Diskaun Seumur Hidup untuk Warga Emas dan OKU

Modified on Thu, 7 Nov at 3:45 PM

Tawaran Seumur Hidup

Melalui inisiatif Digi Yellow Heart, semua warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU) layak untuk menerima diskaun seumur hidaup sebanyak RM10 pada bil bayaran bulanan mereka. 


Tarikh berkuatkuasa: 

Warga Emas: 13 Mac 2023 - kini

Orang Kurang Upaya (OKU): 13 Mac 2022 - kini


Kelayakan

Pelanggan yang layak harus mendaftar untuk mana-mana pelan pascabayar utama atau pelan jalur lebar mudah alih yang dijual terkini dan memenuhi syarat-syarat berikut: 

Jenis DiskaunSyarat-syarat Kelayakan
Warga EmasPelanggan berumur 60 tahun dan ke atas
Orang Kurang Upaya (OKU)Pelanggan mempunyai kad Orang Kurang Upaya (OKU) yang sah


Pendaftaran dan Penebusan

Cara pendaftaran untuk pelanggan yang layak ditunjukan seperti di bawah: 

Jenis DiskaunCara Pendaftaran
Warga EmasSaluran: Digi Store, Digi Store Express, Digi Dealer dan Digi Store Online (DSO)

Pelanggan yang layak perlu menebus diskaun melalui aplikasi My Digi di bawah bahagian "Box Of Surprise" dalam tempoh masa 5 hari bekerja setelah pendaftaran pelan pascabayar berjaya
Orang Kurang Upaya (OKU)Saluran : Digi Store Online (DSO)

Pelanggan yang layak dikendaki untuk mendaftar Pelan Pascabayar (Talian Utama) dan melengkapkan pengesahan di
sini dengan menekan butang "Mulakan Pengesahan". Diskaun akan diberikan dalam tempoh masa 7 hari bekerja setelah pengesahan berjaya. 


Untuk warga emas, anda boleh menebus diskaun mengikuti langkah-langkah seperti berikut : 


Langkah 1: Masuk aplikasi MyDigi dan tekan pada "Box Of Suprise" 


Langkah 2: Tebus tawaran "Yellow Heart"



Langkah 3: Sila pantau untuk diskaun RM10 pada bil seterusnya  (Bil pertama akan mengikut kadar prorata)


Semua pelanggan yang diberikan diskaun seumur hidup ini dikehendaki untuk kekal aktif dengan pelan pascabayar. Sila ambil maklum, sebarang penukaran daripada Pascabayar kepada Prabayar atau Penukaran Pelan yang dilakukan selepas pemberian diskaun akan menyebabkan pembatalan diskaun; Bagi pelanggan yang layak, sekiranya anda mendaftarkan pelan baru yang layak untuk diskaun, anda dikehendaki untuk melakukan langkah-langkah pendaftaran di atas sekali lagi untuk penebusan diskaun.


Nota: Pelanggan hanya diberikan (1) diskaun Warga Emas atau (1) diskaun Orang Kurang Upaya (OKU) sahaja. 



Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article