Soalan Lazim: Perlindungan Panggilan Scam

Modified on Fri, 24 Jul at 10:12 AM

1. Apakah itu Perlindungan Panggilan Scam?
Perlindungan Panggilan Scam ialah ciri keselamatan berasaskan rangkaian yang membantu menyekat atau mengesan panggilan yang disyaki sebagai panggilan scam sebelum ia sampai ke telefon anda. Ia berfungsi di latar belakang untuk mengurangkan pendedahan anda kepada panggilan penipuan, sekali gus memberikan ketenangan fikiran setiap kali telefon anda berdering.


2. Bagaimanakah Perlindungan Panggilan Scam berfungsi?
Perlindungan Panggilan Scam menggunakan kecerdasan rangkaian untuk mengenal pasti aktiviti panggilan suara yang mencurigakan. Apabila panggilan yang disyaki sebagai scam dikesan, perkhidmatan ini akan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk membantu melindungi anda. Bergantung pada tahap risiko yang dinilai, panggilan tersebut mungkin disekat sebelum sampai kepada anda atau dipaparkan dengan amaran “Suspected Scam” pada telefon anda, supaya anda boleh membuat keputusan yang lebih bijak sebelum menjawab panggilan tersebut.

 

3. Adakah saya perlu memasang aplikasi atau menukar tetapan telefon saya?
Tidak. Perlindungan Panggilan Scam terbina dalam rangkaian CelcomDigi, jadi anda tidak perlu memuat turun, memasang atau membuat sebarang tetapan. Setelah perkhidmatan ini tersedia pada talian anda, perlindungan akan berfungsi secara automatik di latar belakang.

 

4. Adakah Perlindungan Panggilan Scam melindungi semua jenis panggilan?
Perlindungan Panggilan Scam membantu melindungi panggilan suara yang dibuat melalui rangkaian mudah alih. Ia TIDAK melindungi panggilan yang dibuat melalui aplikasi komunikasi berasaskan internet (Over-the-Top atau OTT) seperti WhatsApp, Telegram, FaceTime Audio, Messenger, WeChat, LINE atau aplikasi mudah alih yang lain.

 

5. Adakah semua panggilan scam akan disekat?
Sistem kami sentiasa menganalisis corak panggilan dan maklumat risikan bagi mengenal pasti panggilan yang disyaki sebagai scam serta menyekat sebanyak mungkin panggilan tersebut sebelum ia sampai kepada pelanggan. Walau bagaimanapun, tiada satu penyelesaian pun yang dapat menjamin semua panggilan scam akan disekat. Kami sentiasa menambah baik keupayaan pengesanan kami untuk terus mendahului taktik scam yang sentiasa berubah. Pelanggan juga dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan tidak berkongsi maklumat peribadi atau kewangan dengan pemanggil yang tidak dikenali.

 

6. Apakah maksud “Suspected Scam”?
Amaran “Suspected Scam” menunjukkan bahawa rangkaian kami telah mengenal pasti panggilan masuk tersebut sebagai berpotensi mencurigakan berdasarkan petunjuk scam yang diketahui. Walaupun panggilan itu tidak semestinya merupakan satu penipuan, anda dinasihatkan supaya berhati-hati dan mengesahkan identiti pemanggil secara bebas sebelum berkongsi sebarang maklumat peribadi atau kewangan.

 

7. Adakah panggilan yang sah boleh disekat?
Teknologi kami direka untuk meminimumkan gangguan kepada pemanggil yang sah sambil mengenal pasti aktiviti yang mencurigakan. Walau bagaimanapun, memandangkan scammer sentiasa mengubah taktik mereka, mungkin terdapat keadaan tertentu di mana panggilan yang sah turut terjejas. Kami sentiasa memperhalusi sistem pengesanan kami untuk meningkatkan ketepatan serta memastikan keseimbangan antara perlindungan dan kebolehcapaian.

 

8. Apakah yang perlu saya lakukan jika menerima panggilan bertanda “Suspected Scam”?
Jika anda menerima panggilan yang kelihatan mencurigakan atau dikenal pasti sebagai “Suspected Scam”, berhati-hatilah sebelum menjawab atau meneruskan perbualan. Jangan sekali-kali berkongsi kata laluan, PIN, kod TAC/OTP atau maklumat perbankan melalui telefon. Jika anda ragu-ragu, tamatkan panggilan tersebut dan hubungi organisasi berkenaan melalui saluran rasmi untuk tujuan pengesahan.

 

9. Adakah terdapat sebarang caj tambahan untuk Perlindungan Panggilan Scam?
Tidak. Perlindungan Panggilan Scam disediakan tanpa sebarang caj tambahan kepada pelanggan yang layak kerana kami percaya setiap orang berhak mendapat perlindungan yang lebih baik daripada panggilan scam.

Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article