Soalan Lazim: Pelan CelcomDigi Postpaid DataSIM

Modified on Tue, 12 Aug at 10:01 AM

Soalan Lazim: CelcomDigi Postpaid DataSIM

 

1. Apakah itu pelan Postpaid DataSIM?
Postpaid DataSIM ialah pelan data sahaja yang menawarkan internet 5G & 4G tanpa had, dengan pilihan untuk mendaftar peranti Mobile WiFi (MiFi).

 

2. Perlukah saya membuat bayaran pendahuluan semasa mendaftar Postpaid DataSIM?
Ya, bayaran pendahuluan sebanyak RM99 dikenakan untuk semua pendaftaran baharu Postpaid DataSIM.

 

3. Di manakah saya boleh mendaftar Postpaid DataSIM?

Anda boleh mendaftar di mana-mana CelcomDigi Store, CelcomDigi Express, CelcomDigi Express Lite atau pengedar sah di seluruh negara.

 

4. Bolehkah saya membuat panggilan atau SMS dengan Postpaid DataSIM?
Tidak, pelan ini hanya untuk sambungan internet sahaja. Ia tidak menyokong panggilan atau SMS.

 

5. Apakah kelajuan muat turun untuk Postpaid DataSIM?

Postpaid DataSIM berada pada tahap kelajuan Advance 5G, dengan kelajuan muat turun maksimum 300Mbps.

 

6. Bolehkah saya port-in nombor telefon sedia ada atau tukar pelan sedia ada kepada Postpaid DataSIM?
Tidak, semua pendaftaran Postpaid DataSIM mesti dilakukan sebagai langganan nombor baharu.

 

7. Apakah jenis tawaran kontrak yang tersedia dengan Postpaid DataSIM?
Terdapat dua pilihan:

  1. Freedom Add-Ons: Rebat RM20 selama 12 bulan 
  2. Kontrak Peranti: Peranti MiFi + Rebat RM10 selama 12 bulan


8. Bolehkah saya port-out talian Postpaid DataSIM saya ke telco lain?
Tidak, untuk Postpaid DataSIM anda perlu menamatkan talian tersebut. Caj penamatan awal mungkin dikenakan jika anda masih dalam kontrak.

 

 

Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article