Soalan Lazim: Pelan CelcomDigi Postpaid 5G / Pelan One 2026
Modified on Thu, 18 Dec at 6:22 PM
1. Apakah pelan baharu CelcomDigi Postpaid 5G / One 2026?
Pelan CelcomDigi Postpaid 5G adalah pelan 5G baharu yang menawarkan 5G & 4G Tanpa Had di mana jua, diskaun 50% untuk talian tambahan dan perantauan, telefon 5G percuma & telefon 5G terkini daripada RM1/bulan.
Pelan CelcomDigi One 2026 adalah pelan 5G baharu yang menawarkan Internet Tanpa Had 5G & 4G di mana jua, 50% diskaun untuk perantauan, telefon 5G terkini daripada RM1/bulan, 2 talian Family tanpa had, 500Mbps fiber, langganan Disney+ dan MobileSHIELD.
2. Apakah kelajuan muat turun untuk setiap tahap kelajuan 5G di bawah pelan CelcomDigi Postpaid 5G / One 2026?
Berikut adalah kelajuan muat turun untuk tahap kelajuan 5G Essential, Advance, Premium & Ultimate.
| Tahap Kelajuan 5G | Kelajuan Muat Turun Maksimum |
| Essential | 100Mbps |
| Advance | 300Mbps |
| Premium | 500Mbps |
| Ultimate | Maksimum |
3. Dengan pelancaran CelcomDigi Postpaid 5G / One 2026 ini, adakah pelan pascabayar Celcom dan Digi turut dihentikan?
Ya, pelan pascabayar Celcom dan Digi akan dihentikan. Kami mencadangkan anda untuk mendaftar dengan pelan CelcomDigi Postpaid 5G / One 2026 yang baharu untuk menikmati nilai terbaik pada pelan pascabayar anda. Pelan CelcomDigi Postpaid 5G baharu tersedia dengan harga permulaan RM40/bulan.
4. Saya melanggan pelan CelcomDigi One sebelum 18 Disember 2025. Adakah saya boleh melanggan peranti baharu?
Tidak, anda perlu menaik taraf pelan anda kepada pelan CelcomDigi One 2026 yang terkini untuk melanggan peranti baharu.
5. Saya adalah pelanggan Digi yang sedang menggunakan tawaran tanpa kontrak Roam Like Home. Adakah saya akan terus menikmati tawaran ini jika saya tukar pelan kepada pelan CelcomDigi Postpaid 5G / One 2026?
Tidak, tawaran Roam Like Home anda akan dibatalkan jika anda tukar ke pelan CelcomDigi Postpaid 5G / One 2026. Tetapi anda akan dapat menikmati Pas Perantauan Tanpa Had hanya untuk RM24/bulan dengan CelcomDigi Postpaid 5G 120 ke atas / pelan CelcomDigi One.
6. Bolehkah saya mendaftar untuk pelan CelcomDigi Postpaid 5G / One 2026 dengan rebat Warga Emas atau Orang Kelainan Upaya?
Pada masa ini, tiada rebat ditawarkan untuk Warga Emas atau Orang Kelainan Upaya dengan CelcomDigi Postpaid / One 2026. Sila nantikan promosi yang akan datang. Sila ambil maklum bahawa jika anda sedang menikmati rebat sebagai Warga Emas atau Orang Kelainan Upaya pada pelan Digi anda yang sedia ada, anda akan terus menikmati rebat tersebut apabila anda tukar ke pelan CelcomDigi Postpaid 5G / One 2026.
7. Bolehkah saya mendaftar untuk WatchSIM pada jam tangan saya dengan pelan CelcomDigi Postpaid 5G / One?
Ya, anda boleh mendaftar untuk WatchSIM dengan pelan CelcomDigi Postpaid 5G / ONE. Jika anda sedang melanggan NUMBERshare atau AirSIM, anda boleh terus menikmati servis dengan pelan CelcomDigi Postpaid 5G / One yang baharu.
8. Adakah diskaun auto-bayaran masih tersedia untuk pelan CelcomDigi Postpaid 5G / One 2026?
Tidak, diskaun Auto Billing tidak akan dibawa ke pelan baharu CelcomDigi Postpaid 5G / One 2026. Semua diskaun Auto Billing sedia ada akan dihentikan apabila anda bertukar ke pelan CelcomDigi One Pro yang baharu. Nantikan tawaran Auto Billing yang akan datang.
9. Saya melanggan Pelan CelcomDigi One sebelum 18 Disember 2025. Apa yang akan berlaku kepada pelan saya?
Anda akan terus menikmati manfaat semasa anda seperti 5G & 4G tanpa had di mana-mana, diskaun 50% untuk roaming, sehingga 2 talian keluarga tanpa had, fiber 300Mbps, dan langganan Disney+ (jika berkenaan). Namun, jika anda ingin melanggan peranti baharu, anda perlu menaik taraf kepada Pelan CelcomDigi One 2026 yang baharu.
Was this article helpful?
That’s Great!
Thank you for your feedback
Sorry! We couldn't be helpful
Thank you for your feedback
Feedback sent
We appreciate your effort and will try to fix the article