf sebagai pembelian terus dengan Disney+. Anda akan dicaj serentak dengan langganan StreamMORE Disney+ Add Ons.  


Untuk mengelakkan ini, anda perlu memastikan langganan yang dikehendaki kekal aktif dan melakukan pembatalan pada langganan lain.


32. Apakah syarat akses saya kepada Disney+?

Dengan melanggan Disney+, dalam setiap kes tidak kira sama ada anda log masuk atau melengkapkan proses pendaftaran untuk Disney+, Pelanggan (anda) seterusnya bersetuju dan mengesahkan bahawa dia telah (anda telah) membaca, memahami, menerima dan bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat berikut:

  1. Terma & Syarat CelcomDigi: Celcom | Digi
  2. Terma Penggunaan Disney+
  3. Dasar Privasi Disney+
  4. Dasar Privasi Tambahan Disney+ di Malaysia

Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article