Internet Roaming Harian
Modified on Wed, 5 Feb at 7:57 AM
1. Apakah Internet Roaming Harian?
Internet Roaming Harian membolehkan pelanggan menikmati akses Internet semasa melancong ke luar negara.
Internet Roaming Harian | |
Harga | RM39 |
Peruntukan Kuota | Sehingga 1GB |
Tempoh Sah | 24 Jam |
Kelayakan Negara | Lebih daripada 100 negara |
Kelayakan Pelan | Semua Pelan Pascabayar |
2. Bagaimanakah untuk mengaktifkan Internet Roaming Harian?
Internet Roaming Harian akan diaktifkan secara automatik apabila penggunaan data anda melebihi 1MB di negara yang layak. Sila pastikan anda HIDUPKAN Data Roaming di tetapan peranti anda.
3. Internet Roaming Harian telah diaktifkan untuk saya. Bolehkah saya masih melanggan pas roaming?
Ya, langganan untuk pas roaming yang berbeza dibenarkan.
[Pelanggan Celcom sahaja] Jika anda membeli mana-mana pas perantauan dalam tempoh 24 jam dari Internet Roaming Harian anda, RM39 akan direbat secara automatik dalam kitaran bil yang sama.
4. Adakah saya akan dimaklumkan tentang pengaktifan saya?
Ya, anda akan dimaklumkan melalui SMS semasa pengaktifan dan penggunaan sehingga 100%.
5. Jika saya habiskan kuota harian saya, bolehkah saya menikmati Internet semasa merantau tanpa caj tambahan?
Ya, anda boleh terus melayari Internet tanpa caj tambahan dengan kelajuan yang dikurangkan sehingga 256Kbps sehingga pas anda tamat tempoh.
[Pelanggan Celcom sahaja] Bagi pelanggan Celcom yang merantau di negara dengan peruntukan kuota 50MB, akses data akan disekat selepas keseluruhan kuota digunakan.
6. Bolehkah saya batalkan langganan Internet Roaming Harian?
Tidak. Internet Roaming Harian akan tamat secara automatik dalam tempoh 24 jam. Jika anda tidak mahu meneruskan, sila tutup Data Roaming di tetapan mudah alih anda.
7. Bolehkah saya melancong ke beberapa negara menggunakan satu langganan?
Anda dibenarkan untuk menggunakan langganan Internet Roaming Harian yang sama untuk beberapa negara (dalam senarai negara yang layak). Contohnya, jika anda melancong ke Singapura & Thailand dalam masa sehari, Internet Roaming Harian yang diaktifkan secara automatik di Singapura boleh digunakan di Thailand juga.
Tetapi, jika anda melancong ke beberapa negara yang berada di bawah kuota 1GB dan 50MB, anda tidak dibenarkan untuk menggunakan langganan yang sama. 2 Internet Roaming Harian akan diaktifkan secara automatik setelah penggunaan data mencapai 1MB.
Contohnya, jika anda melancong ke Singapura dan Maldives dalam masa sehari, Internet Roaming Harian yang diaktifkan secara automatik di Singapura tidak boleh digunakan di Maldives. Satu lagi Internet Roaming Harian akan diaktifkan secara automatik untuk Maldives jika penggunaan data mencapai 1MB.
Was this article helpful?
That’s Great!
Thank you for your feedback
Sorry! We couldn't be helpful
Thank you for your feedback
Feedback sent
We appreciate your effort and will try to fix the article