Soalan Lazim: Rangkaian & Pengebilan
Modified on Mon, 4 Nov at 10:29 AM
1. Apakah rangkaian dan pengebilan yang akan saya gunakan apabila mendaftar untuk pelan CelcomDigi 5G?
Jika anda merupakan pelanggan Celcom sedia ada, anda akan terus berada di rangkaian dan pengebilan Celcom. Jika anda merupakan pelanggan Digi sedia ada, anda akan terus berada di rangkaian dan pengebilan Digi.
Bagi pelanggan port-in dan pelanggan baharu, anda akan berada di rangkaian dan pengebilan Digi. Sila ambil perhatian bahawa rangkaian Celcom dan Digi akan diintegrasikan pada masa yang akan datang, dan anda akan menikmati pengalaman rangkaian yang sama, sama ada anda berada di rangkaian Celcom atau Digi.
2. Bagaimanakah saya boleh mengenal pasti rangkaian yang saya gunakan sekarang?
Anda boleh semak dengan melihat pada sudut kiri atas peranti mudah alih anda. Jika ia menunjukkan 'Celcom oleh CelcomDigi', maka anda berada di rangkaian Celcom dan jika ia menunjukkan 'Digi oleh CelcomDigi', maka anda berada di rangkaian Digi.
Untuk mengetahui pengendali rangkaian yang anda gunakan, terutamanya jika anda mempunyai dua kad SIM yang dipasangkan dalam peranti anda, ikuti langkah-langkah berikut: Buka 'Tetapan', kemudian pilih 'Rangkaian' (atau Rangkaian Mudah Alih pada sesetengah peranti). Anda akan melihat nama pengendali rangkaian disenaraikan di bawah 'Carrier' untuk setiap kad SIM.
Was this article helpful?
That’s Great!
Thank you for your feedback
Sorry! We couldn't be helpful
Thank you for your feedback
Feedback sent
We appreciate your effort and will try to fix the article